Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


SARANAN MAHATHIR – TOLERANSI UNTUK PERUBAHAN 2004

Yang mana mahathir

Kalaulah mahathir mohamed iskandar kutty dihidupkan dikalangan makhluk haiwan, benatang apakah yang dia akan menyerupai atau menjelma jadi. Adakah dia akan menyerupai seekor beruk kerana kedegilannya terus berada dipuncak kekuasaan atau menyerupai seekor anjing kerana sikapnya yang suka mengigit tangan sesiapa saja yang pernah menolongnya atau menyerupai seekor khinzir (yang hampir sama namanya) kerana kedegilan dan keras kepalanya atau menyerupai seekor biawak yang bercabang lidah kerana cakapnya tak serupa bikin atau menyerupai seekor ular kerana perbuatan nya yang sentiasa berbelit dan membelit atau menyerupai sebagai seekor ketam yang berjalannya (herot) tidak betul tetapi menyeru orang lain supaya betul. Rasanya dia akan menyerupai semua benatang ini.

Gila Gila Mahathir

Semenjak dari bertindak melulu dan buta tuli memecat DS Anuar Ibrahim, mahathir sudah tidak waras (gila) berfikir, bercakap dan berucap. Hidupnya disiang hari merepek dan dimalam hari dia mengigau. Entah petua apa atau ramalan nujum mana yang dia tilik tidaklah diketahui. Dia memang banyak menggunakan bomoh dan dukun dalam kerja sehari harian. Dia masih mencari cari bomoh, dukun dan nujum sekarang ini (peluang baik untuk mengisi jawatan kosong di Putrajaya). Dari mulutnya dia pernah merepek ada orang hendak tembaknya. Kemudian ada kumpulan orang hendak merampas kuasanya dengan membuat persediaan mencuri senjata dari kem tentera diGrik. Kemudian lagi ada kumpulan dalam Parti Keadilan yang merancang untuk berdemonstrasi dan akan menggunakan molotov cocktail, rocket launcher dan bom tangan dengan tujuan untuk menimbulkan huruhara dan merampas kuasa secara militan. Kemudian lagi ada Kumpulan Mujahidin di Malaysia ( TV3 malam ini sudah sebut Kumpulan Militan Malaysia) yang dituduh, kononya mendapat sokongan dan ditaja oleh PAS merancang untuk merampas kuasa secara militan sebelum tiba pilehanraya ke 11 pada tahun 2004 nanti. Apa pula dia hendak merepek dan mengigau dalam sedikit masa ini, sama samalah kita tunggu. Kita dengar dan kita lihat.

Aman yang tidak aman

Dia menuduh rakyat yang menyokong PAS, Keadilan dan BA sebagai mereka yang pekak dan buta mata serta buta hati kerana ramai rakyat ini tidak mahu mengakui Malaysia aman. Memangnya kita lihat Malaysia aman. Dunia juga melihat Malaysia aman. Keamanan yang sedalam manakah yang dikatakan oleh pecacai tua kepala najis itu.

Keamanan dari kacamata mahathir hanya dilihat dari kulit sahaja tetapi isinya sedang merobok, sedang membarah, sedang membusuk bagaikan nanah sedang membengkak besar. Keamanan antara rakyat dengan rakyat, kaum dengan kaum malah antara ugama dengan ugama diakui benar. Rakyat malaysia adalah bangsa yang cukup sabar dan bertolerensi. Setakat yang semua orang tahu yang tidak aman dan damai ialah antara mahathir dengan ahli UMNO, antara UMNO dengan ahli UMNO, antara wanita UMNO dengan Puteri UMNO, antara UMNO dengan BN, antara UMNO/BN dengan rakyat, antara UMNO/BN dengan BA – PAS, KEADILAN/PRM, DAP ( yang sudah tentu dan wajibnya), antara kepimpinan kerajaan dengan kakitangan kerajaan, antara kepimpinan kerajaan dengan Parlimen, antara kepimpinan kerajaan dengan Kehakiman, antara kepimpinan kerajaan dengan Ulama, antara kepimpinan kerajaan dengan Pelajar/Pensyarah, antara kepimpinan kerajaan dengan orang orang Melayu dan yang terbaru ialah antara kepimpinan kerajaan dengan Guru Guru.

