Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


MAHATHIR – ‘UMNO SUDAH SILAP’

‘Saya tidak dapat baca hati orang’

26 Ogos 2001, apa agaknya mimpi mahathir pada hari ini ataupun sudah membuang tabiat. Agaknya dia sudah tiada mimpi lagi dalam hidupnya. Dia sudah mulai sedar bahawa perjuangannya sudah hampir selesai. Mungkin dia sudah sedar perjalanannya juga sudah hampir tiba. Hari ini dia sudah tersedar tentang betapa bencinya rakyat Malaysia ini kepada dia. Kalau sebelum ini dia hanya macam lembu kenyang saja apabila rakyat dan parti pembangkang atau sesiapa saja yang menegur, tapi kali ini dia sudah mula mengakui kesilapannya. Sekarang baru dia tersedar dari mimpi dan lamunannya bahawa kebencian kepada dirinya bukan saja dari rakyat Malaysia, orang melayu dan parti pembangkang dan kakitangan kerajaan tetapi kebencian sudah mula diwayangkan oleh ahli ahli UMNO yang begitu lama menyokong dan menjaga dan mengusap bontotnya. Dua puluh tahun dia duduk diatas kerusi empok menteri perdana kerana ahli ahli umno yang tidak cerdik. Dia menipu dan membohongi mereka dengan belitan lidahnya yang bercabang. Dia menjadikan UMNO sebagai parti bapak dia. Dia ubah perlembagaan dan peraturan UMNO sekehendak hatinya. Dia hukum mana mana ahli UMNO yang dia rasa mula mencabarnya. Dia pecat mana mana ahli UMNO yang bantah cakapnya. Dia tentukan siapa yang mesti dipilih dan dia tentukan siapa yang mesti dilantik. Orang orang UMNO yang sedikit ‘slow moving’ otak tidak boleh buat apa apa. Semua mereka hanya ikut saja cakapnya seperti lembu yang dicucuk hidung oleh lembu yang kenyang.

Hai mahathir adakah kamu sudah membuang tabiat. Sudah patutnya kamu mula membuang tabiat. Berapa lama lagi kamu hendak bertahan dari takdir. Tiada manusia yang tahu. Semua ini bukan kerja manusia. Tidak wajib kita persoalkan. Kalau kamu sudah mula buang tabiat eloklah kamu mula menulis wasiat apa apa yang patut. Bahagi bahagikan lah apa apa yang ada dan dimana adanya segala hasil perampokan dan harta sepencurian.

Tapi perlulah diingat hai mahathir ibni wan tempawan, bahawa kalau kamu membuat persiapan untuk membeli kain kapan warnanya mestilah putih bukan merah atau biru. Duit yang kamu belikan kain kapan itu mestilah bersih dan suci. Kalau duit hasil dari sepencurian dan penyamunan, tak elok tuuu… sebab kain itulah nanti akan dijadikan ganti kertas menulis segala amalan amalan kamu didunia ini semasa kamu berada dialam barzah. Kamu fahamkah apa itu alam barzah hai mahathir ibni wan tempawan???. Itulah alam kuburrrr. Kamu tahu apa yang ada didalam alam kuburrrr???. Didalamnya tiada bangunan yang tertinggi. tiada mahligai yang tercantik. tiada teknologi multimedia super korridor. tiada lapangan terbang yang tercanggih. tiada Formula One. tiada bendera yang kamu namakan jalur gemilang yang terbesar.  tiada kuda kuda yang kamu minati sama ada kuda hitam ataupun kuda putih. tiada wang dinar seperti yang kamu angan angankan. Tiada UMNO dan BN yang kamu mempertahankan habis habisan walaupun terpaksa kamu murtad dan munafik.

