Sejak September 1998, sebahagian besar rakyat negara ini telah digegarkan dengan laungan dan pekikan 'reformasi' meminta suatu perubahan dalam pucuk pimpinan pentadbiran negara. Rakyat mahukan pemimpin yang korup, zalim dan menyeleweng diundurkan. Rakyat mahukan perubahan kepada suatu bentuk pemerintahan yang adil, bersih dan telus. Rakyat telah celik dan dapat menilai mana antara kaca dengan permata.Alhamdullilah , hasil gegaran semangat refomasi bergema ke serata pelusuk ceruk dan rantau tanah air ini sihinggalah dijelmakan menjadi realiti dalam pemilu 1999. Terbukti gegaran reformasi rakayat itu bukanlah sekadar omongan dan pekikan kosong. Sebuah negeri kekal selamat tidak terjejas malahan berjaya menambahkan undi majoriti di setiap kawasan yang dipertandingkan , iaitu Kelantan. Sebuah lagi negeri berjaya ditawan , iaitu Terengganu dan hampir-hampir berjaya menafikan kuasa kerajaan UMNO-BN di Kedah. Begitu jua dinegeri-negeri lain yang dulunya menjadi kubu kuat UMNO-BN telah berjaya pihak pembangkang yang berbekalkan semangat reformasi membina kubunya. Walaupun belum berjaya menawan negeri-negeri tersebut, tetapi calunnyatidaklah kehilangan wang pertaruhan dan jumlah undi yang diterima cukup memberansangkan dan menyebabkan kepala lutut calun UMNO-BN mengeletar.
Inilah senario politik tanah air kita muktahir ini. Obor reformasi itu terus bernyala berapi-api hingga kini.Pihak pemerintah yang berkuasa sedar akan himpitan, tekanan dan pendangan dari ledakan semangat reformasi ini. Mereka tidak berdiam diri dan tida akan mahu membiarkan tampuk kekuasaan yang telah lama dipegang dengan mudah terlucut kepada orang lain. Puak-puak ini akan terus menggunakan apa sahaja cara untuk mempertahankan kuasa mereka sama ada secara beretika atau tidak. Nampaknya cara-cara yang bermoral dan beretika telah pun lama tidak menjadi amalan puak-puak ini. Puak-puak ini tidak akan menang jika mereka bertanding secara 'gentlemen' berlandaskan undang-undang dan peraturan yang jujur. Mereka pasti kecundang. Sebaliknya untuk mengekalkan kuasa berada ditangan mereka, segala amalan yang jauh dari nilai-nilai yang bermoral dan beretika mereka gunakan.Mereka mengekang apa sahaja bentuk kaedah perjuangan untuk menambahkan semaraknya ledakan reformasi. Mereka mencengkam dan menekan apa sahaja pergerakan umat-umat yang mahu menumbangkan mereka secara yang cukup keras lagi zalim.Mereka gunakan apa sahaja kemudahan yang ada walaupun bukan milik mereka untuk menakut-nakutkan dan melumpuhkan perjuangan rakyat. Mereka tidak mahu lagi memikirkan betul atau salah sesuatu tindakan. Mereka bertindak berpaksikan matlamat menghalalkan cara. Mereka mengikut laluan-laluan denai dan alor yang telah dirintis oleh syaitan yang menjadi sumber inspirasi mereka.
Dengan kuasa yang ada pada mereka, mereka salah gunakannya untuk menutup segala saluran pihak pembangkang menyampaikan maklumat dan mencelikkan rakyat akan segala pembohongan kebusukkan mereka. Mereka tutup dan kunci rapat salur-salur keluar maklumat sama ada melalui akhbar-akhbar rakyat maupun pentas-pentas ceramah. Yang tinggal belum dikunci ialah saluran maklumat melalui media IT (Internet). Maka terkapai-kapailah sebahagian besar rakan-rakan sereformasi kita tanpa bahan dan berita yang menyemarkan semangat perjuangan. Mereka cuba menutup saluran komunikasi tulin supaya segala tindakan kebusukan , penyelewengan dan penindasan dapat terus menerus mereka lakukan.
Jadi apakah tindakan kita dalam keadaan yang nampaknya sejak akhir-akhir ini seakan-akan mencengkam dan menghimpit kita dan perjuangan kita ? Ada dikalangan kita yang telah mula merasakan bahang tekanan puak-puak syaitan ini. Ada yang telah mula gabra dan semangat juang telah mula kendur.