Tolerensi ala mahathir

Mahathir bercakap tentang tolerensi. Mahathir menyeru semua rakyat bertolerensi sedangkan dia sendiri tidak bersikap dan mengamalkan tolerensi. Dia boleh mengamalkan apa saja jenayah, amalan rasuah, penyelewengan dan amalan kuku besi dan pada waktu yang sama dia menyeru supaya rakyat mengelakkan amalan ini semua serta mematuhi segala peraturan dan undang undang. Dia mengatakan tiada siapa yang boleh mengatasi undang undang walaupun Sultan dan Raja-raja tetapi untuk dia ‘exempted and above the law’. Dia mendabik dadanya yang berbulu bahawa dia boleh memecat siapa saja tetapi tiada siapa boleh memecatnya. Dia boleh mencemuh, menuduh dan mengata apa saja dan kepada sesiapa saja walaupun kepada Junjungan kita Rasullullah s.a.w. tanpa ada batasan tetapi dia tidak mahu dan tidak sanggup jika rakyat atau orang lain mengatakan atau mencemuh dia, anak pinaknya dan kroninya. Inilah antara tolerensi pegangan dan amalan mahathir.

Dia bercakap tentang tolerensi. Dia menyeru supaya rakyat negara ini terus berpegang kepada sikap toleransi dan menolak segala yang ekstrim dalam kegiatan politik sedangkan dia mengunakan segala tindakan ektrimis bangsat dan undang undang terutamanya ISA dengan ikut suka hatinya kepada Parti Pembangkang. Dia menggunakan anjing anjing kepolisiannya untuk menindas dan membuat huruhara dan kacau bilau keatas rakyat dan Parti Pembangkang. Dia membuat kacau bilau terhadap suasana politik Malaysia. Dia tidak mempedulikan teguran untuk bertolerensi kepada Barisan Alternatif.

Kalaupun dia tidak mahu mendengar teguran parti parti BA atau rakyat negara ini, sekurang kurangnya dia mendengar teguran SUHAKAM dan mendengar suara Antarabangsa. Bagi mahathir semua rakyat dan orang didunia ini mestilah … follow me lah … ikut cara aku lah… My Way lah… haram jadah lah.

Dia menyeru sikap tolerensi kepada rakyat Malaysia seperti lah dia selalu menyeru ahli UMNO tentang rasuah di persidangan agung tahunan parti paria itu dan dia terus melakukan rasuah serta melindungi pelaku rasuah yang sanggup jadi barua nya. Dia menyeru teruskan lah memelihara toleransi kaum yang telah wujud sekian lama dan menolak kumpulan tidak toleran yang sedang berusaha untuk merampas kuasa secara kekerasan. Dia jugalah yang mengapi apikan secara halus kaum kaum dan ugama ugama dinegara ini supaya berlaku kacau bilau dan pergaduhan. Dengan itu mudah untuk dia terus berkuasa sehingga dia mampus. Dia bercakap tentang rampasan kuasa secara kekerasan tetapi dia mengunakan kuasa secara kekerasan. Dia sendiri menggunakan segala bentuk kekerasan ISA dan tuduhan tuduhan yang tidak dapat diterima akal fikiran kepada BA dan orang orang yang menentang kehendak hatinya. Dia sendiri menggunakan kekerasan dan sikap kepala batunya menahan DS Anuar Ibrahim daripada mendapatkan rawatan di luar negara. Dia memberi pelbagai alasan untuk menegakkan keputusannya.

