AWAS
PENYIMPAN TABUNG HAJI !!!
SIAPAKAH
SEBENARNYA DIBELAKANG TABIR TABUNG HAJI ??
Tidak
semena2nya kita sekali lagi telah dikejutkan oleh satu berita gempar dari TH
tetapi pd. kali ini tidak melibatkan penggunaan wang tabungan bg tujuan
“bailout” syarikat2 yg mengalami masalah sebagaimana yg sering diperkatakan
sebelum ini,
Kali ini kita
dikejutkan dgn. pengeluaran wang dari akaun persendirian diTabung Haji yg
berjumlah melebihi 9 juta yg diakwa telah
dilakukan dgn kerjasama orang dalaman TH sendiri. Ianya dikatakan telah
dikeluarkan secara berulang2 kali oleh orang yg menggunakan dokumen pengenalan
diri palsu…dengan munculnya .berita ini sekali gus telah
melenyapkan, satu peristiwa yg.
sangat penting bagi menjahanamkan TH yg sebelum ini mungkin ramai dari kita
tidak mengetahuinya iaitu yg melibatkan penggunaan wang
tabungan umat Islam diTH bagi pelaburan dalam firma ERL Sdn. Bhd. yg melibat pelaburan
yg tidak sedikit I - 1.4 Bilion,
ada pihak2 yg tidak tahu menahu perkara yg sebenar telah
meletakan kesalahan membuat keputusan melabur dalam ERL Sdn Bhd ini sepenuhnya keatas bahu
pihak JK Pelaburan & Ahli Lembaga pengarah TH tanpa mengetahui hakikat
sebenarnya…..daripada siapakah timbulnya idea pembinaan projek LRT Star &
Putera, Komuter yg telah pun diselamatkan oleh kerajaan akibat kerugian besar
dan seterusnya projek ERL tersebut yg sehingga skrg belum siap2 lagi !...malah
akan mengalami nasib yg sama sebagimana STAR/PUTERA yg akan ditanggung TH &
Pelabur
Masakan tidak
ada dalang dibelakang tabir…yg meletakan wakilnya dlm TH untuk mendapatkan
sumber kewangan bagi menyiapkan projek berkenaan…sudah tentu ada org. tertentu
yg dilantik secara politik kotor
semata2 untuk melaksanakan keputusan pelaburan dalam projek tersebut dan
setelah itu dia di tarik balik setelah misinya berjaya diTH …maka terlepaslah
ia…siapakah si dia tersebut ?
Apakah dia yg
sebenarnya yg cuba disembunyi & ditutupkan ?
Mengikut laporan akhbar Business Times
22 Julai 2000, ERL Sdn Bhd sedang menyempurnakan projek express link (ERL) yang bernilai RM2.4
bilion.
Latar Belakang Projek ERL
Dua pemegang saham ERL Sdn Bhd adalah TH
Technologies Sdn Bhd dan YTL. TH Technologies Sdn Bhd menguasai 60% pemilikan
dalam ERL Sdn Bhd, manakala YTL, 40%. Oleh kerana TH Technologies dikuasai oleh
Tabung Haji, ini bermakna pelaburan yang dibuat oleh TH Technologies samalah
pelaburan yang dibuat oleh Tabung Haji sendiri.
Dengan nisbah ekuti 60:40, dapatlah kita
menjangkakan kira RM1.4 bilion akan dilaburkan oleh Tabung Haji dalam projek ini
melalui anaknya itu.
Dilaporkan kira-kira 35% daripada projek
telah disiapkan. Projek ini adalah baik kerana ia menyediakan kemudahan
perjalanan cepat di antara Kuala
Lumpur,
khususnya daripada KL Sentral dengan lapangan terbang KLIA. Tahniah kepada
Kerajaan kerana melaksanakan tindakan bijak dalam menyediakan pilihan kemudahan
perjalanan yang efisyen negara.
Projek ERL seperti juga projek LRT dan Putra
adalah projek infrastruktur, atau projek kemudahan asas. Projek infrastruktur
adalah penting dalam menggerakkan ekonomi negara, dan selalunya ia menjadi
tanggungjawab Kerajaan menyediakannya. Ini kerana projek infrastruktur
melibatkan kos yang tinggi, dan demi kepentingan negara dan rakyat, asas untung
rugi tidaklah penting sangat. Lagi pun, ia dibiayai oleh pendapatan negara,
terutamanya cukai pendapatan. Kalau tak cukup pendapatan, pinjaman boleh dibuat.
