Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Hentikan perniagaan pada waktu solat

HULU TERENGGANU: Kerajaan meminta semua peniaga menghentikan urusan jual-beli waktu maghrib bagi menghormati waktu sembahyang dan membolehkan umat Islam menunaikan solat. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Dr. Haji Mamad Puteh berkata, amat bermakna sekali sekiranya peniaga dapat berniaga barangan yang halal dan berpatutan harganya selain dapat pula menjaga sembahyang masing-masing.

"Jangan sekali-kali lupakan waktu sembahyang dan melengah-lengahkan solat lantaran terlalu asyik berurus niaga kerana ini akan menghilangkan berkat hasil perniagaan di samping mendatangkan murka Allah," katanya di Majlis Perasmian Pasar Petang Kampung Gertang disini baru-baru ini. Beliau mengharapkan Pasar Petang Gertang menjadi contoh kepada pasar-pasar lain dalam hal menghormati waktu solat.

Di samping itu beliau menyeru peniaga dan pembeli sentiasa menjaga kebersihan dengan tidak membiarkan sampah sarap berlonggok di merata tempat tanpa dikumpulkan dan dimasukkan dalam tong sampah yang disediakan. "Kebersihan dapat menggambar imej sebenar penjual dan pembeli," katanya lagi.

Turut hadir dan berucap ialah Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Dakwah dan Pelaksanaan Syariah Haji Harun Taib dan Pegawai Daerah Haji Mustafa Sidek, Pengerusi dan Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR), peniaga dan 200 penduduk setempat.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 20 Ogos 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : [email protected]