Jangan mudah gelabah saudara!. Jangan kita mudah melatah dan mudah patah semangat . Kalau kita mudah lemah puak-puak yang bertuhankan syaitan ini dengan mudah akan 'ngap' kita dan perjuangan kita. Kecundanglah kita dan leburlah perjuangan suci.
Oleh sebab itu saya yang serba lemah ini telah menyarankan dalam tulisan saya di bahagian pertama dulu iaitu untuk mempastikan kita menang dalam apa jua bentuk perjuangan atau peperangan sama ada kecil maupun besar, yang pertama harus dikendali dan dikawalselia dengan baik ialah nafsu kita. Kita perlu menggari nafsu-nafsu serakah yang akan menjadi kuda tunggangan syaitan yang boleh memusnahkan diri dan perjuangan kita. Nasfu yang telah berjaya digari perlu diganti tempatnya dengan iman dan amalan yang ikhlas lagi kudus untuk Allah yang satu. Kita perlu memasang nawaitu dan beriktikad sesungguh hati dan sekejap-kejapnya bahawa hidup ini dan segala perjuangannya adalah untukNya. Perjuangan kita untuk menumbangkan puak-puak syaitan yang sedang bermaharajalela dengan segala kezaliman dan penindasan adalah satu perjuangan berbentuk reformasi suci. Kita berjuangan bukan sekadar untuk kemenangan politik. Kita berjuang bukan sekadar untuk matlamat menumpaskan kezaliman syaitan-syaitan yang ada. Kita bukan berjuang untuk memperoleh kuasa dan material yang boleh dibeli dengannya. Kita bukan berjuang untuk mendapatkan kuasa untuk keagungan dipuja dan diberi sorakan dan tepukan gemuruh sepertimana yang dilakukan oleh puak-puak syaitan itu. Kita berjuang untuk menumpaskan musuh-musuh Allah yang telah sanggup menggadaikan kemuliaan kejadian awalnya dengan bekerjasama dan besekongkol dengan syaitan demi untuk terus berkuasa. Kita berjuang untuk menegakkan kalimah Allah. Kita berjuang untuk menjadikan bumi tanah air kita ini mendapat rahmat dan nikmat yang luhur dengan keberkatanNya apabila agamaNya dan syariatNya berjaya ditegakkan setelah sekian lama Ianya diperkotak-katikan dan diperlekehkan oleh para pemimpin sedia ada yang berkompromi dengan syaitan itu.
Orang-orang yang berjuang sekadar bermatlamatkan refomasi supaya pemerintah zalim yang sedia ada ini ditumbangkan akan mudah digugat oleh segala tekanan dan himpitan puak-puak syaitan ini. Kita tidak harus mudah lupa bahawa musuh yang kita sedang hadapi ini bukanlah sebarang musuh . Mereka telah lama bersatu dan menjadi hamba turutan nafsu kudaaan syaitan . Mereka punya segala kelengkapan juang yang canggih. Mereka punya kuasa wang yang melimpah ruah. Bilangan mereka pula ramai. Untuk menghadapi mereka dan mengalahkan mereka bukanlah cukup memadai dengan semangat yang berkobar-kobar.Untuk menumbnagkan mereka tidak cukup dengan sepanduk dan pekikan laungan dijalan-jalan. Kita memerlukan suatu sistem pertahanan dan sistem perjuangan yang jitu , kukuh dan tidak mudah goyah. Jika kita hanya sekadar menggunakan sistem pertahanan bikinan formula manusia kita tidak akan berjaya menumpaskan syaitan-syaitan ini. Kalau pun kita berjaya, kita hanya berjaya melakukan suatu reformasi peringkat bawahan sahaja, belum mencapai tahap reformasi yang dinamakan suatu reformasi suci.Kalau pun kita berjaya menumpaskan syaitan-syaitan ini dan kita pula mengambil alih kuasanya,mungkin nanti kita pula akan mula riak , sombong dan angkuh dan berkemungkinan suatu hari nanti kita pula akan mengamal apa yang telah diamalkan oleh orang terdahulu dan mungkin kita jadi lebih teruk daripada mereka kerana matlamat perjuangan kita hanyalah sekadar untuk meumbangkan mereka bagi membolehkan kita pula mengambil alih kuasanya, tidak lebih dari itu.
