Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Menjelang Fajar 2hb September 2001

Ya, 2hb Sept 1998, adalah satu tarikh bersejarah yang tak dapat dilupakan olih seluruh rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian dan kesejerahteraan dibumi tercinta ini. Bermula dari tarikh itulah juga segala macam pekung siPM musang berjanggut bedebah yang telah lama mengkhianati Bangsa, Ugama dan Tanahair ini terbongkar satu persatu dengan berbuktikan fakta fakta yang cukup menyakinkan, tiada keraguan samasekali bagi rakyat. Sungguh durjana dan keji sekali mengkhianati amanah yang diberi olih rakyat.

Tidak beberapa hari lagi kita akan ketemui semula tarikh tersebut. Ya,2hb September 2001!!!!!.

Apakah perlu ditunggu lagi satu tarikh 2hb September 2002,2003 atau 2004? untuk menyaksikan tumbangnya sipengkhianat segala pengkhianat yang bernama Mahathir Mohamad al Haprak?.

Apakah selama 3tahun, 2hb Sept 1998 berlalu bersama angin informasi dan reformasi diserata maya, masih tak cukup untuk seluruh rakyat mengerti akan tanggungjawab mereka? jika itulah keadaannya, alangkah malang dan sial negara bernama Malaysia punyai rakyat yang terlalu lembab dan bacul untuk menerima hakikat betapa pelesit, haprak dan khianatnya seorang manusia yang bernama Mahathir al Haprak serta seisi tongkangnya yang bergelar UMNO/BN..

Apakah perlu ditunggu dari satu 2hb Sept ke satu 2hb Sept mendatang untuk terus asyik dan leka menyaksikan keceluparan serta kerakusan siHaprak bagi melahirkan kebencian beliau terhadap Islam, hingga Allah mendatangkan perintah "angin" pemusnah keatas kita rakyat Malaysia semua?. Jika demikian duduk cerita, maka bertambah malang dan sialnya negara Malaysia punyai umat Islam yang selama ini rupa rupanya hanya menipu beriman sedangkan hakikat sebenarnya kufur kepada Allah s.w.t.

Apakah perlu dilanjutkan kepasrahan semua ke tanggal 2hb Sept 2020, berpeluk tubuh menanti sa'at dan ketika kantong negara menjadi kontang?, beban hutang negara terbeliak mata nak percaya?, Ibadat haji hanya tinggal niat lantaran belanja mahal laksana nak kebulan?, hak milik tanah negara hanya tinggal nama dikertas sedangkan hasil dan hak kepunyaan simamat asing? lagi lama ditunggu, lagi ligat siHaprak dan seisi tongkangnya menjahanamkan negara tercinta ini. Jika begitulah keadaan bejatnya generasi negara masa kini, tunggulah akan sumpah seranah, maki hamun bukan do'a do'a yang baik dari anak,cucu dan cicit dihari muka lantaran kelalaian dan kebaculan kita semua menghancur leburkan siHaprak dan UMNO/BN.

Fikir fikirkanlah secara tulus ikhlas, tidak kira kamu Menteri,MP,ADUN, Bangkang tak pembangkang, Peguam dan hakim hakim, Para Professional dan sebagainya, ayuh bangun bertindaklah kearah "punyai" jati diri tulen sempena datangnya hari kemerdekaan 31hb Ogos serta disusuli pula tarikh 2hb Sept 2001 yang besar ertinya bagi ditinggalkan kepada generasi generasi yang akan datang. NEGARA INI BUKAN MILIK BAPAK DIA.......NYAHKAN DIA SEGERA. Jika ada kalian yang ada membuat kesilapan terhadap rakyat, akan kami maafkan dan berehatlah sebagai insan bebas tanpa dibelenggu seandainya kalian bersama menghumban simalaon sekor ini.

Baik pulih masih bermakna jika kerosakan masih berupa, tapi adalah mustahil jika musnah punah ranah debu yang ada.

KERANAMU MALAYSIA bukan KERANAMU MAHATHIR ALHAPRAK

pensil kayu






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 18 Ogos 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : [email protected]