Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


BA Boleh Tawan Sabah 2004

Sabah, adalah satu-satunya negeri daripada negeri-negeri dalam Malaysia yang banyak mencatatkan senario politik yang cukup unik. Kerana parti-parti yang menguasai kerajaan negeri sejak merdeka melalui Persekutuan Malaysia pada tahun 1963 hingga sekarang sudah ada empat parti-parti politik Sabah pernah menerejui kerajaan negeri Sabah. Mula-mula parti USNO/Perikatan (1963-75), Berjaya/BN (1976-85), PBS (PBS/BN) (1985-Mac 94) dan UMNO/BN 1994 hingga sekarang. Dari segi sejarahnya parti-parti pembangkang yang menumbangkan parti kerajaan bukanlah gabungan BN, tetapi setelah berkuasa mereka akan masuk dalam gabungan BN juga akahir dan diterima dengan mudah oleh BN pusat. Padahal parti pembangkang itulah yang menumbangkan dan mengalahkan parti kerabat mereka di Sabah. Isu ini sudah lama bermain dalam pemikiran rakyat yang celik politik. Kenapa parti pembangkang yang menang menguasai kerajaan negeri tiba-tiba memohon jadi kerabat BN dan diterima dengan mudah oleh BN. Penulis menelah, bahawa ia seperti ada cerita disebalik cerita.

Dalil atau bukti yang diwar-warkan selalunya berkaitan untuk menjaga "hubungan baik antara kerajaan negeri dan pusat", isu peruntukan wajib kepada kerajaan negeri yang dikuasai oleh parti pembangkang yang dieksploit oleh kerajaan pusat yang dikuasai oleh BN dan mengelak dari dianaktirikan oleh kerajaan pusat. Inilah sebahagian musabab kenapa parti-parti pembangkang di Sabah sebaik saja menang, tidak lama kemudian mengambil keputusan masuk ke dalam gabungan BN. Di Sabah, hanya PBS satu-satu parti yang pernah menarik diri dari BN pada tahun 1990.

Apabila kita menyorot dan menganalisa politik semasa Sabah, memang banyak gambaran yang kurang baik kepada masa depan UMNO/BN Sabah. Tetapi sangat positif kepada masa depan parti-parti pembangkang BA di Sabah, khususnya parti KeADILan Sabah. Misalnya, pada pilihanraya umum kebangsaan 1999 yang lalu, BA telah meletakkan beberapa orang calon profesional dalam beberapa kerusi Parlimen seperti di Silam (Dr Badrul Amin), Sipitang (Abdul Rahman Yakub), Libaran, Semporna, Gaya, Kota Belud dan lain-lain lagi. Begitu juga dalam pilihanraya kecil DUN Likas BA yang meletakkan calon dari parti KeADILan telah melihatkan sinar keupayaan itu, mendapat hampir 2 ribu undi sudah cukup baik dan merupakan petanda positif kepada BA di Sabah. Seingat penulis calon-calon KeADILan tidak ada yang hilang wang pertaruhan, kecuali calon-calon PAS/BA. Kerana pengundi dan umat Islam di Sabah belum melihat kebaikan dan rahmat dari politik Islam yang menjadi dasar perjuangan PAS Sabah, mereka banyak tersalah anggap dan kabur mata, sebagaimana kaburnya mata hati para pemimpin UMNO/BN memandang PAS. Lebih-lebih lagi dengan selang-seli fitnah jahat UMNO/BN terhadap PAS hari-hari media mereka mengembar-gemburkan PAS dan Islam secara gambaran serong, negatif dan jauh dari kebenaran mengikut lorong Islam yang hakiki. Itu cuma halangan kecil dalam perjuangan politik PAS di Sabah, Nabi SAW sendiri ketika mula-mula hendak memperkenalkan dan menyebarkan risalah Islam di dalam masyarakat Arab Jahiliyah di Makkah lagi dahsyat, Nabi SAW dan umat Islam diburu, diugut dan pernah hendak dibunuh dan sebagainya.

