Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Musa Hitam!!! Bersihkan kembali Nama baik para Syuhada' Memali !!!

Musa Hitam antara watak penting dalam peristiwa hitam Memali di baling... seorang Ulama' besar serta anak muridnya menjadi mangsa terhadap satu Konpirasi jijik Politik UMNO pada ketika itu !!!mereka dituduh cuba memberontak dan berperang hanya kerana pada setiap Kuliahnya beliau berani Bercakap tentang kebenaran!!!! Jika dahulu Musa Hitam adalah menteri paling bertanggung Jawab dalam kes Memali... kini beliau berubah watak antara orang paling penting tentang soal hak asasi manusia!! Saya Percaya Musa hitam menyimpan jutaan rahsia tentang kes ini.. apakah ini arahan!! atau tindakan bersendiri.. hanya Musa sendiri yang tahu!! ketika itu Musa dimangsakam oleh Dr.mahathir yang mana mahathir keluar negara semasa kejadian!! begitulah taktik Dr.Mahathir yang boleh dibaca oleh kita semua.. namun banyak lagi rahsia antara musa dan Dr.M masih menjadi tanda tanya!! saya masih teringat ketika Musa hitam disoal pemberita(kononnya cuba menggugut Musa hitam)dengan soalan tentang kes memali..kerana Dr.mahathir sebelum itu mengingatkan Musa hitam agar jangan bercakap soal hak asasi kerana jangan lupa kes memali, dalam nada mengugut!! tapi jawapan ringkas Musa Hitam meninggalkan seribu persoalan!! Musa menjawab.." Kes memali tuu..dia sepatutnya Faham Faham le..." jawapan yang keluar dari mulut Musa itu seperti ada rahsia yang masih belum terbongkar!!!

Mulai saat ini... saya menyeru supaya Musa Hitam Mendedahkan perkara sebenar tentang Kes Memali!!! serta bersihkan kembali nama mereka... saya meminta supaya Musa Hitam memahami perasaan Isteri dan anak anak mangsa syuhada' yang dilabelkan sebagai MILITAN dan Komunis!! kerana inilah masanya Musa Hitam seharusnya berperanan membela nasib rakyat yang ditindas sesuai dengan title beliau sebagai Pejuang hak asasi manusia..tegakkan kebenaran sebelum ada usaha bersungguh sungguh dari Dr.mahathir untuk menutup mulut kamu...INGAT Dr. Mahathir sekarang sanggup melakukan apa sahaja!! dia mungkin boleh Pecat kamu..atau mungkin sehingga keperingkat membunuh!!

Setelah Pihak Polis Malaysia(Agen yahudi) ini menangkap para Mujahidin yang sedia berkorban nyawa bagi mempertahankan setiap titisan darah umat Islam yang disembelih hidup hidup oleh orang Kristian di Bumi Orang... tetapi mereka dilabel Musuh Nombor satu Islam(ala mahathir) di Malaysia!! Usaha memburuk burukkan para Mujahidin ini ke peringkat mengfitnah dan mereka - reka Bukti keatas Para mujahidin ini sehinggakan ke peringkat tidak boleh diterima akal!! Polis sanggup menutup mata terhadap penyelewengan dan kezaliman para pemimpin UMNO dan menekan para pejuang reformis yang sentiasa berucap tentang kebenaran!!! Ingatlah POLIS sekalian... di Palestin apabila yahudi menyerang orang Islam, yang mempertahankanya bukan Polis Palestin!!! tetapi puak Hamas yang sentiasa bersedia berkorban nyawa untuk mempertahankan Umat Islam dan kesuciannya!! Dimana POLIS palestin... Dimana??? Apakah kalau malaysia sendiri diserang oleh orang Kafir Kita dapat fikir Polis malaysia akan mempertahankannya!!! kenyataan Akhbar oleh Norian mai bahawa Gejala BLACK METAL(puja Syaitan) tidak mengancam keselamatan negara mebuktikan ada unsur syaitan juga dalam badan ini.

Berbalik kepada isu KMM yang direka Oleh POLIS DR. MAHATHIR(PDRM)... antara kronologi Penubuhan KMM ini yang siarkan melalui saluran fitnah rasmi kerajaan BN iaitu di akhbar Perdana dan Media eletronik ..... Norian Mamai meletakkan antara KUmpulan Militan awal yang Muncul adalah Kumpulan Tuan Guru Ibrahim Libya di Memali baling!!! persoalannya sekarang apakah Benar mereka Ini MILITAN!!! ataupun POLIS waktu itu POLIS MILITAN... dimana Bukti Kewujudan kegiatan MILITAN itu??Mengapa hingga Sekarang tiada Pendakwaan dibuat di Mahkamah...apakah cukup sekadar Merampas parang Buruk milik orang kampung untuk dijadikan sebagai Bukti!! kalau nak dikatakan parang sebagai Bukti... saya cabar Polis pergi ke setiap rumah dimana mana kampung di malaysia ini... senaraikan mana satu rumah kampung yang tiada Parang!!! kerana dengan Paranglah orang kampung bergantung hidup Mencari rezeki!!!tetapi yang menghairankan kita beberapa kali Kes kejadian penyeludupan Senjata yang berjaya diberkas Polis...Diam Begitu sahaja!!mana pergi Polis?? mana Pergi pendakwa raya yang bijak sana!! MANA?? apa yang mengejutkan kita penyeludupan Senjata yang Jumlahnya cukup untuk dibekalkan satu Kem tentera ini dilakukan oleh Tauke Korperat terkenal Bukan Melayu!!! belum lagi dikira cerita orang ramai berkenaan penyeludupan senjata yang mendapat lampu hijau dari POLIS !!! maka tidak hairanlah jika seorang ahli Koperat yang Membunuh seorang Mekanik di khalayak ramai di N9 dibebaskan Oleh Pihak POLIS dengan sewenang wenangnya dan mereka Bebas Mengugut Saksi sehingga ke ancaman membunuh!! kalau ini ...Bukan MIlitan kata NOrian Mamai.. agaknya Ini lah Pejuang kemerdekaan di fikiran NORIAN MAMAI!!

LAWAN TETAP LAWAN!!!

reformis muda






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 23 Ogos 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : [email protected]