Sebab itu jarang sangat sektor swasta melibatkan diri dalam pembinaan projek
infrastruktur.
Analisis dan Isu
Projek ERL yang disertai oleh Tabung Haji
bukanlah projek komersil. Dengan lain perkataan, ia tidak akan memberi keuntungan kewangan dalam
jangkamasa terdekat ini. Kalau ia benar-benar menguntungkan tentulah Tabung Haji
tidak berpeluang menjadi pemegang saham terbesar ERL Sdn Bhd.
Difahamkan projek LRT dan Putra yang sedang
beroperasi di Lembah Kelang mendatangkan kerugian kepada syarikat yang
mengusahakannya. Antara sebabnya ialah bilangan pelanggan yang menaiki LRT dan
Putra tidaklah sehebat yang diramalkan oleh mereka. Kesan kerugian dan beban
hutang pengusaha LRT dan Putra ura-ura Kerajaan akan mengambil alih projek LRT
dan Putra. Orang Kedah kata “pi mai pi mai tang tu juga”. Ini membuktikan
Kerajaan sahaja yang layak membina projek infrastruktur. Contoh yang lain adalah
kes Indah Water di mana syarikat swasta tak boleh buat dan akhirnya Kerajaan
ambil balik peranan Indah Water dalam hal pengurusan pembentungan.
Giliran Tabung Haji
Penglibatan Tabung Haji dgn arahan orang
politik belakang tabir TH dalam projek ERL adalah dipersoalkan dari segi
kerasionalan untung-ruginya.
Dengan berpandukan kepada contoh LRT dan
Putra, saya berpendapat sekurang-kurangnya 5 tahun lagi, tak mungkin Tabung Haji
akan menerima sebarang dividen daripada pelaburan anak syarikatnya
itu.
Kalau Tabung Haji membuat pelaburan
mudharabah dengan Bank Islam atau simpanan tetap dengan bank lain pun dah tentu
untung. Dengan kadar keuntungan semasa lebih kurang 4% setahun, pulangan RM1.4
bilion dalam setahun adalah RM56 juta. Jika 5 tahun dah jadi RM280
juta.
Apakah Yang sebenarnya yg berlaku di TH
??
Dakwaan sesetengah pihak bahawa hanya Pihak
Lembaga Pengarah & JK pelaburan saja yg bersalah dalam urusan menetukan keputusan pelaburan dalam ERL Sdn. Bhd
adalah salah samasekali, tidak mungkin pihak JK & Lembaga Pengarah tidak
mengetahui permaslahan yg telah berlaku kepada pelaburan yg telah dibuat keatas
LRT Star & Putera serta KOMUTER yg terpaksa diselamatkan setelah mengalami
kerugian ( lihat Utusan Malaysia
2/9/2001)…tidak mungkin sama sekali TH hendak mengulang kesilapan yg sama dgn. membawa bersama2 para pelabur
kelembah kerugian .memang terlalu bebal untuk diletakan semua kesalahan keatas
AJK Pelaburan & Ahli Lembaga Pengarah TH…kalau tidak dipengaruhi oleh orang
tertentu yg berada dldm TH sendiri yg bertindak diatas arahan orang dari luar TH
yg lebih berkuasa keatas segala2nya…….orang tersebut tidak lain dan tidak bukan
adalah pelupur kpd idea pakej projek kemudahan rangkaian pengangkutan bersepadu
LRT/KOMUTER/ERL….Anda semua kenal orang ini…siapakah Dia ???!! anda jangan
hairan kalau TH akan lingkup dikerjakan oleh orang ini …kerana kuasanya seolah2
tidak terbatas lagi, pengaruhnya merata2 dimana saja ada !....Andai kata TH
lingkup orang yg pertama yg mesti dipertanggungjawabkan adalah ORANG INI ! bukan
JK Pelaburan & Ahli Lembaga Pengarah TH sahaja !! kerana segala2nya
disebabkan pengaruhnya yg. dibelakang tabir TH yg semua orang tidak nampak …Dia
ialah tidak lain & tidak bukan adalah Hamid & Mahathir ..anda boleh
nafikan semahu mahunya….tapi
akhirnya terbongkar juga dgn kehendak Allah !!!