Jadi, apakah parti-parti pembangkang BA di Sabah mampu menawan Sabah dalam pilihanraya umum negeri pada tahun 2003/4 akan datang. Penulis ingin menganalisa dari beberapa sudut yang boleh memberi keyakinan itu bahawa BA Sabah boleh menawan Sabah dari kekuasaan parti kerajaan UMNO/BN Sabah. Dengan lain perkataan, BA Sabah insya-Allah boleh menguasai Sabah dan menumbangkan parti UMNO/BN di Sabah pada 2004 nanti.

Terdapat beberapa faktor positif lagi merangsangkan bahawa BA Sabah boleh menguasai kerajaan negeri Sabah pada 2003 atau 2004 nanti. Selepas pilihanraya umum negeri Sabah.

1. Kesedaran Rakyat.

Rakyat Sabah sudah celik dan sedar akan budaya politik baru yang dibawa oleh BA. Walaupun agak perlahan penerimaan itu. Rakyat yang bijak, bermaklumat, berilmu dan sensitif dengan isu-isu sejagat yang melibatkan rakyat, manusia dan keadilan lebih mudah diterima oleh rakyat yang celik politik. Rakyat akan lebih terbuka mata, apabila kezaliman, penindasan, rasuah, salahguna kuasa, penyelewengan, kronisme, nepotisme, ketidakadilan dan sebagainya terjadi atau dilakukan oleh penguasa di depan mata rakyat. Pembohongan dan fitnah yang dihalalkan oleh penguasa yang ingin menyelamatkan diri mereka dari hukuman rakyat dalam pilihanraya sudahpun diketahui oleh rakyat. Betapa UMNO/BN Sabah dan para pemimpinnya lebih banyak beragenda dengan agenda-agenda peribadi, projek, saham, balak, kuasa dan pengaruh peribadi.

Nilai-nilai tidak baik yang menjadi amalan sebahagian pimpinan UMNO/BN Sabah selama mereka berkuasa cukup untuk rakyat Sabah menolak mereka dalam pilihanraya akan datang. Kalau mereka merasa diri merekalah tuan yang paling berkuasa, tetapi hakikat sebenarnya RAKYAT SABAH lebih berkuasa. Dan rakyatlah yang memilih dan memangkah atau mengundi pemimpin mereka. Jadi, kenapa para pemimpin UMNO/BN merasa begitu besar diri dan angkuh dengan kuasa yang dipinjamkan sementara itu.

2. Kerjasama Pembangkang.

Strategi parti-parti pembangkang di Sabah melalui kerjasama erat dan toleransi adalah teramat-amat diperlukan. Andai BA bercita-cita untuk menawan Sabah demi untuk menegakkan keadilan, mengempur kezaliman, membela nasib rakyat, mendaulatkan karamah rakyat, memelihara keselamatan rakyat dan negeri/negara. BA Sabah hendaklah mencari satu formula jitu untuk membentuk sebuah kerjasama antara parti pembangkang di Sabah.

BA Sabah mesti mencari nilai-nilai yang kita boleh bersatu dan berkerjasama. Bukannya mencari nilai yang menjadi batu penghalang ke arah kerjasama itu. Nilai keadilan, membela rakyat, kebebasan, hak-hak demokrasi, keselamatan rakyat majmuk, negeri dan negara adalah antara nilai-nilai yang boleh kita berkerjasama.

Selain itu, pembangkang di Sabah juga harus bersedia bekerjasama dalam menghadapi tohmahan, fitnah dan adu-domba UMNO/BN dengan pelbagai isu akan mereka rekacipta untuk memecahkan gabungan pembangkang. Itu saja senjata UMNO/BN untuk terus berkuasa pecah dan perintah terhadap gabungan pembangkang. Di sini BA dituntut lebih profesional, telus, jujur dan amanah kepada parti-parti BA. Kelemahan parti pembangkang mudah percayakan fitnah dan tohmah yang dimainkan oleh UMNO/BN dan para pemimpinnya.

3. Ketelusan Kepimpinan BA.

Yang banyak menarik sokongan rakyat terhadap BA di Sabah sebenarnya bukan semata-mata bergantung kepada personaliti beberapa kepimpinan yang ada. Tetapi sikap dan peribadi para pemimpin BA Sabah yang berakarkan kepada nilai-nilai ilmu, berhemah, berakhlak mulia, mesra rakyat, profesional, telus, amanah, tidak angkuh atau besar diri dan tidak mengejar pangkat kedudukan atau kebendaan dengan kuasa yang ada di tangan.

