From: "has hanim" <*******@hotmail.com>
To: alimuda@hotmail.com
Subject: Cinta teruna dara
Date: Thu, 30 Aug 2001 12:23:42 +0800
Assalamualaikum ustaz..
Saya ada terbaca mengenai artikel seperti yg bertajuk diatas di dlm
website. Saya amat tertarik dengan persoalan yang dikemukan oleh
audari
herma wati kerana saya dapat merasakan saya berada di dalam situasi yg
sama.. walaupun saya mungkin tidak sebaik saudari herma wati.
Cuma apa yg saya ingin soalkan disini adalah apakah pendapat ustaz
mengenai
'nikah gantung' walaupun sebenarnya tiada istilah tersebut di dalam
islam
jika saya tidak tersilap.
Untuk pengetahuan ustaz, kami memang merancang untuk berkahwin tetapi
keadaan tidak mengizinkan kami untuk berbuat demikian memandangkan
kewangan
beliau masih tidak mencukupi. Pernah terdetik di hati saya utk berbuat
demikian untuk mengelakkan maksiat kerana semakin hari kami semakin
rapat.
Bukan saya tidak terfikir mengenai dosa.. walaupun kami tidak bermesra
dari
segi fizikal secara berlebih-lebihan tetapi kami selalu berhubung
melalui
telefon. Ini menyebabkan kami tidak dapat mengelak dari membuat
maksiat
hati.
Saya harap ustaz dapat memberi pandangan mengenai hal ini ataupun
memberi
penyelesaian yg lebih baik drpnya. Untuk tidak berhubung dengannya
adalah
sesuatu yg payah untuk dilakukan, baik bagi diri saya mahupun diri
dia.
Cuma apa yg mampu kami lakukan adalah berdoa agar dipermudahkan jodoh
kami.
Halangan terbesar bagi kami adalah masa memandangkan lambat lagi untuk
kami
berkahwin dan bimbang jika berlaku sesuatu yg tidak elok dalam tempoh
tersebut.
Diharap ustaz dapat membantu. Terima kasih.
Wassalam.
Wa`alaikumussalam warahmatuLlah.
....................................................................
Terima kasih atas kepercayaan sdri utk saya cadangkan penyelesaian
masalah
sdri, w/pun mungkin saya bukanlah org yg terbaik utk tujuan itu. Semoga
Allah s.w.t. menunjukkan utk sdri dan pasangan sdri jalan taufik dan
hidayat-Nya.
Sebelum saya mencadangkan penyelesaian utk sdri, sukalah saya
'khutbah'kan
sedikit mengenai hubungan lelaki wanita dlm Islam.
Tiada siapa yg menjadikan manusia ini lelaki dan wanita melainkan Allah
s.w.t. Juga tiada siapa yg menjadikan lelaki terlalu minat terhadap
wanita
dan sebaliknya, melainkan Dia s.w.t. Dialah Allah s.w.t. yg menjadikan
pandangan dan perasaan lelaki terhadap wanita tidak spt pandangan dan
perasaannya terhadap dinding, tiang dan seumpamanya. Kalaulah perasaan
lelaki wanita itu hanya seumpama bila kita melihat dinding atau tiang,
bukankah mudah utk kita kawal diri kita drp fitnah hubungan lelaki
wanita
ini? Maksudnya, Allah s.w.t. jugalah yg menjadikan lelaki terlalu
tertarik
dgn wanita dan wanita suka memikat lelaki. (Lihat al-Quran, al-Ruum 30:
21,
Ali `Imran 3:14)
Ya, Allah s.w.t. menjadikan pandangan dan perasaan khusus antara lelaki
wanita dgn hikmat yg terlalu besar. Kalaulah tujuan ciptaan jin dan
manusia
itu ialah utk tujuan pengabdian diri kpd Allah s.w.t. dgn melakukan
suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya (al-Dzariyaat 51:56), dgn
segala
kemudahan percuma di bumi dan di langit (al-Hajj 22:65, Luqman 31:20,
al-Jaathiyah 45:13) utk manusia hidup sebg khalifah yg mengetuai alam
dan
boleh memperguna segala makhluk di dunia ini (al-Baqarah 2:30), maka
tujuan
manusia dijadikan lelaki wanita dgn tarikan yg amat kuat antara satu
sama
lain, BUKANlah utk mereka berseronok sesuka hati sehingga melupakan
tujuan
asal Tuhan mereka mengadakan mereka yg sebelumnya tiada.