Dang Dut mahathir – rampasan kuasa militan

Mahathir mendakwa sudah ada bukti bahawa terdapat kumpulan-kumpulan kecil yang menolak sikap toleran dan ingin menggunakan kekerasan untuk merampas semua kuasa darinya. “Kita tidak boleh bersikap toleran kepada puak yang jelas tidak toleran ini. Toleran adalah untuk mereka yang toleran sahaja. Mereka yang tidak toleran, yang ingin menghapuskan sikap toleran jika mereka berkuasa, tidak boleh diberi layanan yang toleran”. Benggali Det– 2 Ogos 2001.

Toleran kerana Kejujuran

Kita akui apa yang dikatakan oleh mahathir. Sekarang ini pun dia tidak bersikap toleran kepada rakyat Malaysia apalah lagi kepada parti pembangkang yang sah dan resmi diiktiraf oleh perlembagaan. Kenapa BA dan rakyat mesti bersikap toleran kepada mahathir dan kerajaan UMNO/BN. Tolerensi diamal OLEH orang yang jujur kepada orang yang jujur kerana kejujuran. Kejujuran adalah polisi terbaik. ‘Kejujuran adalah untuk mereka yang jujur sahaja’.

Mahathir tidak jujur. UMNO tidak jujur. Kerajaan BN tidak jujur. Mahathir tidak jujur kepada dirinya. Dia tidak jujur kepada isterinya. Dia tidak jujur kepada ugama yang dia akui anuti. Dia tidak jujur kepada negara ini. Dia tidak jujur kepada orang melayu malah dia tidak jujur kepada darah keturunan Pakistannya. (Dia sendiri yang akui dalam suratnya kepada Almarhum Tunku Abdul Rahman bahawa dia mempunyai beberapa titik lagi darah keturunan Pakistan).

‘Anything Pakistan’ dibenci mahathir

Perasaan benci kepada darah keturunan Pakistannya samalah perasaan bencinya kepada Islam kerana bencinya kepada orang melayu kerana bencinya kepada PAS dan sama bencinya kepada Keadilan kerana benci dan dendamnya kepada DS Anuar Ibrahim. Semua yang berkaitan Pakistan amat dibencinya. Tuduhan tunjuk perasaan semasa lawatannya ke UK juga dipelopori oleh pelajar Pakistan. Dr.Munawar Anees dituduh dan difitnah kerana dia seorang Pakistan. Awas jika hendak bercakap dengan Pakistan. Awas jika hendak melawat ke Pakistan. Awas jika hendak belajar di Pakistan. Awas jika berkahwin dengan perempuan Pakistan. Mahathir mempunyai khayalan yang luar biasa terutama dalam cara cara membuat penginayaan kepada orang. Mossad, KGB dan CIA pun tidak mampu menandingi kebolehan mahathir dan regim polis(i) anjingnya,pasukan yang terbaik didunia.

Memperkosa toleransi.

Mahathir mesti dihalang, walaupun tuduhan akan dibuat bahawa kita tidak toleran kepada kerajaan UMNO/BN. Hanya kerana penipuan dan pembelitan dalam pilehanraya dia bercakap besar dan bongkak menganggap rakyat Malaysia bertoleransi memilih UMNO/BN menjadikan majoriti dan terus kerkuasa sementara dia terus memperkosa rakyat dengan sikap tidak toleren kepada rungutan dan teguran rakyat. ‘Toleran adalah untuk mereka yang toleran sahaja’. Kita tidak boleh bersikap toleran kepada mahathir dan kerajaan UMNO/BN yang jelas tidak toleran kepada rakyat dan negara.

