Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Laporan polis ini akan dibuat di balai polis Pandan Indah pada jam 10.30 pagi 19 Ogos 2001

Pada hari Sabtu 18 Ogos 2001 kira-kira jam 5.00 petang, saya telah pergi ke Kg. Seri Damai, Taman Kencana dan mendapati kain rentang yang menunjukkan bahawa Menteri Besar Selangor akan mengadakan perhimpunan umum di kampung itu pada petang hari Ahad 19 Ogos 2001.

Saya telah melihat beberapa orang sedang mempersiapkan tempat ( kerusi dan khemah ) seperti untuk mengadakan satu ceramah umum di jalanraya di hadapan kampung itu.

Pada 5 Mei 2001 dan 8 Ogos 2001, majlis-majlis penerangan PAS di Taman Maju Jaya dan Taman Ampang Indah telah diberhentikan oleh pihak polis di atas alasan ceramah umum dilarang dari diadakan.

Oleh itu ceramah umum Menteri Besar Selangor yang dijadualkan pada 19 Ogos 2001 adalah juga satu perhimpunan haram.

PAS Kawasan Ampang Jaya berharap pihak polis akan bertindak adil dengan melarang ceramah itu diadakan sepertimana pihak polis telah turun beramai-ramai untuk memberhentikan program-program PAS.

Kami yakin pihak polis tidak akan mengamalkan sikap pilih-kasih di dalam menguatkuasakan undang-undang dengan melarang Menteri Besar Selangor mengadakan perhimpunan umum di Kg. Seri Damai.

Iskandar A. Samad
TYDP PAS Kawasan Ampang Jaya






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 22 Ogos 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : [email protected]