4. Dokongan Kuat NGO's Dan Profesional.

Kesedaran golongan profesional rakyat Sabah terhadap nilai-nilai sejagat yang diperjuangkan oleh BA Sabah telah membuatkan mereka seperti terpukau dalam keadaan sedar. Bukan seperti orang dipukau yang tidak sedar apa yang orang lakukan ke atas dirinya. Begitu juga NGO's juga tidak ketinggalan untuk memberikan dokongan dan sokongan moral secara senyap kepada BA di Sabah. Mudah-mudahan sokongan dibalik tabir itu akan berterusan dan menjadi kenyataan apabila tiba saat yang diperlukan.

Sepatutnya golongan profesional dan NGO's di Sabah tidak perlu berasa gentar untuk memberikan apa jua sokongan kepada perjuangan BA di Sabah, sebab kebenaran dan keadilan adalah hak untuk semua rakyat tanpa mengira apa status mereka sekalipun. Apabila kebenaran itu sudah berada di depan, janganlah kita mundur ke belakang mencari kebatilan atau kepalsuan. Seterusnya apabila keadilan untuk rakyat sudah ditekan-tekan dan disempitkan, apakah kita ingin membiarkan rakyat dibaham kezaliman selamanya. Tepuk dada tanyalah keyakinan dan kepercayaan atau prinsip anda. Di mana anda akan berada di pihak yang menegakkan keadilan atau di pihak yang ingin meneruskan kezaliman dan penindasan dengan bertopengkan wajah-wajah kebaikan, keadilan dan mesra rakyat.

5. UMNO/BN Sabah Yang Bermasalah Dan Tidak Berwibawa.

Memang tidak ada ruang untuk kita berkata bahawa UMNO/BN Sabah itu kuat, berwibawa dan berpengaruh. Dari segi kepimpinan UMNO Sabah sendiri selaku tunjang kuasa politik BN Sabahpun dipersoalkan. Kuasa politik mereka dalam BN Sabah itupun terhakis satu demi satu, diambil secara terhormat oleh rakan-rakan sekerabatnya dalam BN Sabah. UMNO Sabah dan para pemimpinnya masih tersenyum, tapi hati lain bicara. Tunggu saat dan masanya akan tiba perang dingin itu meletus, dan berakhirlah kuasa UMNO/BN Sabah meletupkan lahar-lahar amarah dan emosi yang tidak terkawal lagi.

UMNO/BN Sabah cumi bergayut di dahan kuasa politik yang sudah semakin mumut atau rapuh. Lama kelamaan para pemimpin UMNO/BN Sabah akan berjatuhan bersama dahan politik yang rapuh itu. Insya-Allah, saatnya akan sampai giliran mereka dijatuhkan oleh kuasa rakyat dan karamah rakyat Sabah.

Yang jelas UMNO Sabah dan para pemimpinnya sudah mula hilang taring, hilang pengaruh dan hilang bisa di hati rakyat, kerana sikap mereka sendiri. BN Sabah dan kerabat-kerabat UMNOpun akan ikut sama jatuh, disebabkan tempat mereka bersandar itu sendiri merupakan kerusi yang dimakan anai-anai dari dalam.

6. Isu Sistem Penggiliran Ketua Menteri.

Isu sistem pengiliran KM Sabah kembali dipanaskan oleh kerabat UMNO dalam BN Sabah supaya sistem bercanggah dengan Perlembagaan Negeri, tidak ekonomik, membazirkan wang rakyat, mengendalakan banyak urusan perjalanan pentadbiran kerajaan negeri dan sebagainya, dikaji semula.

Penulis setakat pemerhatian dari apa yang disuarakan oleh para pemimpin UMNO Sabah sendiri dari semua peringkat cukup jelas ketidaksenangannya mereka dengan sistem "janji politik Mahathir" itu. Tetapi apakandaya mereka sekadar mentimun. Akhirnya, akur apa saja keputusan bapa Presiden mereka yang nyanyuk lagi haprak itu.