Hai mahathir ibni wan tempawan, dialam barzah itu juga kelak tiada bank Islam, universiti Islam dan segala lambang keIslaman yang kamu dabik dada bahawa kamu ilhamkan, melaksanakan dan menjadi contoh. Yang ada ialah amalan keIslaman dengan mengikut ajaran Islam yang disampaikan oleh Rasullullah s.a.w. dan Khulafar Rashidin dan pewaris pewarisnya iaitu alim ulama yang qashaf bukannya ulama yang kamu beli dengan kuasa dan wang kamu. Yang ada ialah amalan hukum dan perintah Allah yang termaktub dalam AlQuran yang dijamin oleh Allah sehingga akhirat bukannya segala bentuk pembangunan materiel yang melambangkan Islam dan akan musnah kerana sifat barunya. Bukanya sama seperti label ‘Halal’ pada barang yang haram.

Sekiranya kamu hendakkan sama seperti apa yang kamu banggakan semasa kamu hidup didunia ini maka kamu kenalah berpesan dan berwasiat supaya kamu dimasukkan ke alam barzah di tempat yang sama dengan rakan sepencurian kamu si apek ling leong sik. Disitu kami boleh adakan semuanya diperbuat dari kertas kertas dan disitu juga boleh melakukan penipuan kepada malaikat dengan menanam kamu antara pukul satu hingga pukul dua tengahari kerana malaikat akan pergi makan tengahari. Kamu tidak boleh memilih untuk bersama dengan siparia samy no value itu kerana dia akan dibakar terlebih awal didunia ini sebelum dia dibakar dijahanam akhirat kelak.  

Hai mahathir ibni wan tempawan. Adakah kamu yakin dengan kebersihan dan kesucian duit yang akan kamu gunakan untuk membeli kain kapan kamu???. Kalau lah anak anak kamu yang belikan maka asal usul duit itu sama juga dipersoalkan. Kamu adalah orang yang terkaya di Malaysia ini, adakah kamu harapkan supaya kain kapan kamu disedekahkan oleh orang lain???. Itulah yang paling baik bagi seorang manusia Islam. Sudah terjamin kesucian dan kebersihan untuk dirinya. Pada hari itu jasad dan roh kamu akan gembira menerima sedekah orang tetapi adakah anak pinak kamu sanggup menerima bagi pihak kamu kerana mereka juga adalah orang orang kaya di negara ini???.

Hari ini kamu, mahathir telah mengaku kesilapan dan mengaku kekerdilan kamu sebagai makhluk. Kamu mengakui sebagai manusia biasa kadangkala kamu membuat silap termasuk membawa masuk mereka ( Dollah Badawi, Daim, Shahrir Samad, Ibrahim Ali, Annuar Musa, Tan Sri Musa Hitam, Tengku Razaleigh, Aziz Shamsudin dll) yang tidak ikhlas ke dalam parti tanpa mengetahui niat mereka di sebalik hasrat menyertai UMNO. “Saya manusia biasa kadang-kadang saya buat silap, saya tak tahu, saya terima mereka masuk dalam UMNO, jadi rakan saya, banyak orang yang bermusuh dengan saya, dan ramai daripada mereka benar-benar ikhlas untuk menyertai UMNO dan majukan perjuangan UMNO,'' katanya.

Hai mahathir ibni wan tempawan, hanya Allah sahaja yang mengetahui tentang niat hati sesaorang manusia dan makhluknya. Kita ini dijadikan oleh Allah dari bahan yang paling hina diantara makhluk makhluk Allah. Mana mungkin kita dapat menyamai dengan kebesaran Allah untuk mengetahu niat hati sesaorang. Gambaran hati sesaorang hanya dapat diukur dari keperibadiannya. Rasullullah s.a.w adalah contoh keperibadian seorang manusia pilihan yang terbaik. Rupa paras Baginda, percakapan Baginda, perbuatan Baginda, amalan Baginda, ibadat Baginda, kepimpinan Baginda, kemasyarakatan Baginda, kekeluargaan Baginda, pergaulan dan persahabatan Baginda adalah yang terbaik diseluruh alam ini. Adakah kamu telah cuba sedaya upaya kamu untuk mengikut keperibadian baginda???.

