Ceramah anjuran Parti Keadilan yang telah diadakan di
Markaz Pas, Taman Melewar, Gombak pada malam ini 10
Ogos, 2001 dihadhiri lebih kurang 20,000 hingga 25,000
yang terdiri kebanyakkannya dari penyokong-penyokong
PAS dan Keadilan. Kelihatan lebih ramai penyokong PAS
dari penyokong Keadilan. Mungkin orang Pas ingat
ceramah tersebut dianjur oleh PAS.
Pihak Nanyang Siang Pau turut hadhir untuk mengedarkan
risalah yang menyeru dipakai ribon kuning di bahu,
atau di kepala, di atas kereta atau motosikal tanda
membantah penguasaan MCA keatas akhbar tersebut di
samping menuntut kebebasan akhbar.
Bila saya dan suami saya tiba, Peguam Zulkifli Nordin
sedang dalam pertengahan ucapannya. Zulkifli Nordin
telah cerita mengenai kesihatan Anwar Ibrahim yang
semakin teruk. Pihak General Hospital (GH) minta Anwar
kembali ke GH tetapi Anwar menolak kerana tidak mahu
menyusahkan pihak GH. Lagi pun GH tidak berkemampuan
untuk merawat Anwar yang memerlukan kepakaran dan
peralatan pakar-pakar asing.
Zulkifli Nordin menceritakan masa Anwar Ibrahim kecil
lagi sudah suka melaungkan adzan, dan di Malay College
(MCKK) masa Tingkatan 3 lagi Anwar Ibrahim telah
berjaya mengambil alih dari Sanusi Junid jawatan
Presiden Badan Pelajar Islam MCCK. Anwar ubah nama
badan tersebut menjadi Badan Revolusi Islam MCKK. Di
situlah mulanya konflik antara Anwar dan Sanusi Junid
yang membawa ke hari ini.
Zulkifli Nordin juga menceritakan Anwar Ibrahim walau
pun sudah menjadi Menteri dalam UMNO tidak lupakan
sahabat-sahabat beliau dalam PAS. Masa Fadil Nor
menjalani pembedahan mata, Anwar sebagai Menteri
kerajaan BN telah menziarah Fadzil Nor. Begitu juga
bila Allahyarham Yusof Rawa sakit tenat satu ketika
dulu, Anwar yang pada ketika itu Menteri (belum
TPM)telah menziarah Yusof Rawa. Mahfuz Omar yang pada
masa itu baru keluar dari Kamunting sebagai tahanan
ISA (Ops Lalang 1987)berada di rumah Yusof Rawa dan
tidak mahu tegur Anwar, tetapi Yusof Rawa panggil
Mahfuz suruh bersalam dengan Anwar. Yusof Rawa
beritahu Mahfuz bahawa Anwar "orang kita".
Jelas cerita ini dibawa oleh Zulkifli Nordin untuk
telinga orang PAS kerana kepimpinan PAS sedar isu
negara Islam sedikit sebanyak telah membuat
orang-orang PAS berasa kurang selesa terhadap parti
Keadilan. Seperti yang kita semua maklum, baru-baru
ini Keadilan bersama-sama DAP dan PRM telah menolak
penubuhan negara Islam dan telah menekan PAS supaya
menggugurkan ideologi perjuangannya.
Semasa Zulkifli Nordin di penghujung ucapannya
kira-kira jam 10.15 malam, Datin Seri Wan Azizah tiba
dengan disambut oleh laungan "Reformasi".
Selepas Zulkifli Nordin habis berucap Pengerusi Majlis
mengumumkan bahawa Mahfuz Omar tidak dapat hadhir
kerana pesawat MAS yang hendak dinaikkinya lewat satu
jam dan oleh demikian Mahfuz telah batalkan kedatangan
beliau ke KL.
Bila diumumkan Mahfuz tidak jadi datang, jelas
kelihatan ramai orang PAS telah meninggalkan kawasan
markaz untuk pulang. Saya turut pulang kerana suami
saya seorang aktivis PAS rasa tidak selesa terus
mendengar ceramah Keadilan. "Tak mahu dikira sebagai
bersubahat dengan golongan yang tentang negara Islam,"
jelas suami saya semasa kami berjalan bersama ahli PAS
yang lain menuju ke kereta.
Polis tidak buat kacau pada malam ini.
Norlia
Forward dari FGR oleh Suria