Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


.... Kesatuan Guru Dan Guru Harus Bersatu

Nasib kaum guru telah lama diperkatakan sejak lama dahulu. Ini adalah kerana semakin maju sesebuah negara dan betapa majunya pula sistem pendidikan dalam sesebuah negara tersebut, bergantung kepada taraf peningkatan pendidikan dalam sesebuah negara. Malaysia negara yang dikatakan maju dalam sistem pendidikannya dikatakan masih gagal dalam beberapa isu yang berkaitan dengan isu disiplin murid, sistem pendidikan, nasib kaum guru meliputi skim gaji, kenaikan pangkat, kemudahan baik dari segi infrastuktur dalaman dan luaran meliputi kemudahan rumah serta kemudahan yang masih wujud disekolah, juga dasar-dasar kerja seperti bidang perkeranian. Suasana di sekolah biasanya statik. Tidak banyak perubahan dan keselesaan walaupun masih wujud di sesetengah sekolah. Kemudahan antara beberapa buah sekolah dalam kawasan bandar dan adanya diskrimanasi antara sekolah masih wujud. Misalnya sekolah Convent (sebagai contoh jelas) kebanyakkannya masih mengekakalkan pengambilan dari kalangan keluarga berada, dan biasanya keluarga ini pula mampu dalam kegiatan PIBG. Kementerian pula dengan kesatuan PIBG yang kuat dan berpengaruh akan mengambil sekolah ini sebagai model dalam perancangannya. Bagaimana pula dengan sekolah yang masih menumpang dan juga persekitaran kaum peneroka bandar. Sekolah ini sepatutnya diberikan bimbingan dan bantuan yang terbaik. Guru-guru mestilah mencukupi dan dengan kemudahan pengkomputeran, serta kemudahan-kemudahan lain. Biasanya sekolah begini dibiarkan. Kebanyakkan sekolah bekas-penjajah lebih maju daripada sekolah kebangsaan sendiri.

Guru berada dalam suasana yang cukup tertekan. Baik daripada segi pekerjaan berhadapan dengan masyarakat dan juga dengan sistem pendidikan itu sendiri. Ramai yang kecewa dengan kemudahan yang disediakan di sekolah. Sistem dan kemudahan komputer amat terhad. Selain dari itu, suasana yang diwujudkan tidak membenarkan seseorang guru menggunakan komputer dengan bebas baik untuk tujuan menyediakan soalan dan juga tujuan menggunakan internet dengan bebas. Kebanyakkan guru merasakan mereka lebih senang untuk melakukannya dengan komputer peribadi. Ada antara kalangan orang atasan menggunakan kemudahan sekolah dan akhirnya menjadi hak peribadi kerana atas dasar ketua jabatan. Kemudahan scanner juga tidak ada di kebanyakkan sekolah. Latihan yang diberikan kepada guru-guru masih gagal menjelaskan kedudukan seorang guru komputer di sekolah. Adalah lebih baik dengan adanya makmal komputer di sekolah dengan gabungan dan kuasa yang jelas ke atas beberapa orang guru. Kemudahan komputer harus wujud di bilik guru untuk kemudahan guru-guru menggunakannya kerana komputer yang digunakan oleh pelajar tidak bercampur-aduk bersama komputer yang digunakan oleh guru-guru.

Pekerjaan guru yang berhadapan dengan masyarakat membuatkan guru-guru merasakan mereka diperhatikan. Ini menambahkan lagi tekanan dengan pemerhatian dari Guru besar dan juga kehendak kementerian dan Pegawai- pegawai pendidikan Negeri(JPN) dan Daerah(PPD). Suasana begini biasanya kurang menyenangkan. Malahan telah wujud satu dua kes di mana ibu bapa menyaman guru-guru apabila anak-anak mereka tidak pandai membaca. Bagi guru pula tekanan ini wujud antara mahu memulihkan suasan disiplin dan kemahuan untuk melihat anak didik berjaya. Justeru itu, adakalanya guru kecewa apabila dengan mengambil tindakan menghukum murid dengan merotan atau mencubit akan di saman oleh ibu bapa.

Saya masih ingat di waktu sekolah dahulu, di mana guru mengetuk kepala dengan kunci motosikalnya. Namun saya tidak berani mengadu kepada ibu bapa kerana takut dipukul. Guru suatu ketika dahulu adalah sama dengan guru yang wujud pada hari ini. Semua tatacara mengajar dan had-had tertentu dalam menggunakan budi bicara menghukum murid di ajar, dan sehingga ke hari ini belum ada kes guru membunuh anak murid untuk mengajar supaya pandai.

