Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


10 industri dalam pelan induk negeri

KUALA TERENGGANU: Unit Perancang Eknomi Negeri (UPEN) mencadangkan sekurang-kurangnya 10 jenis industri diberi penekanan dalam Pelan Induk Perindustrian Negeri apabila Kerajaan Negeri dan para usahawan menyedari keadaan ekonomi mula berubah. Ini termasuk produk berasaskan plastik, hiliran petrokimia, besi keluli, logam, perkayuan, pemerosesan makanan dan hasil pertanian, hasil laut, kraftangan, pemerosesan hasil galian, pelancongan, perdagangan, perkhidmatan dan sokongan.

Rumusan itu sebagai maklumbalas dari dialog UPEN dengan usahawan di semua daerah bagi merangka Pelan Induk Perindustrian Terengganu 2001-2010. Pengarah UPEN, Dato’ Tengku Hassan Omar dalam taklimatnya berkata, rangka pelan induk industri mesti bersedia menghadapi suasana itu. "Terengganu perlu sedar bahawa kita tidak lagi bersaing dengan Pahang, Johor, Kedah atau Selangor, tetapi dengan negara-negara lain di rantau ini," jelasnya.

Thailand, Vietnam dan China antara lokasi baru yang bukan saja mampu menyaingi Terengganu bahkan Malaysia sendiri. "Lokasi-lokasi baru itu yang dulunya mundur dan ketinggalan menarik minat para pelabur kerana kos operasinya murah," katanya.

Dato’ Tengku Hassan juga menyebut, faktor yang mempengaruhi pelabur perkilangan antarabangsa menempatkan kawasan operasinya ialah dasar kerajaan, sistem perundangan, ketelusan dan kecekapan pentadbiran, struktur cukai dan sistem sokongan industri yang menyeluruh. Justeru itu Terengganu tidak boleh lagi bergantung kepada faktor kekuatan tradisi untuk menarik pelabur. Katanya, Terengganu perlu meneroka pasaran baru bagi produk dan hasilnya, menguasai teknologi dan kepakaran baru, mewujudkan modal niaga dan mengatasi kekangan kewangan.

Terengganu mesti mencari pelaburan langsung dalam projek-projek baru, suntikan modal atau dana dan usahasama dalam projek sedia ada, mencari perdagangan dan pasaran luar untuk menjana industri tempatan serta mencari pelaburan dan pasaran di tempat lain untuk usahawan tempatan. Tengku Hassan kemudian mengesyorkan tiga matlamat bagi pelan induk itu iaitu menjadikan sektor industri sebagai teras pembangunan ekonomi, menarik lebih banyak pelaburan dalam sektor perkilangan dan pembuatan serta mewujudkan peluang-peluang baru dalam sektor yang berpotensi untuk dimajukan.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 24 Ogos 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : [email protected]