Kamu dengan sombong dan bongkaknya kamu telah kamu keji dan hina Baginda. Kamu permainkan rupa paras Baginda. Kamu nista segala kata kata (sabda) Baginda. kamu tidak terima segala dalil dengan mencemuh Ayat Ayat suci AlQuran yang Baginda sendiri terima wahyunya. Kamu perkecilkan peradaban dizaman Baginda. Kamu fitnahkan semua ulama ulama. Kamu hina wanita wanita Islam yang bertudung kerana menurut perintah Allah sedangkan isteri kamu dan anak perempuan kamu mengingkarinya. Kamu tuduh semua ulama dan guru guru ugama sebagai penghasut dan penyeleweng kerana kepentingan politik dan kuasa kamu. Kamu hina pelajar pelajar sekolah ugama dan menuduh mereka terlibat dengan gejala gejala sosial. Kamu hina sahabat dan rakan kamu dengan penghinaan yang tidak boleh terima oleh fikiran manusia. Sehingga kini kamu telah menyakiti hati orang orang Islam dan orang melayu. Kamu terus menerus menghina Islam dan segala perintah Allah tentang Islam. Apa saja yang tidak baik hari ini kamu hubungkaitkan dengan Islam. Kamu tuduh Islam menggagalkan kehendak dan kemahuan hati kamu.

Hai mahathir ibni wan tempawan, adakah kamu tahu tentang perangai orang orang UMNO yang kamu banggakan itu???. Mereka telah mengikut jejak kamu. Kamu slogankan ‘kepimpinan melalui tauladan’. Kamu sebagaikan bapa ketam sudah tentulah mereka menjadi anak ketam. Hari ini kamu telah sedar tentang mereka. Kamu kesal dan kecewa terhadap mereka. Mereka juga kesal dan kecewa terhadap kamu.  Dengan nada kesal kamu berkata ada juga yang menyertai UMNO kerana pada pendapat mereka UMNO boleh dijadikan alat untuk mencapai cita-cita besar. Memang itulah nawaitu bagi orang orang yang masuk UMNO. Nawaitu masuk UMNO tidak sama nawaitu masuk Islam. Nawaitu masuk UMNO sama nawaitu masuk melayu.

“Rupa-rupanya ada orang yang memperalatkan UMNO untuk kepentingan kumpulannya, daripada satu segi saya salahlah tapi saya cuma nak bagi peluang kepada semua termasuk musuh UMNO supaya dapat menyertai UMNO dan meneruskan perjuangan UMNO dan dapat membangunkan negara”.

Kamu menyesal memberi peluang kepada semua orang termasuk musuh politik kamu. Kamu memang suka bermusuh dengan semua orang.  Mereka menyertai perjuangan UMNO tanpa kamu dapat membaca hati sesetengah daripada mereka yang berniat memperalatkan parti untuk kepentingan sendiri. Kepada siapakah yang kamu kesalkan???. Daim atau Shahrir Samad atau DS Anuar Ibrahim atau Tan Sri Musa Hitam atau Aziz Shamsudin. Apakah kamu ingat orang orang UMNO tidak kesal dan kecewa dengan kamu yang hanya mementingkan diri kamu, keluarga kamu, kroni kamu???. Apakah rakyat Malaysia dan orang melayu tidak kesal dan kecewa dengan kamu???. Kamu telah menipu orang orang UMNO. Kamu telah menyeksa rakyat Malaysia dan orang melayu dengan segala dasar pengswastaan penyamunan (piritisation) kamu. Rakyat dipaksa menanggung kos segala yang kamu, anak pinak kamu dan kroni kamu berbelanja atas nama kerajaan. Kamu pekakkan telinga daripada mendengar pelbagai masaalah serta rungutan rakyat dan orang melayu. Pendidikan???. Perubatan???. Kesihatan???. Sosial???. Ugama???. Politik???. Polis???. ISA???.  