Siapa yg memberikannya nyawa dan organ pernafasan utk hidup, siapa yg
memberikan akal yg menyebabkan dia terselamat drp penyakit gila atau
sewel,
siapa yg memberikannya penglihatan yg menyebabkan dia tidak buta, siapa
yg
memberikannya pendengaran yg menyebabkan dia tidak pekak, siapa yg
mengeluarkannya drp perut ibu dgn selamat dan sempurna fizikal dan
mental
kalau tidak ALLAH S.W.T.? (Lihat Surah al-Tiin 95:4). Sedangkan ramai
manusia lain yg dijadikan terencat berakal, buta, pekak, tempang
dsbnya.
Adakah org2 yg terencat akal, buta, pekak, bisu, tempang dsbnya itu
mampu
dibaikpulih dan diganti akal, penglihatan, pendengaran, daya percakapan
dan
kesempurnaan fizikal oleh org yg paling menyayangi mereka, iaitu ibu
bapa
mereka? Adakah ibu bapa mereka boleh membeli spare parts nikmat2 Allah
s.w.t. di mana-mana utk menggantikan kecacatan anak2 mereka itu?
Jawabnya
TIDAK, kerana semuanya itu adalah pemberian istimewa Allah s.w.t. tanpa
sebarang pilihan lain.
Jadi Allah s.w.t. menjadikan lelaki dan wanita serta tarikan yg amat
kuat
antara keduanya ialah supaya mereka boleh hidup rukun damai secara
kekal
sebg suami isteri yg sah utk melahirkan zuriat yg meneruskan generasi
manusia yg mengabdikan diri kpd Allah s.w.t. Sekiranya manusia lelaki
wanita
itu tiada perasaan minat dan tertarik antara satu sama lain, maka
spesis
manusia akan pupus dan tamatlah dunia. Tetapi minat yg kuat antara satu
sama
lain itu BUKAN utk tujuan berseronok sesuka hati tanpa ikatan
perkahwinan yg
sah yg disyaratkan oleh Allah s.w.t..
Supaya hubungan manusia lelaki wanita tidak menyeleweng dan menurunkan
taraf
mereka spt binatang yg tidak mempunyai peraturan dlm perhubungan jantan
betina atau lebih hina drp binatang (lihat al-Tiin 95:5), maka Allah
s.w.t.
telah menurunkan makhluk manusia ke bumi dgn satu pakej undang2 dan
peraturan yg wajib dipatuhi. Siapa patuh dia dapat pahala dan layak ke
syurga dan siapa ingkar dia berdosa dan layak masuk neraka. Itu saja
pesannya, dan itulah kebenaran drp Allah s.w.t., siapa yg hendak, dia
boleh
percaya (iman), dan siapa yg hendak, dia boleh tak percaya (kufur)
-(lihat
Surah al-Kahfi 18:29). Apa yg pasti, antara manusia yg percaya dan tak
percaya itu, tiada apa2 perbezaan dari segi akan dikembalikan kpd Allah
s.w.t. Yg percaya akan mati dan yg tak percaya pun akan mati juga
(lihat Ali
`Imran 3:55, al-Maidah 5:48, al-An`am 6:60, 164, Yunus 10:4, 23, dan
banyak
lagi).
