Tahniah kepada Majlis Perpaduan Negeri Kelantan (MPK)
yang mengadakan KEMPEN MENGUMPUL SETENGAH JUTA
TANDATANGAN untuk meminta Ke Bawah Duli Al-Sultan bagi
memperkenankan PINDAAN PERLEMBAGAAN NEGERI KELANTAN
yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri pada
25hb Jun 2001.
Satu 'usaha' yang sungguh 'besar' untuk menjaga
perpaduan negeri kelantan khususnya bangsa kelantan
telah dilakukan oleh MPK dan ini patut menjadi bahan
renungan Bangsa melayu di negeri-negeri lain di
Malaysia.
Yang lebih hebat lagi, MPK masih terus taat setia
kepada sultan yang biadab dan bermegah-megah dengan
istana di berbagai pelusuk negeri Kelantan itu, dengan
ikrar MPK:
"Patik sebagai rakyat negeri Kelantan Darul Naim,
sesungguhnya berasa berbesar hati berada di bawah
naungan Duli Tuanku. Patik berjanji untuk terus taat
setia di bawah payungan Tuanku Al Sultan".
Inilah salah satu contoh taat setia buta tuli yang
dilakukan oleh MPK itu sendiri kepada sultannya yang
biadab dan berfoya-foya dengan harta dan maksiat.
Isteri sultannya yang berasal siam telah bertindak
sebagai "queen control" dan menjadikan orang-orang
seperti MPK itu sebagai orang-orang yang terus
dibodohi.
Sekali lagi "tahniah" kepada MPK atas kejayaan
mengumpul setengah juta tanda tangan. Dan selepas itu
pula saya bercadang kepada MPK untuk mengumpulkan
setengah juta tanda tangan lagi untuk diserahkan
kepada kerajaan kelantan yang sedang berkuasa sekarang
ini, dan meminta kepada kerajaan berkuasa tersebut
untuk memansuhkan undang-undang penjajah yang cuba
menjauhkan dan memisahkan ummat Islam di bumi
Malaysia. Undang-undang tersebut ialah kanun tanah
yang menghalang rakyat Malaysia walaupun beragama
Islam dari negeri-negeri lain di Malaysia dari membeli
tanah di negeri Kelantan.
Sementara kerajaan berkuasa (PAS) begitu bangga dan
bahkan telah menerbitkan dalam risalah PKINK mengenai
kelulusan kenaikan peratus mendapat hak milik tanah
kepada orang cina kafir di Kelantan. Sedangkan melayu
Islam dari negeri lain di Malaysia terus dihalang atau
tidak diberikan kelulusan untuk membeli tanah di
Kelantan. Inilah sifat politik kotor yang hanya
setakat mencari undi dalam pilihan raya. Sesungguhnya
Allah maha mengetahui sesiapa yang berlaku zalim
sesama muslim.
'Tahniah' MPK!