Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Perbincangan dalam e-Groups

fpfrahman hashim berkata: "umno memusuhi pas bukan kerana menolak islam tapi kerana pas menganggap islam hanya milik pas."

Jawapan:
Sejak bila anda tahu pas menganggap islam hanya milik pas, dan adakah anda mengetahui daripada pihak autoriti pas sendiri, atau hanya ketahui daripada pihak lain? Tidak usahkan dari sududut rohaniah islamiah, dari suduk akal pun adalah tidak logik jika "umno memusuhi pas bukan kerana menolak islam tapi kerana pas menganggap islam hanya milik pas." kerana tidak sesiapa pun di kalangan pas yang anggap islam hanya milik pas. Yang jelas ialah HANYA anda saja yang beranggap "pas menganggap islam hanya milik pas", sedangkan pihak pas sendiri tidak pernah di mana-mana dan bila-bila masa pun anggap bahawa islam hanya milik pas. Kalau benar pas ada akui anggapan pas adalah islam hanya milik pas, dah lama dari dulu lagi umno akan menjerit di persada media arus perdana mengutuk pas sebagai modal untuk memburuk-burukan pas.

Tidak pernah pun lagi media mengatakan "pas menganggap islam hanya milik pas". Ini adalah hanya anggapan anda atau kunco-kunco anda bahawa "pas menganggap islam hanya milik pas"; yang merupakan satu anggapan yang salah, bukan saja salah dari segi logik, tetapi salah dan berdosa dari segi agama kerana berperasangka buruk terhadap pas, dan mengadakan sesuatu yang pas sendiri tidak; yang sekali gus merupakan satu fitnah. Inilah menepati maksud peribahasa "jika keruh di hulu, maka keruhlah di hilir", dan :jika buruk pangkalan, buruklah perahunya". Maksud peribahasa-peribahasa itu dapat diaplikasikan kepada fpfrahman hashim bahawa kalau Pemimpin Tertinggi nya suka membuat fitnah, maka demikianlah jua pengikutnya.

fpfrahman hashim berkata: "banyak betul alasan-alasan-alasan yang diberikan oleh student pak rampa. maslahat pas tak menjadi nampaknya disebabkan oleh pemimpin-pemimpin pas sendiri. apa yang susah sangat nak jelaskan mengenai negara islam,orang dah minta, jelaskan sajalah.kita minta benda yang baik . kita bukan suruh maki-hamun, bukan suruh bagi gelaran yang tak baik, bukan suruh mencarut, tapi itu yang pemimpin pas suka buat...."

Jawapan:
Jika alasan-alasan-alasan yang saya berikan itu tidak betul dari segi fakta, logik dan juga dari sudut ajaran Islam, hujjah sajalah, perbetulkan, tetapi tak nampak pun adanya anda nak berhujah balik. Sebab alasan-alasan-alasan saya itu tepat dan betul dan benar dari pelbagai sudut, itu sebabnya anda tiada point dari segi kebenaran "truth" untuk mematahkannya. Maka tiada jalan lain, anda terpaksalah membawa isu-isu lain dan meninggalkan saja alasa-alasan-alasan yang saya berikan itu dengan rasa sakit hati, iaitu sakit hati terhadap kebenaran "truths" yang saya kemukakan!!!

Sama ada maslahat pas menjadi atau tidak, apakah anda pula yang prihatin terhadapnya? Bukankah jika tak menjadi, itu adalah lebih baik bagi puak anda? Kalau sikap puak anda memusuhi Pas, biarkanlah saja maslahat ps itu tak menjadi, biarkan sajalah BA itu berpecah-belah, kenapa yang puak anda nak ambil hal sangat?

Pas tak mahu beri, tak mahu jelaskan mengenai negara Islam kepada puak anda yang meminta, lebih-lenih lagi kepada puak DAP kerana itulah juga "maslahat"; bukannya macam UMNO nak dedahkan semua kepada MCA, MIC dan Al-kafirun itu; bagaikan tidak mempynya "maslahat", hinggakan UMNO-lah di bawah kepimpinan Tunku, menang sorang Singapura tergadai. Ya, saya amat setuju dengan Mahathir, "Melayu mudah lupa", melupkan saja menyerahkan Singapura secara free saja kepada Cina. Lepas ini nanti, Pulau Pinang pula, kan, kan, kan?

Pas tahu apakah motif pihak UMNO (seperti anda) beriya-iya sangat meminta pas menjelaskan Negara Islam itu, kerana motifnya adalah jahat, untuk digunakan oleh UMNO sebagai bahan mainan politik. Justeru untuk apa dijelaskan, kalau nak tahu, buatlah kajian sendiri, duit UMNO banyak, bayar sajalah kepada mana-mana Profesor yang ada di UIA itu menjelskn buruk-baiknya Negara jika dijadikan negara Islam. Apa susah sangatkah nak minta pakar perundangan mengenai Negara Islam menjelaskan atribut bagi sebuah Negara Islam. Apa yang diperjelaskannya nanti, itulah juga atribut dan prinsip-prinsipnya negara islam yang nak bina. Bukan ada atribut dan prinsip-prinsip lain lagi.

