Berita Kesihatan : Daerah Kuala Selangor
Dua orang pegawai tinggi daerah Kuala Selangor telah
di masukkan ke hospital minggu lepas.Masing-masing
adalah Pegawai daerah Kuala Selangor En.Ghani (menantu
Mustafa Jabar) telah dimasukkan ke hospital Klang
sejak seminggu lepas dan Ketua Polis Daerah Kuala
Selangor,En.Azmer ke hospital Tg.Karang.
En Ghani,Pegawai Daerah Kuala Selangor disyaki
mengidap angin ahmar.Untuk pengetahuan umum ,En.Ghani
adalah pegawai yang sangat anti kepada BA. Tindakannya
adalah:
a) Salahguna kuasa kerana membenarkan puluhan pegawai
Penguatkuasa Majlis Daerah Kuala Selangor dan polis
mengepong Masjid bt 10 Tg.Karang bertujuan menghalang
ceramah dan sembahyang hajat pada 31 Julai 2001
bersama ustaz Nasaruddin Isa,S/U PAS Pusat.Masjid Batu
10 adalah diluar kawasan MDKS.
Ketua Polis Daerah K.Selangor,En.Azmer telah terkena
penyakit angin ahmar.Tindakannya adalah:
a). Menghantar ratusan FRU mengepung masjid Bt 10
T.Karang bertujuan menghalang T.G.Nik Aziz
memberikan ceramah.
b) Mengarahkan polis mengambil dan mengangkat
pembesar suara ketika Presiden PAS Ust Fadzil Nor
breceramah di Bukit Hijau,Kuala Selangor.Ceramah
terpaksa dihentikan serta merta.
c)Mengarahkan polis mengepong markas PAS
Kg.Gulang-Gulang,Kuala Selangor pada 31.7.2001.
d). Mengarah supaya sembahyang hajat bersama uztas
Nasaruddin Isa ,di Masjid Bt 10,Tg.Karang dicepat dan
diringkas-ringkaskan . Waktu makan ustaz Nasaruddin
hanya diberikan masa 10- 15 minit sahaja.Orang ramai
dihalang memasuki perkarangan masjid.Ceramah
diharamkan.
Kita mohon doa kepada Allah s.w.t. semoga mereka
berdua cepat sembuh dan kembali bertugas.
Telok Penyamon