Benar-benar isu ini banyak menyusahkan pemimpin dan rakyat sendiri. Justeru itu, rakyat Sabah sudah terbuka mata melihat keburukan sistem pengilirian KM Sabah. BA Sabah mesti bijak mengeksploit dan memugarkan semangat rakyat dalam isu ini. Sebagaimana PBS sendiri dalam manifestonya pada pilihanraya yang lalu telah memuatkan isu ini dengan satu ketegasan yang jelas untuk menolak sistem tidak ekonomik, bercanggah dengan Perlembagaan dan menyusahkan rakyat dan negeri Sabah.

7. Amalan Memperkudakan Agensi Kerajaan.

Sudah menjadi amalan lumrah dan tradisi UMNO/BN dan para pemimpinnya, mereka seolahnya agensi atau jabatan kerajaan tertentu menjadi markas politik UMNO/BN. Mereka tidak dapat bezakan antara kerja politik dengan tugas jabatan kerajaan. Itulah timbul istilah UMNO/BN berkuda dibelakang RTM, Jabatan Penerangan, Kemas yang tidak kemas-kemas sejak dulu, polis, JPN dan lain-lain, hatta badan bebas seperti SPR itupun mereka perkudakan untuk kepentingan politik dan kemenangan dalam setiap pilihanraya.

8. Isu Pengundi Hantu.

Pengundi hantu bukan lagi gimik atau polemik politik. Tetapi isu ini benar-benar berlaku di Sabah, buktinya pembatalan kemenangan calon SAPP/BN di DUN Likas adalah bersebab oleh pengundi hantu atau pengundi warga asing yang didaftarkan secara tidak mengikut peraturan Akta Pilihanraya. UMNO/BN dan para pemimpin mereka seperti cacing kepanasan sebaik saja kerja jahat politik mereka mula terbongkar. Mustahil pengundi hantu atau warga asing boleh dibenarkan mengundi kalau bukan kerana ada campur tangan oleh tangan-tangan orang politik jahat. Mereka ini sudah tidak yakin dengan undi rakyat Sabah, lalu mereka mencari jalan pintas dengan memperkuda pegawai tinggi kerajaan, agensi kerajaan dan apa jua agensi yang boleh mereka gunakan bagi menjayakan kerja jenayah dan jahat mereka untuk terus berkuasa.

Selagi UMNO/BN dan para pemimpinnya yang ada hari ini terus berkuasa, jangan diharap untuk mereka menyelesaikan isu pengundi hantu dan warga asing yang mendapat IC secara tidak mengikut peraturan itu lebih serius. Rakyat lebih arif akan sikap parti UMNO/BN dan para pemimpinnya, bahawa sikap hipokrit mereka akan terus menjadi-jadi dan berusaha keras mencari apa jua jalan mudah sekalipun melanggar undang-undang negeri atau negara demi untuk survival kuasa politik mereka. Apakah rakyat Sabah mahu berpemimpinkan golongan pemimpin seperti itu lagi.

Jawapan pasti ditangan rakyat Sabah sendiri. Andalah hakim sebenar sama ada hendak menyebelahi kumpulan keadilan yang lebih telus untuk menegakkan kebenaran, kebaikan dan keadilan, sekaligus mahu membanteras segala bentuk kezaliman, penindasan, rasuah, penyelewengan dan sebagainya. Atau rakyat Sabah mahu terus bersekongkol dengan kumpulan yang melakukan kezaliman, rasuah, salahguna kuasa, penyelewengan dan segala macam mungkarat dalam kehidupan rakyat serta dalam negara ini.

Demikianlah, beberapa isu atau faktor yang penulis analisa bagi menyokong kemampuan BA Sabah menguasai kerajaan negeri Sabah dan menumbangkan UMNO/BN Sabah. Namun, ketentuan sebenarnya terletak pada QADA QADAR Allah Ta'ala jua. Dan rakyat Sabah adalah hakim yang akan membuat keputusan dalam pengundian itu nanti.

Insya-Allah, apabila kerja kuat, bersungguh, kerjasama pembangkang bertambah kuat serta strategi yang mantap tidak mustahil untuk parti-parti BA di Sabah boleh menawan Negeri Sabah Negeri Di Bawah Bayu itu.

Ibn Sabah,
28.8.2001M.




REFORMASI SUCI-YANG MASIH JAUH PERJALANANNYA (I)


        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 28 Ogos 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com