DUA rakyat Bangladesh yang dituduh membunuh tujuh sekeluarga di Johor Bahru mendakwa polis memaksanya minum air kencing dan mengaku melakukan pembunuhan kejam itu.
Tanpa mengambil kira kedua-dua lelaki ini bersalah atau tidak, apakah yang dibanggakan polis Malaysia kini dengan kelakuan-kelakuan binatang dan berhati syaitan. Mereka bertindak ikut suka hati mereka, memukul, menyerang, memprovokasi dan mencertuskan pergaduhan dan kemudiannya menyeret sesiapa sahaja yang mereka suka ke muka pengadilan. Saksi boleh diupah, bukti boleh dicari. Mahmakah boleh dibeli.
Tidak ada langsung rasa insaf dan sedar bahawa setiap perbuatan mereka itu akan dibalas juga. Jika mereka terlepas di dunia, mustahil mereka akan terlepas di akhirat.
Hari ini, Umno beria-ia sangat membela polis kononnya polis bertindak atas kepentingan ramai tetapi polis di Malaysia sebenarnya alat Umno untuk menerajang para penyokong reformasi, menghalang orang ramai menghadiri ceramah parti-parti pembangkang dan paling akhir, peminta sedekah ala penyamun di tepi-tepi jalan.
Polis cukup mudah menjalankan kerjanya, tangkap sesiapa sahaja yang mereka syaki dan kemudian pukul sesuka hati, paksa minum air kencing dan siapkan pengakuan untuk dipaksa sesiapa yang malang menandatangani.
Apakah anggota-anggota polis ini tidak punya anak? Apakah mereka tidak punya saudara-mara? Apakah mereka tidak fikir suatu hari nanti, apa yang pernah mereka lakukan, akan tertimpa kepada anak-anak mereka, saudara-mara mereka dan waktu itu, mungkinkah penyesalan masih berguna.
Kita tahu ramai anggota polis adalah mereka yang simpati kepada kebenaran. Kita tahu anggota polis juga tahu melihat sesuatu dalam kacamata keadilan. Kita tahu polis juga tidak sukakan kezaliman tetapi selagi mereka bersubahat, suatu hari nanti apabila negara ini diperintah oleh Barisan Alternatif (BA), apakah anggota-anggota polis yang menyepak Tian Chua, membelasah Gobalakrishnan dan Lokman Adam akan menjadi apek pengangkut najis?
Ayuh semua, minta simpanglah hendaknya anak-anak kita dijodohkan dengan anggota polis. Jangan benarkan anak-anak kita menyertai pasukan polis dan jika yang sudah bekerja, lebih baik bagi mereka meletakkan jawatan. Gaji yang mereka makan adalah najis dan usah kita makan wang hasil kerja-kerja najis itu.
Kalau sah semua polis adalah binatang, mudah bagi kita mengajarnya. Kalau anjing, boleh kita panggil DBKL tangkap pakai jarring. Kalau babi, minta unit-unit khas memusnahkannya secara rambang dan kalau ia jenis binatang yang berguna, boleh kurung dalam zon tetapi binatang jenis beruniform seperti ini belum lagi dikategorikan jenis apa, walaupun mungkin tidak jauh dari anjing dan babi.
- Ramlan Jantan