Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


MAHATHIR SEMAKIN DURJANA

Apabila Mahathir mengaitkan sembahyang dua imam (Masjid Ar-Rahman) dengan kewujudan PAS dan menyalahkan guru agama dalam isu oral seks pelajar, maka tidak keterlaluan jika disebutkan dia semakin durjana. Walaupun Mahathir tidak menyebut guru agama apa, tetapi cara cakapnya ialah guru agama Islam - ustaz. Samada dia sedar atau tidak, tidak semua guru agama sokong pembangkang, bahkan guru agama jenis inilah pun yang disukainya turut terlibat dengan percakapannya yang berbentuk fitnah ini. Apabila Mahathir berhujah demikian, ianya menguatkan lagi sebab-sebab kenapa guru agama perlu menentang Mahathir. Mahathir perlu ditentang oleh guru agama bukan dengan cara berpolitik, kerana cara politik bagi pendukung sekular tidak ada agama, mereka tidak ada dosa dalam berpolitik. Maka, mereka boleh berbuat apa saja kerana bagi mereka dosa tidak ada dalam politik. Sebaliknya guru agama yang tak sekular ada dosa. Maka, guru agama perlu membesihkan diri mereka dari fitnah jahat Mahathir.

Ia dikatakan fitnah kerana oral seks yang dimaksudkan oleh Mahathir berlaku ke atas pelajar bukan Islam dan apakah kena mengenanya dengan guru agama?. Kenapa guru agama saja yang dikaitkan?. Ini semua menjelaskan kepada umum bahawa memang manusia ini benci guru agama. Apakah sebabnya dia saja yang tahu. Oral seks yang pernah dilapurkan sebelum ini berlaku kepada kanak-kanak berbangsa bukan melayu dan bukan islam. Penyokong UMNO(baru) yang totok tidak mampu memikirkan ini semua. Tidak keterlaluan jika dikatakan mereka dengan melungu dan seronok dengan kenyataan pendurjana jenis ini.

Berhubung dengan isu mendedahkan kesalahan pelajar, media cuba mengatakan pihak sekolah tidak perlu tutup kesalahan pelajar kepada umum, tetapi dalam masa yang sama, cubaan yang kuat dilakukan oleh media untuk melapurkan banyak hal yang melibatkan kesalahan segelintir ahli politik, khasnya yang berkait rapat dengan servival politik Mahathir. Langkah mendiamkan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh segelintir penguasa yang berkepentingan dan jahat adalah satu langkah yang amat kontra dengan isu pendedahan kesalahan pelajar. Aziz Shamsuddin ialah timbalan menteri yang terlibat secara langsung dengan pendidikan dan pelajar. Inilah bahananya apabila pendurjana jenis ini berada dalam kementerian pendidikan. Habis semua dimanipulasi olehnya demi menutup kedurjanaannya sendiri dan Mahathir.

Diktator Suharto pernah memberi beban yang berat kepada pelajar di institut pengajian tinggi semata-mata untuk tidak memberi banyak masa kepada pelajar untuk memikirkan kedurjanaannya. Tetapi, akhirnya Suharto jatuh dengan laugan suara pelajar juga. Usaha yang mirip kepada usaha Suharto itulah sedang giat dilakukan oleh Kementeri Pendidikan.

Serupa juga dengan lapuran SUHAKAM mengenai keganasan polis di Jalan Kebun. Pesuruhjaya yang dilantik mengangotai SUHAKAM adalah terdiri dari tokoh-tokoh yang berkaliber. Lapuran yang didedahkan kepada umum menunjukan ketelusan dan atas semangat ingin mendedahkan kesalahan polis sepertimana mendedahkan kesalahan pelajar seperti yang disebutkan di atas. Kelakuan dan pendirian jenis ini menguatkan lagi kedurjanaan demi mempertahankan kedurjanaan Mahathir. Abdullah Badawi sendiri jadi tolol seperti Zainuddin Maidin dalam memperkatakan lapuran SUHAKAM itu.

Mereka boleh dikatakan tolol kerana keduanya mengatakan polis tidak diberi peluang membela diri. Padahal dalam berita samada dimedia elektronik atau kertas, SUHAKAM pula yang tidak diberi peluang membela diri. Ini juga kelakuan jenis mempertahankan kedurjanaan juga. SUHAKAM tidak diberi peluang membela diri di media oleh pendurjana kerana media adalah alat pendurjana. Mudah saja untuk memahami psikologi pendurjana. Mereka tidak ada lain selain dari berusaha mempertahankan kedurjanaan mereka, yang penting ialah rakyat WAJIB berfikir dengan waras. Disamping itu, tidak terikat dengan psikologi dan nostalgia parti.

Cubaan menutup dan terus menutup kedurjanaan akan memperkuatkan kedudukan pendurjana. Pendurjana tidak memikirkan orang lain selain dirinya. Belum tentu orang lain yang mempertahankan kedurjanaan pendurjana akan selamat. Pada fikiran pendurjana ialah dirinya sendiri, sebaliknya orang lain yang mempertahankan kedurjanaanya adalah goyim.

[email protected]






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 24 Ogos 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : [email protected]