Tuan Presiden Amerika, George W. Bush,
Mewakili rakyat Malaysia, Jawatankuasa Ad-Hoc Menentang Keganasan membantah keras segala bentuk keganasan dan menegaskan komitmen kami sepenuh hati untuk memerangi keganasan dalam sebarang bentuk seluruh dunia berhubung serangan Amerika ke atas Afghanistan.
Walaupun orang Islam dan masyarakat lain di seluruh dunia merayu agar Amerika tidak melakukan serangan, namun Amerika dan sekutunya telah mengambil langkah tidak bertamadun dalam memerangi keganasan.
Dua kesalahan tidak semestinya mengakibatkan satu perkara itu tidak benar. Ini akan mengakibatkan keputusan yang berikut:
1. Pembunuhan rakyat yang tidak bersalah terutama wanita, kanak-kanak dan orang tua.
2. Masalah keganasan yang berterusan dengan ditambah kezaliman serta balas dendam di kalangan negara yang terlibat perang bukan jalan penyelesaian kepada keganasan yang memerlukan pendekatan secara kemanusiaan bagi mempastikan keganasan dapat dipadam.
3. Penderitaan rakyat Afghanistan akan bertambah selain kemusnahan dan kehilangan sumber negara itu dan insfrastruktur awam.
4. Rasa benci dan jelek yang menebal terhadap Amerika dan sekutunya berdasarkan serangan yang dibuat adalah usaha untuk memerangi orang Islam.
Adalah sukar untuk menerima pentakrifan keganasan yang berat sebelah yang lebih memihak kepada Amerika dan sekutunya. Kami menegaskan, keganasan adalah sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada oleh individu, kumpulan, negara atau kerajaan dan rejim. Tambahan, perkara yang paling dasyat serangan pengganas adalah yang dilakukan oleh rejim dan negara terutamanya negara Zionis Israel.
Kami menentang sepenuhnya niat buruk melabelkan orang Islam sebagai contoh pengganas atau melakukan keganasan dengan panggilan stereotaip, `Muslim Militan', `Pengganas Muslim', dan `Pengebom Muslim'. Label tersebut memburukkan imej orang Islam.
Label yang sama tidak digunakan kepada Irish Republic Army (IRA) dan Tentera Pembebas Tamil Eelan (LTTE-Tigers). Mereka telah melakukan keganasan dan pengeboman di Britain dan Sri Lanka. Mereka tidak dilabelkan sebagai militan katolik atau pengebom tamil atau pun pengganas Hindu.
Kami harap Amerika Syarikat sebagai kuasa besar ekonomi dan tentera seluruh dunia patut menunjukkan contoh yang baik untuk mewujudkan keadilan, layanan sama rata, mengikut undang-undang untuk mewujudkan suasana harmoni dan keamanan di kalangan negara global. Jangkaan kepada Amerika bagi mewujudkan keamanan ternyata gagal. Keadaan adalah di sebaliknya.
Kami sebagai Jawatankuasa Ad-Hoc Menentang Keganasan menuntut:
1. Amerika menghentikan serangan agresif ke atas Afghanistan
2. Amerika mestilah serta merta menggugurkan rancangan menyerang negara-negara lain dengan alasan hendak menghapuskan pengganas dan keganasan.
3. Pihak Amerika diminta mengkaji semula dasar luarnya terutama mengenai negara Islam dan negara dunia ketiga. Contohnya, Palestin, Wilayah Kashmir, Sri Lanka dan Chechya.
4. Amerika digesa mengubah konsep pandangan hegemoni (tanggapan yang salah) dan stereotaip sebagai `Polis Dunia' dengan mengatakan apa yang betul dan apa yang salah mengikut kacamata Amerika.
Jawatankuasa ini memegang kepada prinsip keadilan mesti dilaksanakan dalam dasar perhubungan luar yang menentang fahaman hegemoni ini dan penjajahan (imperialisme) kuasa besar.
Kami dengan ikhlas berharap Presiden Bush akan melakukan apa yang baik dan boleh menyakinkan masyarakat antarabangsa mengenai niat baik Amerika untuk mengekalkan misi keamanan dunia.
Dato' Fadzil Mohd Nor
Ketua Pembangkang Parlimen