Assalamualakum wbt...
Terlebih dahulu izinkan saya menulis sedikit mengenai "sambutan Kemerdekaan". Saya amat terkilan dengan sambutan kemerdekaan yang telah dianjurkan oleh Kerajaan dan amat tidak bersesuaian dengan suruhan Allah dan Rasullulah. Amat terkilan pada malam Jumaat lepas cara menyambut Hari Kemerdekaan di Dataran merdeka dengan nyanyian Iblis dengan para artis menyanyi dan menyalak disana sini.
Sepatutnya sambutan Kemerdekaan disambut dengan majlis bacaan Yasin, Doa Selamat dan Tazkirah bukannya dengan pembaziran dan menggalakkan maksiat. Pada malam tersebut yang betul-betul menyambut kemerdekaan adalah SYAITAN/IBLIS bukannya manusia. Sepatutnya kita sesudah 44 tahun merdeka dari belenggu penjajah, perlulah kita bershukur kepada Allah swt diberi limpah kurnia keamanan, ekonomi dsbnya.
Para anak2 muda yang begitu ghairah untuk menyambut saat/detik 12 malam datang awal2 lagi untuk mendapatkan tempat2 yang selesa untuk melihat artis pujaan mereka dan bersama-sama para pemimpin (bapa syaitan/iblis) lupa kepada sembahyang dan bergaul berpeluk mabuk dsbnya. Dan pagi2 lagi pergi ke Dataran merdeka untuk melihat pembarisan dan lupa kepada sembahyang subuh. Inilah yang dikehendakki oleh pemimpin berhati Syaitan Malaysia.
Ya Allah Ya Tuhan ku merdekakanlah Malaysia dari belenggu penjajah baru di Malaysia dari segala segi dan laknatkan mereka dengan apa cara yang perlu demi Agama Islam dan keamananya.
ABUJAH