Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Kisah Warga Asing Di Sabah

Banyak sudah kisah kehidupan warga asing/PTI di Sabah yang diceritakan oleh beberapa sahabat penulis tetapi belum ada yang sempat diemailkan untuk dikongsi oleh rakyat marhaen, tentang nilai negatif warga asing terutamanya dari negara jiran Filipina, Indonesia dan juga warga asing dari Pakistan. Kita mengkisahkan ini bukan atas dasar kebencian sesama insan, tetapi lebih untuk mengingatkan dan sebagai satu pendekatan menyedarkan serta memperbaiki diri masing-masing.

Penulis diberitahu bagaimana sikap warga asing yang bekerja di tapak projek swasta dan juga kerajaan ada yang sanggup membunuh pasal RM20, suka bergaduh, bermusuhan, dendam-mendendam, tidak hormat peraturan dan undang-undang negeri dan negara tempat mereka mencari penghidupan, keras kepala, degil, merompak, merogol, mencabul dan pelbagai lagi sikap negatif. Inilah antara keburukan yang diceritakan oleh beberapa sahabat.

Belum lagi bab bagaimana warga asing/PTI mengambil kesempatan dan peluang-peluang lain, dari mula sebagai buruh, ikut-ikut rakan dan menumpang dengan kawan saja, akhirnya berkembang menjadi penjaja,peniaga kecil, tukang kasut, tukang rumput, menjaja kain dari rumah ke rumah, jadi pengawal keselamatan, jaga, tukang kebun, pelayan restoran, penjual ice-cream dan sebagainya, kemudian terus naik lagi setapak buka kedai baiki kasut, gerai, workshop, ambil kontrak bikin rumah, dapat sub kontrak, buka kedai jual kain, kedai jual peralatan letrik dan sebagainya.

Fenomena ini, akhirnya rakyat tempatan sudah mabuk atau menjadi sebati dengan keadaan itu, sudah terbiasa dan lebih mengemari cara warga asing berurusan dengan pelanggan yang bukan saja kalangan mereka, bahkan pelanggan dari warganegara, rakyat Malaysia di Sabah. Contohnya, segelintir masyarakat tempatan lebih suka berhutang kain, alat letrik dan barangan lain dari warga asing berbangsa Pakistan dan Indonesia, konon murah dan mudah cara membayar balik. Begitu juga dalam memilih sayur, rokok, ikan dan barangan lain yang dijual atau dijaja oleh warga asing di Sabah menjadi pilihan rakyat tempatan.

Setengah tempat seperti di pasar raya, tamu minggu dan pasar ikan ada yang jelas kelihatan sudah dikuasai oleh penjaja dan peniaga warga asing/PTI yang dulunya mereka ini hanya buruh kasar dan pekerja ladang di estet kelapa sawit, koko atau pekerja pembalakan. Hari ini, mereka lebih ke depan dalam beberapa sumber pencarian, mereka ada bas, ada kedai, ada syarikat, ada perniagaan dan sebagainya. Rakyat tempatan bukan cemburu dengan kelajuan mereka mencari peluang. Tetapi kita lebih mempersoalkan dari segi undang-undang dan prosedur mana negara Malaysia boleh membenarkan warga asing atau PTI menjadi lebih maju dari warganegara sendiri. Bilangan mereka bukan kecil, malah semakin membesar. Apakah dasar kerajaan UMNO/BN hari ini membuka ruang seluas-luasnya kepada warga asing/PTI untuk terus menguasai segala sumber pencarian di Sabah.

Rakyat Malaysia di Sabah, teramat terkilan dan kecewa dengan fenomena ini. Rakyat Sabah, seperti bukan berada ditempat sendiri, bayangkan ada satu kampung setinggan di Telipok sama macam Zambounga, di Filipina dan satu lagi perkampungan setinggan di Petagas macam di Ujung Pandang, Indonesia. Itulah gambaran betapa padatnya penduduk warga asing yang berada di Sabah. Ini baru satu dua kampung setinggan, memang banyak lagi kampung-kampung setinggan warga asing di serata tempat, daerah, pekan dan bandar di Sabah yang seolah dikuasai oleh warga asing/PTI.

Dengan sedikit pendedahan ini, kita mengharapkan kerajaan akan bertindak dengan lebih tegas dalam menangani isu basi yang sudah lama teramat lama tidak pernah diselesaikan, KM Sabah sudah berapa kali bergilir tapi belum ada kesan pengurangan warga asing/PTI di Sabah dapat dilihat secara nyata. Kita takut kerajaan UMNO/BN di Sabah yang berketua menterikan Datuk Chong Kah Kiat hanya bersandiwara atau berlakon sahaja?. Harap-harap, kerajaan negeri dan persekutuan tidak lagi mempolitikkan isu warga asing/PTI di Sabah. Jangan ulangi sejarah Jepun datang ke Sabah dan Malaya dulu, dari tukang kasut akhirnya mereka takluki Sabah dan Malaya. Minta jauhlah kita dari petaka itu, sama-samalah kita berdoa Sabah dan Malaysia selamat dari jenayah dan petaka warga asing/PTI. Amin.

Sekian.
Ibn Sabah,
31.7.2001M.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 8 Ogos 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : [email protected]