Baru sahaja menjejak kaki pulang dari lawatan ke Yaman, Mahathir terus menunjuk angkuh dan sombong dengan kepala otaknya bergelumang najis dendam, benci dan amarah. Dalam sidang akhbar, beliau telah secara langsung menempelak dan mengkritik Suhakam yang mengemukakan lapurannya berhubung perhimpunan di lebuhraya Kesas tahun lalu. Betapa egonya Mahathir bercakap merujuk kepada kehendak hati dan otaknya, jauh dari bersifat kemanusian dan agama, tanpa terlebih dahulu melihat dan membaca lapuran Suhakam . Bagi beliau sebenarnya tidak perlu membaca, meneliti dan memahami sesuatu perkara atau kes, yang penting setiap yang berlawanan dengan kemahuannya tetap dibantah dan disanggah.
Laporan Suhakam yang menyebut betapa berlakunya pencabulan hak-hak asasi di mana pasukan PDRM bertindak secara ganas dan kasar menyebabkan kecederaan pada orang ramai, kemusnahan harta benda, perampasan barang dan alatan, menafikan orang sakit mendapat rawatan dan lain-lain adalah dibuat berdasarkan bukti-bukti kukuh, jelas dan adil dengan melibatkan sejumlah besar saksi dan mengambil masa yang panjang menyelesaikan siasatannya.
Apa akan jadi pada negara ini sekiranya Mahathir masih terus mentadbir dan diberi kuasa menerusi hatinya yang kejam dan otaknya yang rosak. Mahathir terus juga menegak benang basah dan bolih menuduh Suhakam berfikiran atau berkiblat kepada barat?. Apa yang paling memalukan ialah apabila beliau sebagai perdana menteri mengulangi bahawa keganasan polis adalah perlu bahkan sepatutnya lebih ganas lagi bertindak dalam menangani kes-kes perhimpunan. Inilah sebenarnya fikiran bapak pengganas, bapak perosak masyarakat dan bapak hipokrat.Beliau menjadi pembela kepada tindakan tidak berperikemanusian dan ganas selain pembela kepada barisan bermasaalah baik dari segi moral dan korupsi. Beliau sering membandingkan taraf demokrasi di Malaysia dan pendekatan pasukan PDRM menangani sesuatu kes lebih-lebih dalam soal politik dengan kebanyakan negara-negara luar terutamanya negara barat. Dan dikatakan negara ini adalah yang terbaik dalam perjalanan demokrasinya. Sesungguhnya Mahathir telah lama silap perhitungan, sebagai seorang Islam tuntutan menjaga hak-hak asasi, moral, kemanusian apalagi agama adalah tanggungjawab besar untuk dipenuhi antara sesama manusia baik kepada kawan ataupun lawan. Apatah lagi pertanggungjawaban kepada Tuhan yang mencipta. Pelanggaran prinsip-prinsip keadilan, hak-hak asasi, moral dan agama adalah satu pencabulan kepada nilai-nilai kemanusian itu sendiri yang telah difitrahkan dengan sempurna oleh Tuhan. Dan nilai-nilai kemanusian itu adalah intipati penting yang memberi rupa wajah kepada maruah serta harga diri seseorang. Pencabulan ke atas nilai-nilai itu meninggalkan kesan mendalam dalam jiwa seseorang dan akan menuntut supaya dikembali dan disempurnakan hak-haknya sampai bila bilapun. Berbeza dengan kekurangan atau kehilangan wang dan hartabenda yang kadangkala seseorang itu tidak menuntut gantirugi lagi dan boleh melupakannya begitu sahaja.
Juga sekiranya kita sebagai orang yang mengaku Islam tidak perlu merujuk kepada barat atau arah manapun, cukup dengan tatacara yang kita sendiri mengaku beriman. Sebagai yang dikatakan diawal tadi, Mahathir adalah jenis orang yang hanya menggunakan hati dan otaknya yang diresapi dendam, benci dan amarah dalam ucapan dan tindakannya maka kerapkali ia mendahului sesuatu lapuran dan keputusan, seumpama mendakwa Anwar Ibrahim telah menumbuk dirinya sendiri, Pelajar UM telah membakar DTC dan lain-lain lagi. Dan apabila sesuatu kes telah mendapat keputusan dan dilihat tidak memihak kepadanya, sekali lagi ditempelak dengan berbagai-bagai alasan sepertilah kes mahkamah tinggi Sabah yang mengistiharkan Adun Likas dahulu sebagai tidak sah yang dengan mudah mendakwa hakim berkenaan terbawa-bawa oleh emosi dan hal-hal peribadi.