Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


SALUTE BUATMU, UMMU 'URWAH

** Tulisan Hj. Saari Sungib melalui surat mingguannya dari Kamunting.

Ketinggian azammu kusanjungi
Keberanianmu kulihat anugerah dari Allah
Kau tetap teguh di atas hakmu

Kau yakin kepada kebenaran dan keadilan
Kau yakin pada janji-Nya
Kau serah anak-anaku kepada-Nya

Hilang gentar hatimu
Makin teguh tekad perjuanganmu

Tulusnya cintamu padaku, pada anak-anak kita, pada anak-anak nusa
Kau telah tinggalkan jejak-jejak juang, buat bekalan srikandi

Dalam hening-hening sujudku munajat buatmu
Inilah hasilnya
Aku salute buatmu, Ummu 'Urwah

*Abu 'Urwah
Kamunting






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 8 Ogos 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com