Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


UMNO 'Serang' UM

UMNO 'Serang' UM - lepeh ni gi tunggu depan dewan budak sekolah nak ambik SPM ngan SRP lak eh...

Kepada Ketua Pengarang,

Mahasiswa Kesal Risalah kempen Pemuda UMNO dan Puteri UMNO diedar di luar dewan peperiksaan Universiti Malaya.

Pada 24 September 2001 saya selaku salah seorang pelajar Universiti Malaya telah pergi ke dewan peperiksaan, Seksyen Peperiksaan Universiti Malaya. Saya amat terkejut dan kesal kerana beberapa orang pelajar Universiti Malaya sedang mengedarkan satu bentuk risalah khas sempena peperiksaan yang dikeluarkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO dan Puteri UMNO. Di dalam risalah yang bewarna pink tersebut tertulis “Selamat Menghadapi peperiksaan, semoga berjaya ikhlas daripada Pergerakan Pemuda UMNO dan Puteri UMNO dengan kerjasama Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Malaya”. Saya telah bertanya kepada pelajar berkenaan kenapa mereka mengedarkan risalah berbaur politik kepartian di dalam kampus. Mereka menjawab bahawa mereka menerima upah daripada salah seorang Exco Puteri UMNO untuk berbuat demikian.

Saya amat terkejut dan kesal dengan tersebarnya risalah UMNO yang sedang berkempen di Universiti Malaya. Saya juga selaku mahasiswa juga amat kesal dan kecewa kerana pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) terlibat secara langsung di dalam menyebarkan dakyah dan sentimen parti politik di dalam kampus.

Tindakan Pemuda UMNO dan Puteri UMNO serta HEP sangat bertentangan dengan AUKU. Di dalam AUKU jelas melarang para pelajar mahupun pensyarah terbabit dengan parti politik secara langsung. Risalah yang mencabul kesucian pemikiran mahasiswa ini boleh menyebabkan sentimen permusuhan dan perbalahan politik di dalam kampus yang boleh memecahbelahkan mahasiswa.

Menjadi satu kesalahan yang amat besar jika pihak HEP sendiri yang menjadi dalang terhadap penyebaran risalah kempen ini. Oleh yang demikian saya mendesak pihak Pentadbiran Universiti Malaya supaya segera menyiasat dalang penyebaran risalah ini dan tindakan harus diambil segera supaya ia tidak mengundang bencana perpecahan di kalangan mahasiswa dan menanam sentimen benci membenci dan permusuhan.

Daripada :

Mahasiswa penegak kebenaran
Universiti Malaya






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 29 September 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com