Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Bengapnya Haji Norian Mai!

oleh: Shahrastani

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Mungkin para pembaca sekelian berpendapat tajuk di atas agak kasar. Tetapi pada hemat saya, tidak. Hakikatnya, perkataan "bengap" ini sangat sesuai disandarkan kepada Haji Norian Mai, seorang Ketua Polis Bengap merangkap Pecacai Bebal kepada Haji Mahathir.

Bengapnya Haji Norian Mai ini tidak dapat disyak lagi. Sudahlah menjadi hamba sahaya Haji Mahathir, tidak dapat membeza pula antara PEJUANG AGAMA (MUJAHIDIN) dan PELAMPAU AGAMA.

Secara ringkas, erti Pejuang Agama (Mujahidin) ialah mereka yang berjuang di jalan Allah. Mereka menegakkan kalimah Islam. Mereka berjihad, mengorbankan diri, harta dan masa semata-mata kerana Allah. Sekiranya mereka mati sewaktu berjuang, mati mereka dikira sebagai syahid. Contoh ulung Pejuang Agama(Mujahidin) ialah para sahabat Nabi SAW.

Pelampau Agama. Mereka tergolong dalam kumpulan ekstrim dan sesat. Pengamalan Islam mereka menyeleweng. Dalam kata lain, mereka tidak mengikut ajaran Islam yang sebenarnya. Mereka fanatik dan sering mengada-adakan sesuatu yang baru dalam Islam. Ada juga di kalangan mereka ini yang sudah jauh sesat dan murtad. Contohnya Khawarij, Ajaran Qadyani, Bahai dan kumpulan Anti-Hadis.

Pendek kata, antara Pejuang Agama dan Pelampau Agama terdapat satu jurang perbezaan yang cukup besar. Disinilah timbulnya kebengapan Haji Norian Mai. Beliau tidak dapat melihat perbezaan antara dua kumpulan tersebut. Ataupun beliau terkeliru dan tersalah-faham lantaran terlalu mengagung-agungkan Haji Mahathir.

Pejuang Agama bukan militan. Pejuang Agama berjuang untuk menegakkan keadilan dan kebenaran. Mujahidin Afghanistan yang bertempur dengan askar Russia bukan militan. Mereka berjuang kerana Allah untuk mempertahankan Islam dan negara mereka. Kalaulah Pejuang Agama itu militan, maka militanlah para sahabat Nabi SAW. Dan pengganaslah Thariq bin Ziyad, Musa bin Nusair, Sallehuddin al-Ayyubi, dan sebagainya. Dan sia-sialah pengorbanan Mujahidin Afghanistan kerana mereka adalah kumpulan militan. Saya ingin bertanya Haji Norian Mai, jika Malaysia diserang musuh, adakah kami Muslim Malaysia, akan digelar kumpulan militan atau pelampau agama hanya kerana kami berjuang mempertahankan Islam dan negara?

Saya ulangi sekali lagi. Jangan samakan Pejuang Agama dengan Kumpulan Militan atau Pelampau Agama. Orang yang memperjuangkan Islam, menegakkan keadilan, menyatakan kebenaran, menentang penyalahgunaan kuasa dan mempertahankan negara, merekalah Pejuang Agama. Orang yang menyokong penyalahgunaan kuasa, menzalimi rakyat, merompak kekayaan negara, bail-out, mencetuskan fitnah, berbuat zina, menghalalkan judi dan menindas keadilan, merekalah pelampau agama.

Inilah kekeliruan Haji Norian Mai. Lantaran ketaksuban terhadap Haji Mahathir, beliau gagal memahami hakikat sebenar seorang Pejuang Agama. Barangkali, menurut Haji Norian Mai, Pejuang Agama ialah mereka yang mendewa-dewakan Haji Mahathir. Tidak kira sama ada seseorang itu dari kumpulan Anti-Hadis, Qadyani, Gay, Lesbian, Gila Arak, Gila Perempuan, Suka Rasuah, Suka Fitnah, Suka Bail-Out, Free-Sex, asalkan dia menyembah Haji Mahathir, maka dialah Pejuang Agama. Dan bagi mereka yang menentang kezaliman, menegakkan keadilan, berjuang untuk rakyat dan yang suka menegur Haji Mahathir,mereka ini adalah Pelampau Agama.

Sedih saya dengan situasi Malaysia sekarang ini. Tugas memburuk-burukkan Islam telah diambil-alih oleh orang Islam sendiri. Pelampau Agama yang sebenar seperti Qadyani dan Anti-Hadis dibiarkan begitu saja manakala yang berjuang untuk menegakkan syiar Islam dianggap musuh negara. Ditangkap dan diISAkan. Alasan utama kerana menyanggah Haji Mahathir. Syabas diucapkan untuk Haji Norian Mai kerana berjaya menyambung tugas Firaun, Haman, Namrud dan Abdullah bin Ubai!

Saya sebenarnya tidak suka menggunakan perkataan "bengap" untuk Haji Norian Mai. Saya tahu maknanya kasar. Tetapi memandangkan Haji Norian Mai telah menghina Islam, memalukan Muslim, mengeliru serta menakut-nakutkan orang bukan Islam, saya tidak ada pilihan lain selain menyifatkan beliau sebagai bengap. Sememangnya sifat itulah sahaja yang sesuai untuk beliau selaku Pecacai Bebal kepada Haji Mahathir.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 8 Ogos 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com