Walau apapun kata dan sanggahan, pihak kementerian khususnya Muhyiddin perlu akur kepada fakta bahawa itulah sebenarnya "root of the problem" isu VCD haram. Selagi pegawai-pegawai kementerian dan pegawai-pegawai penguatkuasa pihak berkuasa tempatan tidak dibersih atau disucikan pegangannya, maka selagi itulah masaalah tersebut akan terus wujud. Cubalah amati fenomena-fenomena yang meloyakan:
Sehingga kehari ini penjualan kaset dan VCD haram masih berleluasa di kaki lima, gerai makanan, pasar malam malah di depan supermaketpun ada.
Peniaga VCD haram tahu dengan tepat tarikh dan masa operasi oleh pihak berkuasa kerana ada maklumat dari orang dalam.
Tempat dan pusat operasi adakalanya berhampiran dengan pejabat pihak berkuasa tempatan, masakan para pegawai mereka tak boleh nampak. Ataupun mereka buat-buat buta mata kerana mata-mata mereka telah terlindung oleh duit-duit perlindungan taukeh VCD haram. Begitu juga polis, takkanlah mereka juga tak nampak? Lebih pelik lagi, ada kalanya mereka kelihatan makan dan minum di depan gerai menjual benda-benda itu. Tapi mereka buat tak tahu saja.
Alat-alat dan mesin-mesin untuk mengeluarkan VCD haram amatt canggih-canggih belaka. Harganya juga jutaan ringgit. Mesti ada taukeh-taukeh atau orang-orang kaya yang terlibat. Mungkin ada Dato' dan Tan Sri terlibat. Pernahkah pihak kementerian siasat? Ataupun memang pegawai-pegawai tumpang sekaki dan bersekongkol dengan mereka.
Mesin-mesin slot judi Video makin bercambah di Pusat Snooker. Pusat-pusat tersebut dah banyak kali kena geledah dan dah dirampas. Tapi dalam masa beberapa bulan kemudian ia beroperasi semula. Beberapa kilang yang mengeluarkan mesin tersebut sudahpun digeledah dan didedahkan dalam berita TV. Amat menghairankan, kenapa mesin-mesin tersebut semakin hari semakin bertambah banyak pula.
Rakyat semakin meluat mendengar isu mesin slot judi, VCD haram dsbnya kerap disiarkan dalam berita. Takkanlah perkara yang sebegitu mudah tidak boleh dirungkai dan diselesaikan. Mengapa ia cuma dipolitikkan, selesaikan terus. Root of the problem ialah masaalah rasuah. Betulkan dari dalam kementerian atau jabatan dahulu baharulah lanun cetak rompak , bapak lanun, lanun buragas serta lain-lain anasir perosak akan dapat dihapuskan dengan mudah.
Alamak, benda macam itupun nak kena beritahu. Orang kampung pun boleh selesaikan masaalah itu. Tak payah masuk universiti, tak payah nak tunggu jadi menteri. Tapi lebih mudah kalau dah jadi menteri, ada lebih kuasa untuk menangkap musuh-musuh dalam selimut dalam kementeriannya. Almaklum, orang awam memang sukar untuk menangkap pegawai-pegawai bedebah terbabit apatah lagi untuk membuktikan kesalahan rasuah mereka. Silap-silap haribulan terbalik court, kita pula dikenakannya. Lebih-lebih lagi dewasa ini, orang jahat mudah nak kenakan orang baik. Tau-tau sajalah maksudnya...
Kita semua seharusnya bersimpati kepada Prof Dr Hamdan, saya kira beliau ikhlas serta jujur dalam komen dan pandanganya. Malangnya isu tersebut akhirnya menjadi polemik akibat sepak terajang politik menteri yang tidak wajar.
Apa salahnya menteri berkenaan ambil teguran Prof Hamdan secara positif. Memang betulpun, kenapa tidak mahu terima hakikat. Kalau macam ini, sampai kiamat isu VCD haram, cetak rompak, mesin slot judi tak akan selesai! Ataupun entah-entah disengajakan kot....
Regards,
AKUROTANKAU.