Memang sah dan tepat sekali apa yang selama ini saya nyatakan bahawa
Kumpulan yang kita panggil Kumpulan Eli serta Pakar Akademik di negara
ini kebanyakan nya ‘Kuda Kayu’ dan ‘Pak Turut’ dan dalam Loghat orang
Perak di panggil ‘Tengin’.
Apa yang ingin saya nyatakan disini adalah soal dan Isu hangat dan isu
yang sekali lagi memperlihatkan Pembunuhan Melayu di Negara ini oleh
Mahafiraun iaitu Mahathir Mamak Malbari. Selepas 44 tahun negara
menyambut Kemerdekaan mengapa pada tahun 2001 ini pula timbul soal sistem
‘Meritokrasi’?
Bagaimana kah Mahafiraun dan Kerajaan hendak menidakkan segala tindak
tanduk mereka adalah atas ‘alasan Politik’ dan bukan nya selain dari
taktik politik? Mengapakah tahun 2001 ini pula tiba-tiba Mahafiraun nampak
yang Kaum Melayu peratusan cemerlangnya lebih rendah dari Kaum Cina?
Apakah selama ini peratusan Melayu pernah menandingi Kaum Cina?
Kalau lah alasan hendak memastikan pelajar Melayu lulus dengan
cemerlang serta hendak memastikan pelajar Melayu belajar bersungguh-sungguh,
bahawa ini menunjukkan yang si Firaun perut hijau itu amat sayangkan
bangsa Melayu lah ye? Sebab itulah dia lakukan sedemikian, ATAU pun si
Mahazalim ini terkilan dan geram sangat kerana terlalu ramai Siswa-siswi
Melayu yang tidak memuja nya lagi. Dan yang terpenting sekali adalah
strategi Mahazalim itu pada tahun 2004 nanti.
Cuba kita bayangkan, sekiranya Tidak ada kes DS Anwar Ibrahim, tidak
ada parti keADILan, tidak ada Barisan Alternatif, tidak ada semangat
REFORMASI dikalangan bangsa Melayu dan tidak ada kekuatan sokongan Melayu
pada PAS, tidak ada keruntuhan UMNO, tidak ada kehilangan maruah UMNO
(UMCINO), pendek kata tidak ada sejarah Hitam seperti sebelum tahun 1998
dahulu. Adakah Soal Sistem Meritokrasi ini akan Ujud ?
Disinilah mengapa saya mengatakan yang Pakar Akademik negara ini
kebanyakannya ‘Kuda Kayu’ dan sebenarnya mereka adalah ‘Nasi Tambah’ buat
Mahathir dan tidak lebih dari itu. Selepas sahaja Mahazalim mengeluarkan
arahan akan mengenakan sistem Meritokrasi, maka berboyot-boyotlah Naib
Canseleor dan Pakar Akademik menyokong saranan tersebut, Persoalannya
Mengapakah tidak mereka-mereka ini sendiri yang mengemukakan usul ini
sebelum ini sekiranya mereka ini di gelar Tokoh dan Pakar Akademik negara?
Saya rasa saudara masih lagi ingat akan isu PAS.UM (Pusat Asasi Sains
Universiti Malaya) sedikit masa dahulu. Cubalah kita nilai kepakaran
serta ketokohan mereka ini sehinggakan keputusan muktamad terpaksa di
letakkan pada tangan seorang Doktor dan bukannya Pakar-pakar serta Tokoh
Akademik….di manakah letaknya kredibiliti mereka sebagai ketua Institusi
Pengajian Tinggi. Dimana letaknya kelayakan mereka? Dalam peti besi
Mahathir?
Apakah di Universiti sendiri dibawah kongkongan Mahathir? Di manakah
letaknya profesionalisma sesebuah Universiti?
Apakah Tokoh-tokoh Akademik serta Naib-naib canselor Universiti percaya
akan cakap Mahafiraun tua itu yang amat terkenal dengan Maha Pembohong
serta Maha Penipu yang sistem Meritokrasi tidak akan mengurangkan
Jumlah Kuota Bumiputera masuk ke Universiti?
Apakah mereka sudah melihat dengan mata kepala mereka sendiri akan
format serta syarat-syarat Sistem Meritokrasi tersebut secara hitam putih?