Lampiran Akhbar
UTUSAN ONLINE 2 SEPT
2001
Kerajaan kuasai 80% PUTRA, STAR
KUALA LUMPUR 31 Ogos - Kerajaan melalui Menteri
Kewangan Diperbadankan (MoF) akan menguasai 80 peratus kepentingan dalam dua
buah syarikat pengendali sistem pengangkutan kereta api ringan (LRT) di
Kuala Lumpur, PUTRA dan STAR, yang
kesemuanya menghadapi masalah hutang pinjaman RM5.32 bilion.
Bloomberg dalam laporan berita yang memetik
dokumen yang diperolehnya itu di sini hari ini berkata, baki 20 peratus
kepentingan itu akan dipegang oleh Renong Bhd., Taylor Woodrow Plc, dana pencen
dan pemegang-pemegang saham lain.
Menurut rancangan terkandung dalam dokumen
setebal 14 muka surat dan bertarikh 29 Ogos, pembelian itu dibuat melalui
Syarikat Prasarana Negara Bhd. (SPN) yang mana 80 peratus kepentingannya
dimiliki MoF Inc.
Katanya, kerajaan akan mengubah hutang pinjaman
itu kepada bon yang dikatakan lebih murah berbanding rancangan awal kerana
jaminan bon yang akan membayar pemiutang pada kadar kupon yang lebih rendah.
Kata dokumen itu, SPN akan membayar pinjaman
daripada pemiutang dengan menerbitkan bon kepada mereka dalam empat peringkat
dengan masa matang antara lima
hingga 15 tahun, pada kadar kupon antara 4.00 hingga 5,40 peratus.
Menurut dokumen, kadar tersebut adalah lebih
rendah daripada sebelum ini iaitu 5.8 peratus dan 7.2 peratus kerana kerajaan
akan menjamin bon tersebut.
``Pemiutang dijangka mencapai kata putus mengenai
rancangan itu pada minggu kedua September ini.
``Bon itu akan diterbitkan pada penghujung tahun
ini.
``Pemiutang tidak akan diminta untuk menanggung
sebarang kerugian pada jumlah prinsipal walaupun mereka akan diminta untuk
mengenepikan sebarang penalti faedah,'' kata dokumen itu.
Pembelian itu sekiranya dilaksanakan merupakan
pembelian yang terbesar dalam dunia korporat tempatan.
Jawatankuasa Penyusunan Semula Hutang Korporat
(CDRC) telah mengemukakan rancangan yang dikaji semula untuk syarikat-syarikat
kereta api itu pada Rabu lalu kepada pemberi pinjaman termasuk Bayerische
Landesbank, RHB Bank Bhd., PhileoAllied Bank Bhd. dan Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja (KWSP).
Datuk Azman Yahya, bagaimanapun gagal dihubungi
untuk mendapat penjelasan lanjut.
Tiga bulan lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Dr.
Mahathir Mohamad menangguhkan penjualan bon bernilai RM5.5 bilion, pertama
diumumkan pada Disember, untuk membiayai pengambil alihan sistem kereta api
kerana ia terlalu mahal.
Pada 1999, salah sebuah daripada dua kumpulan
yang mengendalikan LRT tanpa pemandu dalam dunia memungkiri pembayaran hutang
selepas bilangan penumpang berkurangan.
Pada 1999, Renong yang memiliki Projek Usaha Sama
Transit Automatik Sdn. (PUTRA), mungkir terhadap bayaran faedah pinjaman
sebanyak RM44.6 juta terhadap pinjaman RM2 bilion apabila perolehannya tidak
mencukupi untuk menampung kos.
Sebuah lagi syarikat ialah Sistem Transit Aliran
Ringan Sdn. Bhd. (STAR), yang dimiliki oleh KWSP, Taylor Woodrow Plc. dan
perbadanan-perbadanan lain yang diuruskan oleh kerajaan.