Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


HATI-HATI OPS LALANG MAHAHAPRAK

Keadaan politik menjadi bertambah gawat dan parah dengan beberapa insiden yang dapat kita lihat.Selain dari masalah ekonomi kegawatannya makin parah dengan meningkatnya jumlah kezaliman yang dilakukan terhadap rakyat.Jangan kita lupa akan kegawatan ini adalah bencara dari Allah terhadap manusia durjana yang sedang bermaharaja GILA.

Setiap peristiwa yang terjadi adalah natijah dari yang maha berkuasa,sehubungan dengan itu janganlah kita lalai dengan insiden yang berlaku didepan kita.Diperhatikan dengan pengharaman ceramah politik oleh pihak PDRMahathir(HAPRAK) ada tersembunyi agenda untuk mengadakan sekalilagi OPS LALANG 2 yang berkemungkinan lebih ramai lagi akan ditanggap dan didakwa.Berapa pun OPS yang diadakan kita sebagai rakyat marhaein hendaklah tabah kerana setiap perjuangan perlunya pergorbanan.

Keadaan BN adalah semakin gawat dengan bergaduhan yang berlaku dalm kompenan parti BN berkelahi sesama sendiri dengan usul untuk menentang habis-habisan pengwujudan negara Islam .Inilah sentimen yang serupa yang ingin dimainkan oleh pihak tertentu dengan mengwujudkan ketegangan dari pihak MCA dan juga UMCINO.

Dengan penglibatan MAHAHAPRAK dalam institusi kehakiman buat acap kalinya cuba mempelekehkan keupayaan hakim-hakim yang adil dalam melakukan reformasi perundangan dalam melindungi rakyat marhaen dari mangsa kezaliman.

Juga pelbagai pengistiharan di buat oleh MAHAHAPRAK dan kroni akan sokongan yang semakin padu sebenarnya ibarat melukut di tepi gantang dengan bendera kebangsaan dikibarkan pada 31 ogos ini adalah cara yang lama.Sehubungan itu saya syorkan agar setiap rakyat marhaen yang menyokong REFORMASI mengibarkan bendera REFOMASI disegenap daerah bagi menunjukkan rakyat marhaein tidak sebodoh yang disangka.

Oleh yang demikian rapatkan ukhwah sesama kita bagi menentang kedurjanaan di depan mata kita agar kita tidak dipersoalkan diakhirat apakah tindakan kita terhadap kezaliman ini.

Untuk itu setiap individu mahupun masyarakat perlulah mengadu pada yang MAHA ESA iaitu ALLAH tuhan pencipta alam moga-moga awan gelap yang menyelubungi MALAYSIA hari ini mendapat cahaya baru dalam Abab ke 21 ini.Selamat berjuang untuk semua semoga ALLAH melindungi anda dari kezaliaman.ALLAHHU AKBAR 3 X REFORMASI 3 X

REFORMASI KUALA PILAH






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 8 Ogos 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com