Percayakah anda bahawa mulai tahun hadapan proses pemilihan pelajar
memasuki ke Universiti akan mengambil masa yang cukup lambat dan tidak
seperti selalunya, dan semua ini akan di seragamkan ke semua Universiti di
Malaysia. Mengapa ini terjadi?….kerana orang-orang Politik yang
bertopengkan Tokoh Akademik akan meneliti dan memproses borang-borang
permohonan. Mana-mana bapa yang di ‘Black List’ sebagai penyokong BA….inilah
masanya untuk tahu apakah akibatnya menentang Mahathir.
Kalau dah dasar tak pedulikan nasihat dan mengikut perlembagaan
sepertimana yang di lakukan terhadap Pemimpin-pemimpin keADILan dan PAS dengan
memenjarakan mereka di bawah akta ISA (Ikut Suka Aku). Apakah luak nya
si Mahafiraun tua itu membuang serta menerajang pelajar-pelajar Melayu
yang di dapati masih tidak menyokong si Tua kutuk itu. Bukan kah
pelajar-pelajar ini telah pun menandatangani borang pengakuan (Sistem
Meritokrasi) semasa masuk ke Universiti dahulu. Apakah kesannya bapa-bapa
Mahasiswa yang di buang itu membuat bantahan terhadap anak-anak mereka yang
di buang Universiti ? kalau dah SUHAKAM yang di lantik oleh kerajaan
sendiri membuat cadangan dan bantahan itu pun di tolak mentah-mentah oleh
si Mahafiraun Tua kutuk tu…..inikan pula beberapa orang bapa pelajar
MELAYU yang bangsat-bangsat dikaca mata Mahafiraun?.
Percayakah anda dengan janji serta cakap Mahafiraun itu? Sistem
Meritokrasi adalah untuk menentukan yang pelajar Melayu cemerlang dalam
pengajian mereka? Apakah akibatnya jika apabila sistem Meritokrasi tetap di
jalankan dan kecemerlangan pelajar-pelajar Melayu masih di takuk lama?
Apakah semua mereka itu akan di buang dari Universiti? Berapa orang yang
tinggal? Siapa yang untung?
Sudah beberapa kali Forum dan perbincangan dalam TV yang melibatkan
tokoh-tokoh Akademik membincangkan akan perkara kecemerlangan ini,
rata-rata mereka tidak bersetuju dengan pendapat bahawa Mahasiswa Melayu
adalah malas dan suka berpolitik malahan itu bukanlah sebab mengapa
Mahasiswa Melayu kurang Cemerlang.
Mengapakah tidak sistem Meritokrasi ini di buat pada pasukan Bolasepak
negara, di buat pada pasukan Sepak Takraw negara, dan dibuat pada
mana-mana pasukan sukan yang tidak cemerlang? Bukankah dasar dan tujuannya
adalah sama iaitu mengapa orang lain lebih cemerlang dan kita tidak
cemerlang? Mengapa tidak Sistem seperti ini di buat terhadap Kakitangan
Kerajaan? Dibuat pada mana-mana Jabatan Kerajaan yang tidak menunjukkan
kecemerlangan? Di buat pada mana-mana Wakil Rakyat yang tidak Cemerlang?
Mengapa pula pada Pelajar-pelajar Universiti?…. Kerana mereka orang
kampung dan MELAYU?
Mengapa perkataan ‘Manja’ dan ‘Malas’ di lemparkan hanya kepada
Mahasiswa Melayu, walhal kita semua kedengaran akan perkataan ‘Malas’ dan
‘Manja’ juga di lemparkan terhadap Ahli-ahli sukan negara, mengapa mereka
ini tidak di kenakan Sistem Meritokrasi?
Mengapa pula Pusat-pusat Serenti bertambah setiap tahun dan wang rakyat
hangus begitu sahaja bagi tujuan memulih yang sukar di pulih dan
peratusan yang pulih adalah amat memilukan serta amat merugikan negara.
Mengapa pula penagih-penagih ini tidak di kenakan Sistem Meritokrasi? Apakah
dengan membuang pelajar Melayu dari Universiti semata-mata kerana
fahaman politik lebih menguntungkan dengan melabur wang negara yang sebegitu
banyak untuk memulihkan yang belum tentu pulih? Saya bukannya hendak
menentang dan tidak menghormati akan bekas-bekas penagih dadah akan
tetapi bukankah ini adalah perumpamaan yang terbaik?
Pikir-pikir.
Seteru Astora Jabat.