Hai mahathir ibni wan tempawan, barang yang lepas eloklah dikenang, bila terkenang akan menyesal kalau sudah kesal eloklah bertaubat. Allah Maha Pengasih dan Maha Penyanyang. Allah akan menerima taubat kamu bila kamu berdosa dengan Allah. Apakah Allah akan menerima taubat kamu jika kamu berdosa kepada sesama manusia dan makhluk???. Apakah kamu tidak berdosa kepada DS Anuar Ibrahim, YB YAA Tun Salleh Abas, Dato Ishak Baharom, Prof.Dato Harun Din, mereka yang sedang kamu seksa dengan kuasa akta ISA dan ramai lagi sama ada secara langsung atau tidak lansung. Apakah kamu rasa kamu tidak berdosa dengan rakyat Malaysia dan orang melayu???.

Hai mahathir ibni wan tempawan, Kamu mengukur kesetiaan manusia kepada kamu hanya dengan bersumpah setia. Kamu perintahkan semua ahli politik UMNO berikrar setia kepada kamu. Kamu perintahkan semua ahli UMNO berikrar setia kepada kamu dengan menyuruh mereka bangun dari duduk mereka. Kamu perintahkan semua kakitangan kerajaan berikrar setia kepada kamu. Kini kamu perintahkan semua pelajar sekolah dan IPT berikrar setia kepada kamu. Kamu akan perintahkan semua guru guru berikrar setia kepada kamu.

Kamu sendiri tidak berikrar setia kepada jawatan kamu, kepada tanggungjawap kamu. Kamu sendiri tidak setia kepada Allah. Tidak setia kepada Rasullulah s.a.w. Tidak setia kepada AlQuran kitab Allah. Tidak setia kepada Islam ugama yang kamu ikrar dengan lidah kamu. Kamu tidak setia mempertahankan mertabat Islam dan orang orang Islam dinegara ini. Kamu hina Islam dan orang Islam dan peradaban Islam didunia ini. Kamu tuduh jihad sebagai militan sedangkan kamu sendiri tidak ada niat berjihad. Adakah kamu faham apakah itu jihad hai mahathir???. 

Hai mahathir ibni wan tempawan, kini bala telah di turunkan keatas kamu. UMNO kamu akan hancur,InsyaAllah. Kamu berharap tanpa berdoa kerana kamu tidak percaya kepada doa. Kamu sanggup untuk menerima setiap orang yang ingin menyertai UMNO dengan harapan mereka akan menunjukkan kesetiaan kepada parti dan akan melangsungkan perjuangannya. Sebenarnya ‘Perjuangan UMNO telah diselesaikan’ oleh tangan dan lidah kamu sendiri. UMNO sebuah perjuangan yang tidak berideologi. UMNO satu trajedi sejarah buat orang orang melayu dan Islam dinegara ini. Hai mahathir masihkah kamu manaruh harapan tentang boleh ujudnya UMNO 15 tahun akan datang sedangkan mereka yang menyertai UMNO pada masa ini akan menjadi pembelot pada tahun 2004 yang akan datang.   

Semua senario ini adalah pertanda baik kepada BA. Tetapi kita tidak boleh terlalu yakin dengan peluang peluang yang nampak cerah oleh mengambangnya bulan. Langit tidak akan sentiasa cerah. Kita mestilah berhati hati dan berwaspada. Panas setahun boleh dikecewakan oleh hujan sehari. Hanya doa kita dan restu dari ilahi serta terus berusaha untuk kemenangan. ‘Sebesar kejahatan akan boleh dikalahkan oleh sekecil kebaikan’ Marilah berusaha memenangi hati orang orang UMNO dengan kebaikan kita kepada mereka. Bersabarlah kita semasa kesusahan dan lebih bersabar apabila mencapai kemenangan.

DONMONTOYA






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 28 Ogos 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com