Jika Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Ibrahim Abu
Shah yang sangat beria-ia untuk menonjolkan kehebatan
kuasanya supaya masyarakat UiTM sangka beliau memang
hebat seperti hebatnya Dr. Mahathir di mata UMNO, maka
saya cadangkan eloklah beliau menyegerakan pembubaran
JPPUiTM sesi 2000/2001. Apatah lagi penggal JPPUiTM
telahpun lama luput berbanding tempoh penggal yang
sebelumnya.
Andainya spesis JPPUiTM sama seperti penggal sekarang,
maka beliau memang hebat. Hebat kerana berjaya
mengekalkan elemen UMNO dalam JPPUiTM. Dan tidak
ketinggalan, hebat juga kerana berjaya menyekat
kemaraan pejuang keadilan dari merampas kuasa kerajaan
pelajar UiTM.
Justeru itu, buktikanlah kehebatan beliau dengan
membubarkan JPPUiTM. Kenapa pula takut-takut? Semacam
tidak yakin dengan kekuatan sendiri. Atau juga semacam
bimbang UMNO akan kehilangan JPPUiTM menyebabkan tiada
lagi modal besar untuk ditunjuk-tunjuk pengaruhnya
pada rakyat. Itulah hakikatnya. Memang sebenarnya, NC
UiTM sekarang amat-amat bimbang dengan cahaya
kebenaran yang sedang galak menyuluhi pelajar UiTM.
Untuk makluman NC UiTM, Pelajar UiTM sekarang sudah
sedar dari lamunannya. Lamunan Terhenti seperti tajuk
lagu Aris Ariawatan. Pelajar UiTM sekarang sudah mampu
menilai yang mana keadilan dan yang mana kezaliman
seperti perbandingannya ‘ yang adil ialah seperti
saudara Rafzan Ramli ( pelajar yg. pernah dipecat
kerana Menyertai bantahan ISA) dan yang zalim adalah
seperti saudara Nazrul Fazami (YDP JPPUiTM sekarang)
‘. Begitulah dengan mudah pelajar menilai - kerana
pelajar UiTM memang arif dan prihatin. Tahniah untuk
pelajar UiTM seperti ini.
Berbalik kepada NC UiTM yang hanya Gred 3 SPM ini.
Masyarakat UiTM mengerti bahawa beliau sedang
berkira-kira untuk memansuhkan Pilihanraya Kampus dan
mengunakan alasan ‘ demi kestabilan dan keharmonian
UiTM maka kita terpaksa memansuhkan pilihanraya kali
ini’ . Begitulah antara petikan yang bakal beliau
ucapkan untuk menyokong tindakan desprate beliau. Dan
juga kemungkinan yang paling besar, beliau akan
mengadakan Pilihanraya Kampus tetapi dengan
berstrategi ,
1. Melaksanakan Pilihanraya Kampus berdekatan
peperiksaan akhir supaya pelajar-pelajar tidak dapat
memberi tumpuan yang sepenuhnya.
2. Mengarahkan semua Dekan-dekan fakulti supaya tidak
luluskan penyertaan calon pilihanraya melainkan
senarai nama calon dari HEP/ UMNO sahaja.
3. Tidak mengumumkan sebarang proses Pilihanraya
Kampus sebaliknya dalam diam-diam beliau telah
membubarkan JPPUiTM dan terus mengadakan pilihanraya
sehingga semua tergaman. Jika ada peljar yang
menyanggah, maka beliau mendakwa perkara ini telah
disebarkan dan pelajarlah yang bersalah kerana tidak
peka sehingga tiba-tiba sahaja ada pilihanraya kampus.
Dan strategi yang pasti ialah,
4. Melengkapkan calon JPP proUMNO dengan mengunakan
segala instrumen kerajaan, BN, UMNO, UiTM dan HEP
dengan Saudara Nazrul Fazami sebagai pengarah dan
sebaliknya mana-mana calon selain ini akan disuruh
buat persediaan sendiri tanpa di beri inisiatif yang
adil.
Begitulah sebahagian strategi kononnya yang akan
digunakan oleh NC UiTM untuk memerangkap pejuang
keadilan. Sungguh kotor strategi beliau hanya
semata-mata mahu memikat hati dan pujian Dr. Mahathir.
Walau apapun strategi NC UiTM, saya disini ambil
kesempatan untuk mengajak masyarakat UiTM supaya
jangan kita berputus asa dan gentar. Mana mungkin
pejuang keadilan boleh dibenamkan. Ingat pesan saudara
Anwar ‘ jika takut risiko usah bicara soal
perjuangan’. Kata keramat ini yang bakal menjadi
azimat untuk kita merealisasikan sebuah masyarakat
madani di UiTM. Masyarakat UiTM yang bebas dari
sebarang telunjuk luar. Yang tidak terikat dengan
mana-mana organisasi asing. Dan juga yang mampu
memimpin ke arah keadilan dan kebenaran demi kebebasan
sejati.
Berkenaan dengan Pilihanraya Kampus saya dengan segala
kudrat iradat akan mengusahakan cahaya keadilan terus
bersinar di UiTM menurut gaya tersendiri di samping
lupa mendoakan mudah-mudahan pertolongan Allah swt
akan hadir tepat pada saatnya. Yakni hadir kepada
pangkuan pejuang keadilan yang sedia menghadapi ujian
dan rintangan tanpa mampu di anggapi oleh NC UiTM yang
kononnya hebat tidak terbatas.
Sekian.
Tegakkan keadilan.
SA’ID JUBAIR
Dip. Sains Komputer
Fakulti Teknologi Maklumat & Sains Kuantitatif
Universiti Teknologi MARA
Shah Alam Selangor DE
2 Ogos 2001
s_jubair@yahoo.com