Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Khir Toyo lebih rakus luluskan permohonan tanah berbanding MB terdahulu

Oleh Wartawan Tranung Kite (KL)

SHAH ALAM: Dr Khir Toyo yang menyambut ulang tahun pertama menjadi Menteri Besar Selangor diingatkan supaya lebih telus dan terbuka dalam proses meluluskan tanah-tanah di negeri ini. Khir sendiri mengakui dalam wawancaranya dengan Utusan Malaysia bahawa hampir dua pertiga kerjanya berkaitan permohonan tanah dan projek. Beliau harus ingat, bekas MB Selangor, Muhammad Muhd Taib pun jatuh kerana terpijak dengan wang komisyen meluluskan tanah kepada taukeh-taukeh besar. Kalau salah menguruskan kejayaan di Selangor, Khir juga boleh terjunam dalam lubang yang sama.

Hanya selepas baru setahun menjadi MB Selangor, karenah Khir yang begitu agresif meluluskan permohonan tanah sudah menjadi bualan ramai. Orang ramai membandingkan bagaimana umpamanya Datuk Abu Hassan Omar yang hanya mengagih-agihkan kekayaan tanah di Selangor selepas dua atau tiga tahun menjadi MB. Khir mungkin nampak lebih menghayati nilai-nilai agama berbanding MB terdahulu, tetapi ia tidak boleh dijadikan topeng menutup kegelojohannya membedakkan tanah yang cukup berharga di Lemah Klang kepada kenalan dan mereka yang rapat dengannya.

Akhbar politik Cabaran baru-baru ini mendedahkan bagaimana Khir dikatakan meluluskan tanah kepada enam syarikat berbeza tetapi apabila dibuat carian didapati seorang penama ada di dalam keenam-enam syarikat tersebut. Ini bermakna seolah-olah Khir memberikan tanah itu hanya kepada seorang penama dan ini tentulah bercanggah dengan etika pemberian tanah.

Akhbar itu juga memetik seorang yang berkata beliau hanya menunggu masa untuk mendedahkan kes ini apabila cukup segala maklumat dan bukti. "Beliau harus meneliti apa yang dilakukan Setiausaha Politiknya, Dr Karim buat selama ini berkaitan permohonan tanah. Jangan terlalu golojoh sangat mahu mengaut segala kekayaan daripada tanah-tanah yang diluluskan itu," tegur seorang veteran Umno dekat sini yang tidak mahu namanya disebut. "Semua orang sudah tahu perangai orang keliling Khir yang cukup rakus untuk meraih komisyen dari kelulusan tanah-tanah itu. Exco-exco pun sudah meluat dengan Khir sendiri. Mereka cuma takut nak bersuara.

"Bukan orang tak tahu ada Exco yang berani hempas fail depan Khir, dalam mesyuarat Exco kerana tak puas hati caranya mengendalikan kes-kes permohonan tanah," tambah veteran politik zaman Datuk Harun Idris itu lagi. Difahamkan kegelojohan Khir Toyo mengagihkan tanah ini sudah memeningkan kepala pihak atasan. Sultan Selangor sendiri sudah dimaklumkan akan hal tersebut dan baginda cukup murka dengan keadaan itu. Selama ini Sultan Selangor acap kali menyuarakan rasa tidak senangnya dengan gelagat MB Selangor yang ghairah untuk mendapat wang komisyen dari pengagihan tanah-tanah berharga itu.

Khir boleh menampakkan imej mesra rakyatnya seperti dengan menyunat kanak-kanak sekolah atau bersama-sama bergotong royong membaiki rumah, tetapi tindak-tanduknya dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri Selangor, yang begitu mudah meluluskan permohonan tanah akan terbongkar akhirnya. Sebelum terlambat, Khir harus berhati-hati. Beliau harus ingat, hampir semua Exco Umno dalam kerajaan negeri berbulu dengannya. Jangan dia terjatuh dalam perangkapnya sendiri sudahlah. Harapan rakyat untuk melihat kekayaan negeri Selangor diagihkan secara adil begitu tinggi. Kalau betul pengagihan tanah dibuat secara tender terbuka, negeri Selangor akan menjadi negeri maju dalam waktu terlalu singkat.

Sayang sekali, Khir telah menghampakan harapan anak muda yang mahu melihat perubahan dalam negeri ini. Biarpun usia MB Selangor ini muda tetapi gelagatnya berdepan dengan soal tanah mengalahkan menteri-menteri yang lebih tua. Mungkin juga Khir memikirkan, aku pun tak lama di sini, jadi bila lagi aku nak sapu segala yang boleh disapu.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 20 Ogos 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : [email protected]