Mudah saja jika pihak anda tidak mahu sesiapa memaki hamun, iaitu janngan melakukan kezaliman. kalau UMNO tidak mahu dimaki hamun, Presidennya jangan menggunakan kuasa untuk menzalimi. Saya ambil contoh kezaliman ialah menuduh DSAI melakukan liwat dengan tidak dikemukakan dengan 4 orang saksi yang layak dari segi syarak, dan tidak membicarakan DSAI melalui Mahkamah Syariah. Itu adalah kezaliman pertama. Kezaliman kedua ialah menolak Hukum Hudud dari dapat dilaksanakan dengan alasan kerana adanya rakyat negara yang bukan islam. Ketiga, Perlembagaan Malaysia memberi kuasa kepada Pas memerintah Terengganu, ditukarkan wang royalti petrolieum menjadi sebagai "wang ikhsan" dengan tujuan supaya Kerajaan Negeri Terengganu tidak cukup wang bagi membangunkan Terengganu, ini adalah kezaliman yang ketiga.

Secara langsungnya UMNO di bawah kepimpinan Mahathir sekurang-kurangnya melakukan tiga kezaliman yang disebutkan tadi. Apakah anda harap pihak yang dizalimi itu akan memuja dan memuji puak anda, UMNO? Sementeralah pula dalam Islam, pihak yang dizalimi berhak dan dibenarkan memaki hamun pihak yang menzalimi! Kesimpulannya ialah, jika puak anda tidak mahu dimaki hamun, puak anda jangan melakukan kezaliman!

fpfrahman hashim berkata: "bila suruh jelaskan mengenai negara islam banyak pulak alasannya, kata nak memerintah cara islam. keseluruhan ceramah agama sama ada di tv atau ditempat awam adalah untuk orang islam, kalau nak ikutkan anda, anda suruh cari sendiri diperpustakaan, di universiti. dalam bulan puasa ada ceramah mengenai puasa, israj misraj ada ceramah mengenai sejarahnya nak dikirakan bahan-bahan itu boleh dicari diperpustakaan. agaknya bila pas memerintah, tiada ceramah agama, kerana bila tanya mengenai agama disuruhnya cari sendiri atau sebagai islam mesti dah tahu."

Jawapan:
Sepatutnya saya tak nak tanya soalan ini kepada anda, tetapi tahap pemikiran anda yang anda kemukakan itu menyebabkan saya perlu tanya juga anda: Soalan: Anda ni bersekolah setakat darjah berapa atau Tingakan apa? Kalaulah saya, rasa malu hendak mengemukakan hujah seperti itu dan Cc pula kepada ramai! Apakah anda tak tahu nak bezakan antara hal Negara Islam dengan ceramah mengenai puasa, israk mikraj? Adakah bagi anda menagadakn ceramah mengenai puasa, israk mikraj itu berhadapn dan perlu menangani kaum al-kafirun yang perlu menggunapakai "maslahat"? Mungkin ya juga barangkali apabila puak anda "getik sangat" diwujudkan Negara Islam, nanti Malaysia akan menjadi seperti Turki, nak ceramah agama pun kena ada "amslahat" digunakan.

Memang betul, saya setuju dengan kata-kata anda bahawa , " jelaskan sajalah.kita minta benda yang baik ", tetapi, ada tetapinya, iaitu anda kena ingat, bukan semua benda yang baik jika di minta oleh orang, kita boleh saja bagi. Kita kena tahu siapa yang meminta itu, adakah benda yang baik itu akan membawa kebaikan atau akan membawa kepada masalah yang lebih besar. Jika anda pernah menonton filem "Anakku Sazali", si ayah bagi saja wang berapa banyak pun yang Sazali mahu, ya wang adalah benda yangbaik! Akhirnya apa?

Saya lebih suka berpendirian bahawa jika kita tak mampu berbuat sesuatu, tetapi ada pihak lain yang mampu untuk melaksaakannya, bagi sajalah pihak lain melaksanakannya. Dan jika pihak lain yang melaksanakannya nanti terdapat kelemahan-kelemahannya, bantulah saja bagi memperbaikinya, bukan mengkhianatinya. Demikianlah halnya dalam hal nak melaksanakan Hukum Hudud dan membentuk Negara Islam, kalau UMNO kata tak mampu, bagi sajalah PAS melaksanakannya sebab PAS kata ia mampu! Jika Pas melaksanakannya nanti, banyak kekurangan yang ia hadapi, bantu sajalah. Inilah cara pemikiran islamik! Lainlah halnya perkara yanghendak dilaksanakan oleh puak lain itu akan merosakkan umat Islam, patut disekat. Ini hal yang Allah s.w.t. perintah kita laksanakan, dikatakan tak mampu nak laksanakan, dan apabila pihak lain nak laksanakan, macam-macam pula sakit hati terhadap PAS.