Seperti yg selalu saya pesan kpd para remaja dan anak2 murid saya,
tidak
salah utk kita meminati dan menyukai mana2 lelaki dan wanita kerana
perasaan
itu adalah anugerah Allah s.w.t. Manusia mempunyai minat dan cita rasa
yg
berbeza, s/ada terhadap sesama manusia, atau pakaian, atau kenderaan
dan
sebagainya. Tetapi minat dan cita rasa tidak menghalalkan kita
memilikinya
melalui cara yg menyalahi undang2 dan peraturan. Atas dasar minat dan
suka,
kita tak harus merampas, mencuri, menipu milik org lain utk memenuhi
minat
dan cita rasa kita. Bila kita menuruti minat dan cita rasa itu sehingga
melanggar peraturan, maka kita sendiri telah menempah masalah.
Begitu juga, tidak salah utk sdri meminati atau menyintai pasangan
lelaki
sdri itu, dan juga sebaliknya, dia terhadap sdri. Tetapi minat dan
cinta itu
tidak harus ditunaikan menurut perasaan sehingga melanggar peraturan,
apatah
lagi peraturan Allah s.w.t. tuhan yg mengadakan sdri yg asalnya tidak
wujud
di dunia ini. Sepatutnya kalau sdri sudah tahu keadaan belum
mengizinkan utk
sdri dan pasangan sdri itu berumah tangga secara halal, mengapa sdri
(dan
juga dia) melanjurkan diri utk bercinta secara serius? Tak mungkin sdri
dan
dia tiba2 saja berfantasi di alam percintaan, tanpa pertemuan demi
pertemuan
dan perbualan demi perbualan sebelum ini. Sdri dan dia tidak akan
berada dlm
masalah spt sekarang ini jika perasaan minat dan suka terhadap dia dan
sebaliknya itu dihentikan setakat itu sahaja serta tidak melangkah
lebih drp
itu. Tapi nampaknya sdri dan dia telah melangkah banyak tapak melepasi
sempadan yg patut (ini tidak saya kata salah jika sdri dan dia telah
mampu
berkahwin sejak mula cinta sdri berputik).
Tapi 'khutbah' ini tidak akan menolak sdri dan dia ke belakang semula
utk
berada di titik asal sebelum percintaan serius spt sekarang. Tujuan
saya
khutbahkan ini ialah utk pengajaran kpd org2 lain, khususnya para
remaja dan
muda mudi Islam yg belum melepasi usia belajar yg asas. Ini saya
tujukan kpd
mereka yg rata2 menjadi peminat filem2 cinta Hollywood, filem2 cinta
murahan
lakonan artis2 Melayu dan perkembangan artis2 yg hangat berpasangan dan
bertukar-tukar pasangan, lalu cuba sedaya upaya utk mempraktikkan pd
diri2
mereka. Sdri dan dia adalah sepasang mangsa suasana yg mengasyikkan,
w/pun
sdri dan dia tahu kemampuan belum ada.
'Khutbah' selesai……
Sdri menyatakan sebab yg menghalang sdri dan dia berkahwin sekarang ia
kerana faktor kewangan dia yg tidak mencukupi. Sdri juga menyatakan
masa
sebg 'halangan terbesar'. Mungkin ini bermaksud bahawa masa utk dia
mengumpul duit utk perkahwinan itu agak lama dan tidak boleh bersabar
lagi.
Lalu sdri bertanyakan pandangan saya terhadap cadangan 'nikah gantung'.
Spt
yg sdri faham, sebenarnya tiada istilah nikah gantung dlm Islam. Kalau
sudah
nikah dgn syarat dan rukunnya yg cukup, maka ia adalah nikah secara
Islam yg
sah. Cuma saya faham maksud sdri dgn istilah 'nikah gantung' ialah
suatu
perkahwinan yg tidak diserikan dgn majlis kenduri-kendara dan belanja
hantaran yg besar spt yg selalu dibuat oleh org ramai.
Kalau itulah maksudnya, maka 'nikah gantung' itu harus dilakukan kerana
kenduri dan hantaran yg besar itu bukan rukun dan bukan syarat nikah.
Kenduri sebg walimah utk menjemput sanak saudara dan kenalan utk
meraikan
pasangan mempelai hanya sunat sahaja. Kenduri secara kecil-kecilan pun
memadai. Manakala hantaran adalah hadiah pihak lelaki kpd wanita.
