Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Polis buat tangkapan di kedai kopi

Kemunting, 27 Okt (Hrkh) - 3.00pm - Ketua DPPP, Haji Mahfuz Omar kesal dengan tindakan polis menangkap orang ramai ketika mereka sedang menikmati makanan di sekitar pekan kecil Kemunting pagi tadi.

Mahfuz yang mulanya mengetuai tiga wakil BA dan NGO untuk menyerah memorandum bantahan berhubung Pencabulan Hak Asasi Manusia dan Penahanan ISA berkata pihaknya terkejut dengan tindakan tidak professional pihak polis menangkap rakyat yang sedang berkumpul dan menikmati makan pagi.

Katanya, ini bertentangan dengan artikul 10 perlembagaan yang memberi kebebasan rakyat bersuara dan berhimpun secara aman.

Katanya berdasarkan artikul tersebut juga pihak polis hanya boleh mengambil tindakan sekiranya mereka yang berkumpul tersebut melakukan tindakan huru-hara.

Sedangkan kata Mahfuz, orang ramai yang datang untuk melahirkan sokongan terhadap tindakan pencabulan hak asasi manusia oleh pemimpin Umno dan BN tidak melakukan sebarang huru-hara atau cubaan yang boleh mencetuskan keadaan tidak tenteram.

"Pihak polis juga seharusnya menghormati hak rakyat kerana apabila pihak polis membenarkan tiga wakil untuk menyerahkan memorandum bantahan tersebut kepada penjara kemunting, ini bermaksud mereka mengiktiraf wakil yang diamanahkan oleh orang ramai."

Katanya lagi "Apabila polis mengiktiraf wakil orang ramai tersebut seharusnya polis juga menghormati hak orang ramai yang menunggu keputusan dari wakil yang menyerahkan memorandum tersebut."

Menurut Mahfuz lagi, beliau menggesa pihak polis membebaskan serta merta kesemua 44 orang yang ditangkap tanpa diadakan pendakwaan ke atas mereka.

Katanya ini disebabkan mereka yang ditangkap tidak melakukan apa-apa kesalahan yang bertentangan dengan perlembagaan.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena pihaknya sedang berurusan dengan pihak guaman untuk mengambil tindakan kepada beberapa pihak yang bertanggungjawab selain melapurkan kepada Suhakam dan membawa perkara ini ke Parlimen.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 28 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com