Tetapi apa boleh buat, bagi puak anda cara pemikiran adalah sekular; hanya dengki saja kalau puak lain nak laksanakan, sedangkan puak anda sendiri tak mahu nak melaksanakannya.

fpfrahman hashim berkata: "Yang pas pergi bersepakat dengan DAP, DAP dah setuju ke nak hadapkan DSAI ke makhamah syariah. dalam pertemuan itu umno tiada meletakkan syarat, nak bincang apa saja pun boleh, pasal DSAI, pasal perpaduan nasional, tapi dah tak mahu nak jumpa dah tak ada sifat-sifat nak berbaik-baik , apa boleh buat, maka banyaklah alasan direka."

Jawapan:
Yang saya diberitahu ialah pihak PAS mengambil keputusan tidak mahu nak berjumpa yang anda maksudkan itu, ialah hasil daripada pihak mereka menunaikan Solat Istkaharah, mendapat alamat bahawa tiadanya keperluan untuk diadakan perjumpaan itu. Bagi puak sekular mungkin tergelak jika dikatakan itu sebagai alasannya, tetapi bagi umat Islam yang beriman, solat istikharah adalah metodologi penting. Bagi saya, persoalan pentingnya ialah, apakah motif yang sebenarnya Mahathir yang memeinta pihak PAS diadakan perjumpan dengan pihak UMNO itu?

Orang yang ada hikmah (wisdom), jika orang nak minta jumpa untuk berbincang, sedangkan orangyang nak jumpa itu selama ini memusuhinya, ia kena tahu apakah motifnya yang pihak musuhnya itu nak berjumpa dan berbincang, dan bukannya pergi berjumpa dengan semberono saja. Kita dalamkehidupan sehari-hari juga pun, kalau ada orang nak berjumpa nak bermuafakat, kita terlebih dahulu kena fikir habis-habis, kita kena tahu motifnya, kita juga kena tahu sama ada orang itu fasik atau orang beriman, dan juga kelayakan orang itu, sama ada layakkah atau tidak dari segi agama kita adakan pertemuan.

Dalam kes perjumpaan yang Mahathir yang syorkan itu antara UMNO dengan PAS, yang sebenarnya nak berjumpa dan berbincang akhirnya adalah siapa? Akhirnya ialah Presiden UMNO dengan Presiden PAS. Siapakah Presiden UMNO? Saya tak mahu kata apalah, biar saja saya petik kutip pandangan orang lain yang bernama Abdulraheem Green, dan anda bacalah sendiri apa yang dia kata, dan nilai sendirilah, dan mungkin apa yang Abdulraheem Green katakan itu, juga adalah sama dengan pandangan pihak PAS terhadap Presiden UMNO itu. Apabila sama pandangan tersebut, apakah layak Presiden UMNO itu nak berbincang fasal perpaduan Melayu (umat Islam)? Berikut adalah excerpt oleh Abdulraheem Green:

"Fairman - Friday, July 27, 2001 at 05:34:26 (EDT).. I have not yet seen the answers being posted in this forum yet. It may be in the Malaysian language which I don't understand the language. It is very good (you) as a tiny guy in UMNO as long as you understand the principles of UMNO and as a muslim, please bear in mind that you cannot make a person who is a fasiqun as your leader. I have been told that your PM had accused one of his ministers named Anwar Ibrahim performing homosexual activity including sodomising acts without the present of the four witnesses required under the syariah Laws. Was it true that happened? If it was, your PM is disqualified to be your leader and it is sinful and wrong in Islam that such a man like your PM to be elected as your leader and it is your religious obligation to replace him with the one that who is capable to practise Islam and honour the God Laws. Was it true that your PM has made a joke about Prophet Mohammed's (bpuh) beard? As mulims we must respect our prophet, and it is very sinful and no adab for us to say anything negatively, even if it is mean for joking; about our prophet because our prophet is not our road side friend, but he is given the phrase SAW after his name. So be careful, Islam and its realm are not meant to be for joking. He who jokes about anything regarding Islam then his syahadah would be disqualified. You know, it is going to be very-very difficult for us, me and others in the dakwah activities (to face) among the non-muslims when a muslim like your PM himself is not folowing the Islamic Laws, and made a joke of our prophet's beard. Abdulraheem Green - Friday, July 27, 2001 at 15:06:54 (EDT)." http://www.edranees. org/messages.htm

Puas hatikah anda membacanya? Itu bukan saya yang kata, tetapi itulah yang dikatakan oleh Abdulraheem Green. Bagi saya setelah membaca apa yang dikatakan oleh Abdulraheem Green itu, hati saya bertanya kepada saya sendiri, iaitu apakah puak UMNO hingga ke akar umbinya sedar sebagaimana apa yang Abdulraheem Green itu katakan? Dan yang lebih penting lagi ialah, apakah ulama-ulama dalam UMNO nampak apa yang Abdulraheem Green nampak dari sudut agama Islam?

Dan jika sekiranya apa yang dikatakan oleh Abdulraheem Green itu adalah sama dengan pandangan pihak PAS, maka itulah juga sebabnya maka pihak PAS tidak mahu nak adakan perjumpaan dengan Presiden UMNO itu.

Dpd:
Ex-Student Pak Rampa.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 28 Ogos 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com