Hadiah
ialah pemberian ikhlas, tidak wajib. Tetapi masyarakat kita hari ini
seolah-olah mewajibkan hantaran ini dan menjadikannya sebg kebanggaan.
Bila
kebanggaan dijadikan matlamat, maka ia bukan lagi ibadat, sebaliknya
maksiat
yg membawa dosa kerana bermegah-megah, riak serta sum`ah (harapan
supaya org
lain dengar dan memuji).
W/pun ia dikatakan harus, sebaik-baiknya berbincanglah dgn ibu bapa dan
keluarga kedua-dua pihak supaya tidak timbul masalah di kemudian hari.
Ingat, perkahwinan bukan sekadar berkawan, tetapi hubungan keramat yg
menyatukan dua jasad dan dua jiwa. Jika ini tidak dapat disatukan, maka
kehancuranlah akhirnya. Kalau dipersetujui dan semua pihak menyambut
baik,
maka teruskanlah hasrat sdri itu.
Tetapi jika yg dimaksudkan dgn 'nikah gantung' ialah nikah utk
memuaskan
nafsu seks semata-mata tanpa membebankan suami dgn sebarang tanggung
jawab
nafkah zahir (kerana mungkin belum ada sebarang pendapatan), maka ia
tidak
harus. Ini kerana perkahwinan adalah hak dan tanggung jawab antara
suami
isteri zahir dan batin. Jika sdri merelakannya juga, sdri menceburkan
diri
ke lembah berisiko.
Melainkan jika pasangan sdri itu mempunyai prospek masa depan dan dlm
masa
sekarang telah memiliki kemampuan utk memberi nafkah asas utk sdri. Yg
dia
tidak mampu cuma belanja kenduri dan hantaran yg beribu-ribu itu saja.
Jika
ini keadaannya, iaitu pasangan sdri itu telah mampu memberi nafkah asas
sementara dia memperolehi pekerjaan tetap nanti, maka perbuatan
menangguh
perkahwinan kerana menuggu perbelanjaan besar boleh membawa dosa yg
lebih
banyak. Bukankah Allah s.w.t. memerintahkan para wali dan pihak
berkuasa
supaya mengikhtiarkan supaya org2 bujang dikahwinkan jika perkahwinan
itu
memberi kebaikan kpd mereka dan Allah s.w.t. menjanjikan kesenangan dan
limpah kurnia drp.-Nya jika kebetulan org bujang itu masih fakir (Surah
al-Nuur 24:32).
Jadi kesimpulannya, sesuatu perkahwinan yg cukup syarat dan rukunnya
w/pun
dinamakan 'nikah gantung' kerana tidak dikendurikan dgn majlis besar2an
dan
seolah-olah tiada 'rumah tangga' perkahwinan, hukumnya harus dan boleh
dilaksanakan. Hubungan suami isteri 'nikah gantung' ini adalah spt
suami
isteri perkahwinan yg biasa yg boleh menjalankan hak dan
tanggungjawabnya.
Tetapi jika yg dimaksudkan dgn 'nikah gantung' itu ialah perkahwinan
'rahsia' yg diakadkan antara sesama kawan (spt al-zawaj al-`urfi di
negara2
Timur Tengah), maka kesahihannya boleh dipertikaikan dan pihak berkuasa
agama boleh mengambil tindakan w/pun pasangan itu tidak boleh dituduh
berzina.
Cara yg lebih baik, tak perlu 'nikah gantung', berkahwinlah secara
biasa
w/pun dgn majlis yg serba ringkas. Dan tak perlu takut kedatangan 'org
baru'
dlm kandungan kerana setiap yg bernyawa telah ditetapkan rezekinya oleh
Allah s.w.t. Rezeki tetap ada, cuma mungkin tidak kaya atau mewah
sahaja.
Semoga Allah s.w.t. memberi taufik utk sdri dan pasangan serta pemuda
pemudi
Islam ke jalan selamat dunia dan akhirat. Sekian wassalamu `alaikum
warahmatuLlah.