Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Bebas, sumbang dan ganas

Assalamualaikum,

Salam sejahtera semua,sudah dari awal lagi Awedonde dan teman-teman ramalkan keputusan pilihanraya di bumi Kenyalang jika batang pisang yang menjadi calun pun boleh menang pembangkang usah mimpi di siang hari kecuali pertolongan Allah s.w.t. sahaja.

Sebelum Awedonde meneruskan tulisan ini suka Awedonde membuat sedikit komen "kelesuan" laman-laman "fitnah" pembangkang ini sejak minggu-minggu terakhir di bulan reformasi.Mungkin kesibukan tidak dapat dielakkan oleh WM kerana pilihanraya Sarawak.Sudahlah kita tiada saluran untuk menjawab isu-isu yang terkini dilemparkan oleh pihak Amno khususnya.Untuk itu Awedonde mengucapkan tahniah untuk rakyat Sarawak yang cukup matang pilihan anda tidak seperti rakyat Kelantan dan Terengganu yang begitu "bodoh" memilih BA untuk menggantikan kerajaan yang sedia ada.

Apa yang Aweodne ingin sampaikan di sini ketika statment yang dibuat oleh KM Sarawak dengan angkuh sekali beliau mengatakan rakyat S'wak cukup matang memilih kerajaan menolak politik keganasan (semua Tv tolong replay semula) dan sumbang.

Waduh cukup sengsara telinga ini mendengarnya.Wartawan tV3 suku cukup menghina rakyat Kelantan dengan menyifatkan negeri termiskin manakala Terengganu negeri yang meminta-minta.Betapa dangkal alasan yang diberi.Jika S'wak itu sebuah negeri yang kaya raya Awedonde ingin bertanya berapa ramai rakyat S'wak berhijrah ke Kuala Lumpur hanya bekerja menjadi pengawal keselamatan?Kepada wartawan tv3 suku itu tolong membuat reseach ke pos-pos pengawal sekitar bandaraya KL.Jika negerinya kaya kenapa mereka harus datang ke KL semata-mata berjawatan tersebut.Peluang mesti terbentang luas di S'wak.Awedonde nasihatkan anda perlu lebih merayau sekitar KL sebelum membuat apa-apa liputan.

Kelantan mungkin miskin tetapi rakyat di bawah pimpinan bukan kaki rasuah lebih aman hidupnya.Miskin kerana membayar hutang-piutang tinggalan kerajaan pimpinan anda.Terengganu meinta-minta kerana haknya.Alasan anda cukup dangkal sekali.

KM pula menyifatkan KeAdilan memperjuangkan seorang manusia yang telah diadili secara adil oleh mahkamah M'sia.Kalau seekor lembu boleh memahami ia akan ketawa besar.Bercakap mengikut hawa nafsu.Di sini Awedonde ingin bertanya apa makna ngap sayot yang pernah terpapar di ruang laman reformasi.Buat teman semua sila layari kembali.Jika tiada angin laut China Selatan pokok tidak akan bergoyang hatta seekor monyet pun yang mengoncang pokok tersebut.Sekian.

Awedonde(donde tetap donde sokong BN jauh sekali)
--






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 26 September 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com