Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Tanggungjawab Kerajaan jaga kebajikan rakyat

KEMAMAN: Kepercayaan yang diberikan oleh rakyat sehingga PAS berjaya membentuk pemerintahan dinegeri ini akan dijadikan sasaran tanggungjawab sosial yang perlu ditunaikan kerajaan, kata Haji Awang Dagang Yusof. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita dan Hubungan Kaum itu berkata di Majlis Pembahagian Lot Rancangan Tanah Berkelompok Kampung Paya Berenjut dan Fikri di Tapak Lot Kampung Fikri disini baru-baru ini.

Katanya, kerajaan bertanggungjawab sepenuhnya menjaga kebajikan rakyat terutama sekali dalam hal-hal berkaitan dengan tempat tinggal dan kebajikan mereka bagi memberikan keselesaan kepada mereka. Katanya lagi, walaupun PAS baru sahaja memerintah tetapi telah meletakkan bertanggungjawab kepada rakyat menjadi perkara paling utama dalam memastikan setiap keluarga layak mendapat satu lot tanah. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Chukai berkata kerajaan ingin melihat rakyat yang tidak memiliki tanah samada untuk pertanian atau tapak rumah mendapat bahagian mereka sebagaimana janji dalam pilihanraya lepas.

Haji Awang menyifatkan rakyat yang menerima Lot Tanah Berkelompok itu paling bertuah kerana mereka adalah yang paling awal menerima tanah lot di daerah ini. "Sesungguhnya kerajaan tidak sekali-kali mengamalkan politik sempit dalam pembahagian tanah dengan mengambil kira latar belakang politik dan ugama rakyat," tegasnya.

Menteri Besar Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Alam Sekitar Haji Wan Abdul Muttalib Embong, Ahi Dewan Rakyat Kemaman dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Kemaman hadir di majlis ini. Turut hadir Pengarah Tanah Dan galian, Pegawai Daerah dan Penolong Pengawai Daerah, Pegawai dan Kakitangan serta Pengerusi dan Ahli-ahli Jawatankuasa Syura Rakyat DUN Chukai serta 400 penduduk sekitar memeriah majlis itu.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 16 Ogos 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : [email protected]