Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Akan Selamatkah Bangsa Di Zaman UMNO/BN...

Dengan bermacam bentuk kezaliman, penindasan terhadap rakyat, pencabulan undang-undang menjadi-jadi, sistem kehakiman yang terkongkong, dalam sistem negara ada dua jenis undang-undang satu untuk menjaga penguasa yang tamak dan satu lagi untuk menekan dan menindas rakyat yang berani bersuara mengkritik penyelewengan penguasa. Demokrasi dihimpit semahunya dengan pelbagai jelmaan Akta Hasutan, Akta Cetak dan Penerbitan, Akta Polis dan seumpamanya. Polis pula dikerah untuk menjalankan kehendak pemerintah yang sudah tidak dihormati majoriti rakyat. Dasar-dasar negara ditentukan oleh seorang penguasa yang gila kuasa dan zalim. Kata-katanya menjadi undang-undang sekalipun membelakangi undang-undang dan Perlembagaan Negara, dan pelbagai lagi tanda-tanda kehancuran bangsa, amalan rasuah dianggap suatu yang normal, penyelewengan dibenarkan oleh pemerintah, salahguna kuasa di mana-mana, pemimpin salah dibela, yang mengkritik demi kebaikan dihumban ke penjara. Sementara gejala sosial, mungkar, kejahatan, kesesatan dan perlanggaran hukum Allah terus berlaku tindih-bertindih. Kemudian ekonomi negara masih suram, kepimpinan UMNO/BN dan Mahathir sendiri dipersoal rakyat dan ditambah lagi sikap konfrantasinya, menekan dan menzalimi terhadap rakyat, pelajar, mahasiswa, parti pembangkang dan profesional yang menegur dan mengkritik kepimpinannya yang akhir-akhir ini yang sudah kehilangan stamina dan keupayaan.

Akan terselamatkah bangsa, rakyat dan negara Malaysia dengan situasi demikian? Inilah isu utama perlu dibahas oleh semua peringkat rakyat Malaysia, golongan pimpinan atau umara, ulama, intelek, sejarawan, profesional, pendidik, pensyarah, belia, muda-mudi, remaja, pelajar, petani, nelayan serta seluruh rakyat Malaysia.

UMNO/BN yang telah menguasai pemerintah negara ini sejak merdeka lagi memang tidak boleh diharap untuk menyelamatkan bangsa dan rakyat Malaysia. Apa lagi UMNO/BN zaman Mahathir haprak 20 tahun dia jadi PM dan presiden UMNO. Dia berselindung dibalik projek mega, besar dan mencakar langit, tetapi di situlah Mahathir, anak-anak, suku sakat, kroni dan korporat keparat bersembunyi merompak harta rakyat dan negara ini, mereka kaut dan kumpulkan harta benda untuk diagih-agih sesama mereka.

Perbuatan dan tindak-tanduk UMNO/BN berkepalakan Mahathir dan kroninya yang rakus, tamak dan ganas itu, sebenarnya memberi kesan kepada kehidupan rakyat terbanyak. Bayangkan harta rakyat seperti Petronas, KWSP, Tabung Haji dan lain-lain dijadikan penyelamat kepada kebankrapan kroni-kroni dan anak-anak Mahathir yang bermasalah. Ini adalah antara petanda bahawa UMNO/BN pimpinan Mahathir tidak boleh diharap untuk menyelamatkan bangsa, rakyat dan Malaysia.

Jelas benar, tindak-tanduk UMNO/BN seperti hendak menghancurkan bangsanya, rakyat dan Malaysia. Mereka hendak merubah segala sistem negara yang masih relevan dengan situasi sekarang, umpamanya perjanjian pelajar yang akan masuk ke IPTA, dasar meritokrasi, penggubalan akta pilihanraya dan sebagainya. Walaupun yang tersurat itu kelihatan indah dan baik tetapi yang tersirat dibalik semua kerja-kerja itu adalah sesuatu yang akan memberi kesan tekanan kepada pelajar bumiputera, membantutkan matlamat sebenar. Sekaligus boleh menurunkan kuantiti pelajar bumiputera di IPTA serentak kualitinya juga akan turut terjejas dalam persaingan dengan pelajar bukan bumiputera.

Inilah antara contoh ketara bahawa UMNO/BN pimpinan Mahathir berusaha untuk menghancurkan bangsa Melayu dan bumiputera. Anggapan ini, tidak salah sebab diri Mahathir sebenarnya bukanlah berketurunan Melayu asli, sebab itu dia sejak akhir-akhir ini terus mengulangi kandungan bukunya "The Malay Dilemma" memperleceh bangsa Melayu dan bumiputera.

Jadi siapakah yang akan menyelamatkan bangsa, rakyat dan Malaysia? Kita seluruh rakyat Malaysia yang majmuk lagi sebagai rakyat yang benar-benar memilik nilai jati diri bangsa dan cinta tidak berbelah bahagi terhadap negara, bangsa dan nusa. Dari segi politik kepartian, hari ini kita mempunyai parti pemerintah alternatif iaitu BA yang akan menjadi wadah kepada perjuangan rakyat untuk menyelamatkan agama, bangsa dan negara kita. Kerana itu, marilah kita seluruh rakyat Malaysia berganding bahu, berpadu, bermuafakat dan bersatu mempertahan kedaulatan serta keselamatan rakyat, bangsa dan Malaysia.

Apakah anda, boleh fikir bangsa, rakyat dan Malaysia boleh selamat dibawah kepimpinan UMNO/BN berketuakan Mahathir al-kutty? Rakyat yang celik boleh lihat 20 tahun Mahathir jadi PM dan presiden UMNO/BN apa aagenda utamanya? Anda lebih arif dan tahu. Ayuh! perjelaskan kepada rakyat angkara jahat Mahathir itu.

Sekian.
Ibn Sabah,
2.8.2001M.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 8 Ogos 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : [email protected]