Oleh yang demikian , tidak ada lain sistem pertahanan dan sistem perjuangan yang lebih jitu melainkan melalui IMAN dan AMALAN menyerah diri secara total kepada Allah SWT sambil berusaha dan berjuang mengikut denai dan alor ketetapanNya. Tidak ada jalan pintas untuk mencapai kejayaan yang diiktiraf DUNIA dan AKHIRAT melainkan mengembalikan diri kita , ahli keluarga kita dan umat masyarakat kita kepada perjuangan untuk menegakkan kalimah dan daulah Islam yang sebanrnya dibumi tanah air yang kita sayangi. Kita perlu kembali menghayati semangat juang Rasulullah dan para sahabat r.a. yang berjuang menegakkan kalimah Allah menentang musuh Allah di zaman kebangkitan Islam. Ketika itu semua pengikut Rasulullah adalah generasi pertama yang menerima suruhan Allah melalui wahyu yang diturunkan kepada NabI Muhammad SAW secara 'fist-hand'. Para sahabat dan pejuang-pejuang Islam zaman itu telah serta-merta meninggalkan apa sahaja amalan jahilliyah yang bertentangan dengan wahyu yang diturunkan. Mereka bertukar menjadi insan yang cukup patuh kepada suruhan Allah. Jiwa mereka tegar dengan roh Islam yang sejati. Nafsu buas dan ganas yang mereka miliki sebelum menjadi Islam telah digari kukuh dan jiwa mereka disiram suci dengan jirusan iman. Mereka jauhkan diri dari melakukan dosa sama ada kecil atau besar. Mereka tidak pernah putus memohon dan mengharapkan keredaaan Allah dalam apa jua urusan harian. Nyatanya mereka telah berjaya menumpaskan begitu banyak musuh Allah dari pelbagai kategori. Mereka berjaya dalam setiap perjuangan menegakkan kalimah Allah walaupun musuh yang mereka hadapi nyata jauh lebih ramai dan berkelengkapan yang jauh lebih canggih.
Apakah ada rahsia istimewa diatas kejayaan umat para sahabat dan pejuang seangkatan dengan Rasullulah ketika itu ? Tidak ada yang terlalu istimewanya melainkan semangat yang jitu, arah yang satu , tekal disokong oleh keimanan dan amalan yang kudus untuk Allah SWT. Maka apabila terbentuk sebuah kelompok masyarakat umat yang total hidup matinya untuk Allah , maka pertolongan dariNya akan muncul dalam apa jua cara bagi mempastikan Islam tertegak dibumi mana jua ianya diperjuangkan.
Apakah semangat iman dan amalan sedemikan rupa mustahil dicapai dizaman masa kini ? Apakah kita terlalu dhaif untuk mengubah dan mereformasikan diri kita menjadi insan yang lebih baik dan lebih bertakwa dari semasa ke semasa? Apakah kita tidak berdaya mereformasikan ahli keluarga dan masyarakat sebangsa dengan kita kearah Islam yang sebenarnya ? Atau pun apakah kita sudah terlalu lalai dan lali dengan urusan mengejar keduniaan dan kemakmuran sehingga kita tidak berdaya lagi untuk beribadat kepada Dia yang menjadikan kita dan seluruh alam ini ? Apakah kita masih mahu mempercayai dan mengamalkan konsep perjuangan yang nyata tidak akan menjanjikan kita sebarang kejayaan total sepertimana yang pernah berlaku dalam era kegemilangan dahulu ?
Perjuangan refomasi suci untuk menegakkkan kalimah Allah ini sememangnya masih jauh perjalanan hal tujunya. Namun demikian langkah-langkah awal dan kejayaan perjuangan ke arah matalamat tersebut telah ada terbukti dengan kemenangan pihak pembangkang yang diketuai parti PAS. Kemenangan yang lebih besar dan lebih bermakna dengan bantuan dan pertolongan DIA YANG MAHA AGUNG akan menjelma sekiranya kita dan umat-umat yang ada sedia mengorak langkah melakukan refomasi suci.Dalam aspek ini kita perlu memikirkan dua jalan bersimpang yang ada di hadapan kita. Apakah kita perlu menunggu kita menang secara keseluruhan menawan tanah air(Apakah ini akan dizinNya sedangkan jiwa kita masih kotor berselaput najis dan noda dosa ) barulah kita hendak menyusun langkah untuk menegakkan kalimah Allah?. Atau dari sekarang kita giatkan perjuangan kita mentarbiahkan umat-umat kita kembali kepada amalan dan penghayatan Islam yang sebenarnya( memebersihkan diri dari najis dan noda dosa ) yang secara lansung akan menimbulkan kesedaran betapa perlunya kalimah Allah itu ditegakkan. Kita sendiri boleh memikirkannya dan memilih mana satu jalan yang lebih baik untuk diikuti.
Sekian .Wasallam.
TUNGGU ULASAN BAHAGIAN 111
ROBO GE-MEN
REFORMASI SUCI-YANG MASIH JAUH PERJALANANNYA (I)