Sememangnya kita sedar kepada hakikat bahawa tidak mungkin semua kaum berpuas hati dengan keadaan dan kita sedar bahawa tidak semua tuntutan akan diperolehi. Mahathir sentiasa menyeru supaya rakyat perlu mengorbankan sedikit kepentingan kononya untuk dapat terus menikmati sebahagian daripada nikmat dan kekayaan negara. Falsafah mahathir ialah mendapat sebahagian yang bermakna daripada kekayaan negara adalah lebih baik daripada mendapat semua daripada kemiskinan negara. Hakikatnya sekarang adakah rakyat menikmati sebahagian kekayaan negara secara total tanpa bebanan cukai, bayaran perkhidmatan dan hutang. Semua golongan rakyat sedang menderita kerana bersikap toleransi kepada kerajaan UMNO/BN. Rakyat menderita keperitan ekonomi. Rakyat menderita penindasan politik. Rakyat dilanda oleh kemelut sosial. Rakyat dipaksa membayar segala keborosan kerajaan UMNO/BN. Orang melayu di cabul hak hak keistimewaan. Islam di pandang rendah mertabat dan dihantui anggapan militan oleh bukan Islam. Malaysia dipandang ‘boleh’ kearah yang negatif oleh Antarabangsa.

Tolerensi kearah Kesejahteraan dan Keadilan

Apakah kita sedar bahawa sikap toleran kepada kerajaan UMNO/BN yang kita amalkan selama ini walaupun telah membolehkan kekayaan negara ini tumbuh dengan baik tetapi bahagian kita menjadi semakin kurang. Apakah dengan sikap tidak toleran kepada UMNO/BN dan bersikap toleran kepada pilehan baru BA akan membawa huru hara dan kita tidak akan memperolehi apa yang kita perolehi sekarang. Sebenarnya ia akan lebih bermakna kerana segala-gala yang batil sudah dihancurkan dan yang benar akan dapat dipulih atau dimunafaatkan.

Apakah dengan mengorbankan sedikit hak kita bertoleran kepada kerajaan baru BA akan menjejaskan negara dari menjadi aman dan makmur dan bahagian kita yang banyak akan menjadi lebih sedikit dalam pertumbuhan ekonomi.

Sebenarnya sikap toleran kepada mahathir dan UMNO/BN yang wujud dalam diri kita sekarang tidak lagi akan menyelamatkan kita dan tidak lagi menguntungkan diri kita. Mahathir dan kerajaan UMNO/BN yang mendakwa menjunjung sikap toleran sebenarnya munafik dan hipokrit. Mahathir berhidung tinggi dan besar mendakwa kononnya dia dan UMNO/BN mendukung dan memperjuangkan toleransi sesama manusia dan rakyat negara ini. Dia lah yang mengenepikan sikap toleran demi kepentingan dirinya, keluarganya dan kroninya.

Toleransi antara kaum di negara ini ialah kesedaran untuk hidup aman damai dan harmoni. Kesanggupan majoriti orang Melayu untuk berkongsi kuasa pemerintahan dengan kaum seperti yang diamalkan oleh Barisan Alternatif perlu dipertingkatkan. Pertelingkahan kerana fahaman sesuatu dasar yang tidak jelas mestilah di perjelaskan. Masaalah yang kecil akan menjadi besar jika tidak dihapuskan. Bisul yang kecil akan menjadi barah yang besar. Awas…Kerana tiada sifat dan sikap tolerensi dalam diri mahathir dan UMNO/BN, sebarang masaalah dalaman yang dihadapi oleh BA akan dijadikan peluru dan senjata untuk diserang balas oleh mahathir dan UMNO/BN.

Bersikap tolerensi kepada yang benar dan adil akan berjaya mengalahkan yang batil dan konspirasi serta penyelewengan yang dipimpin oleh mahathir dan kerajaan taik UMNO/BN. Barisan Alternatif juga adalah pakatan antara kaum yang bersikap toleran seperti BN. Sejarah akan membuktikan bahawa kerjasama semua kaum dan bersikap toleran kepada BA untuk berubah oleh rakyat negara ini pada tahun 2004 akan membawa cahaya baru dalam kehidupan kita semua dimasa hadapan.

DONMONTOYA






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 22 Ogos 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : [email protected]