Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


GUNA SAMSENG ! - TAKTIK BARU SEKAT ALTERNATIF

Taktik baru UMNO untuk menyekat pengaruh Barisan Alternatif di Ampang Jaya telah terbongkar di Mesyuarat Agung Masjid Al-Ubudiah, Ampang Tasik pada malam 26 Ogos yang baru lalu.

Di dalam mesyuarat tersebut seorang ahli PAS yang mempertikaikan tindakan pengerusi malam itu telah dibelasah oleh seorang ahli UMNO.

Ramai yang hadir di mesyuarat itu telah tidak puas hati apabila jawatankuasa masjid gagal membentangkan penyata kewangan bagi tahun-tahun 1996, 1997, 1998, 1999 dan 2000.

Penyata kewangan bagi tahun-tahun tersebut tidak pernah dibentangkan kepada umum walaupun adalah difahamkan masjid itu mempunyai pendapatan tetap seperti dari tapak pasar malam di Ampang Tasik.

Walau bagaimanapun apabila terdapat ahli qariah yang membantah, beliau telah ditumbuk.

Perkembangan ini amat mengejutkan masyarakat kerana ahli PAS itu telah dibelasah di dalam masjid. Adakah UMNO tidak lagi hormat kepada masjid sebagai tempat beribadah ?

Nampaknya setelah polis dikerah untuk menghalang ceramah-ceramah PAS di Ampang Jaya, samseng pula digunakan untuk menyekat Barisan Alternatif.

Ahli-ahli BA yang ditemui di Ampang Tasik telah menyatakan bahawa mereka tidak gentar dengan taktik UMNO ini. Mereka akan tetap memperjuangkan keadilan dan kebenaran. Kami diberitahu laporan polis tentang kejadian malam itu telah dibuat.

Kami berharap semangat dan keberanian ahli-ahli BA di Ampang Tasik akan dicontohi. Di Ampang Jaya memang berlaku banyak penyelewengan-penyelewengan oleh jawatankuasa-jawatankuasa masjid atau surau yang dikuasai oleh UMNO. Terdapat yang membina gerai-gerai untuk disewa tetapi tidak semua ahli qariah yang tahu ke mana wang yang diperolehi itu pergi.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 30 Ogos 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com