Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Kerajaan laksana dasar satu keluarga satu lot tanah

KEMAMAN: Penyerahanan Lot kepada 158 orang penduduk Kampong Kuala Kemaman ke Rancangan Tanah Berkelompok Paya Berenjut dan Fikri menjadi titik tolak perlaksanaan dasar satu keluarga mendapat satu lot tanah, kata Haji Mokhtar Ismail. Mokhtar yang juga Pegawai Daerah Kemaman berkata di Majlis Penyerahan Tanah Rancangan Berkelompok Paya Berenjut dan Fikri di tapak perpindahan Fikri disini baru-baru ini. Katanya, dari 158 penduduk yang berpindah itu 130 darinya akan ditempatkan di Rancangan Tanah Berkelompok Fikri dan selebihnya seramai 28 orang di tempatkan di Paya Berenjut.

Katanya lagi, Lesen Menduduki Sementara akan dikeluarkan dan dalam tempoh tiga (3) tahun mereka hendaklah berpindah dan duduk di Tanah Rancangan itu. Dan hak milik kekal hanya akan dikeluarkan kepada mereka yang berpindah dan duduk di Tanah Rancangan itu sahaja, tambah beliau. Mokhtar seterusnya berkata, pihak pentadbiran Pejabat Tanah Daerah akan berusaha sedaya upaya bagi memastikan hasrat kerajaan yang mahu melihat setiap keluarga yang layak memiliki satu tanah menjadi kenyataan.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 1 September 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com