Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


KISAH WIRA RAKYAT (SIRI 4)

Siti dah janji pada Siri 3 lepas bahawa ada satu lagi isu yang Siti nak ceritakan di sini tentang wira rakyat kita.

Seperti yang Siti maklumkan sebelum ini, peraturan di Kem membenarkan orang tahanan menerima bilangan surat yang tak terhad (setelah isinya ditapis oleh pihak Kem) setiap minggu. Namun mereka hanya dibenarkan menghantar sepucuk surat sahaja keluar setiap minggu.

Apa yang berlaku sejak akhir-akhir ini ialah pihak Kem (atas arahan orang "atas") telah menyekat kebanyakan surat mereka yang diterima dari saudara-mara dan sahabat handai di luar. Arahannya ialah mana-mana surat atau poskad yang mempunyai sokongan moral tidak dibenarkan untuk disampaikan kepada tapol berkenaan. Apa definisi "sokongan moral" di sini? Bukankah dengan mengirim sekeping poskad dan surat itu merupakan sokongan moral walaupun isinya hanya bertanya "apa khabar anda di sana?"? Malahan sekeping poskad yang tidak bertulis apa-apa sekali pun, hanya tandatangan pengirim saja sudah cukup memberikan sokongan moral kepada penerima kerana ingatan itu amat penting walaupun tidak ada apa yang dinyatakan dalam surat atau poskad tersebut.

Jadi ahli keluarga tapol menceritakan kepada Siti setiap kali mereka melawat mereka akan tanya sama ada tapol menerima surat atau poskad mereka atau tidak. Setiap minggu jawapannya sama saja "Tak ada!". Hairan bin ajaib. Dah 8 keping poskad yang dikirimkan oleh salah seorang ahli keluarga yang Siti jumpa, takkan hanya dua keping saja yang diterima. Yang 6 tu lagi pergi ke mana? Sesat dalam perjalanankah? Rupa-rupanya surat-surat mereka ditahan oleh pihak Kem kerana agaknya mengandungi sokongan moral untuk tapol. Ini satu pengkhianatan dan pecah amanah! Surat-surat tu adalah hak tapol dan amanah dari ahli keluarga mereka? Kenapa tak disampaikan? Bukankah ini zalim namanya? Apa hukuman orang yang pecah amanah, menyalah guna kuasa dan zalim macam ni?

Kalau dalam kes DSAI, hanya dengan memberikan arahan seumpama itu DSAI boleh dihukum 6 tahun penjara, dalam hal ini tak apa pulak. Siti tak tahulah bagaimana orang-orang berkenaan nak menjawab di mahkamah agong Allah azza wajalla bila semua ahli keluarga menuntut amanah yang mereka berikan itu.

Wallahu a'alam. Wassalam.

Siti Muslihat (Pendamping keluarga tapol)






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 28 Ogos 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : [email protected]