Bagi ibu bapa pula, ada sesetengahnya langsung tidak peduli dengan anak-anak kerana mengejar kebendaan. Sekolah dianggap sebagai satu tempat taman asuhan yang cukup selesa sementara ibu bapa pula dengan senang hati menjalankan tugasnya. Malah ada sesetengah murid yang terbiar kesekolah baik dari segi makan dan pakainya. Justeru, golongan inilah yang paling berpotensi mewujudkan suasana tidak cukup moral di sekolah. Suasana begini saling bersangkutan antara murid guru dan ibu bapa. Bila diadakan mesyuarat, ibu bapa golongan seperti inilah yang gagal untuk menghadirinya. Ianya akan berterusan hingga ke sekolah menengah dan suasana ini menjadi rutin harian bagi seseorang guru yang berada di sesebuah sekolah. Tekanan ini membahayakan mental seseorang guru.

Kerja guru begitu kompleks. Selain mengajar, guru juga perlu menyediakan soalan peperiksaan dari masa ke semasa dan dinilai prestasinya. Guru juga perlu mengisi buku kedatangan, buku disiplin dan ringkasan mengajar pada setiap hari dan setiap hari. Malahan ada beberapa borang lagi yang perlu diisi oleh guru-guru semata-mata untuk mempertahankan segala tindakannya terhadap murid di bawah jagaannya, selain borang kesihatan dan rekod kemajuan murid, juga kelab dan persatuan di sekolah-sekolah, tidak termasuk jadual pengunaan perpustakaan yang juga harus ditangung oleh seseorang guru, juga ketua panitia.

Semua ini dibebankan ke atas kepala guru. Kementerian sejak dahulu masih gagal untuk menetapkan guru yang bergiat dalam sukan, kaunseling, dan kuasa ini tidak diperturunkan dengan sejelas-jelasnya. Apa yang ada ialah guru Kanan Ko Kurikulum yang hanya bertindak meletakkan guru-guru itu dan ini mewakili persatuan dan sukan. Akhirnya guru-guru yang perlu melaksanakan ini semua. Sepatutnya guru sukan perlu wujud sepenuh masa di sekolah. Guru-guru inilah yang akan mengendalikan program berbentuk sukan di setiap sekolah dengan bantuan dua atau 3 rakan yang mempunyai kursus khas dalam bidang sukan. Sementara bidang yang berkaitan dengan murid perlu di sediakan kerani khas bagi mengutip yuran dan juga segala rekod murid. Ini bidang kerja perkeranian yang harus di sediakan oleh pihak perkeranian. Jika sebuah banggunan sekolah itu wujud, maka semua aktiviti yang berkaitan dengan dunia luar juga wujud dalam sesebuah sekolah. Ada bahagian muridnya sepenuh masa, disiplinnya, dan kaunselingnya, perpustakaan, perkeranian. Walau wujud tetapi tidak khusus dan mengganggu guru-guru mengajar. Guru diberi jawatan yang berbagai untuk diselesaikan. Wujudnya sikap menipu untuk menutup kelemahan.

Adalah tidak adil bagi guru-guru yang mempunyai kuasa yang terhad untuk menghukum murid secara membabi buta, malahan penyelesaian dalam sistem pendidikan kaunseling juga tidak ada di sekolah rendah. Sama ada Guru Besar atau jabatan tidak menjelaskan peranan guru kaunseling di sekolah rendah, atau tidak wujud itu sudah lama wujud. Apa yang perlu, guru kaunseling dan juga perpustakaan harus diwujudkan bagi meminimakan tugas guru untuk mengajar. Guru harus mengajar dengan perasaan bebanan yang paling minimum untuk menguasai dan menghayati ilmu yang hendak disampaikan. Kebanyakkan guru terpaksa membahagikan bidang ini kerana tugas persatuan, panitia, kelab, persatuan, disiplin, keceriaan, PIBG, termasuk gerak kerja luar. Bagaimana kerajaan mahu mewujudkan suasa ceria untuk guru, jika kerja berbagai. Itu tak termasuk semak menyemak buku. Bayangkan jika seminggu murid membuat 10-15 karangan, dan jika guru tersebut mengajar 2 buah kelas , bermakna 70 orang murid purata 1 orang murid 10-15 buah karangan di darab dengan 70 orang murid - Sakit otak beb!!!!!!!!!!!!!

Ini baru dalam bidang dalaman kerja-kerja guru. Tak termasuk yang komplen, yang datang nak pukul cikgu, yang pecahkan cermin kereta cikgu, yang dibelasah murid, yang dimaki hamun. malah berbagai lagi. Namun tak semua yang menghadapi setiap hari, tapi bagi seseorang guru komplen semua rasanya pernah mengalaminya. Cuba kementerian lakukan soal selidik tentang hal ini.??????? Wujudnya keadaan ini kerana masyarakat semakin kompleks, dan guru-guru juga tidak disediakan pendekatan yang kompleks.

Semalam Mahathir mula menyalahkan guru-guru lagi. Tapi kali ini lain pula ceritanya apabila menyalahkan kaum guru dengan mengatakan bahawa guru-guru yang membangkang kerajaan gagal untuk melahirkan pelajar yang cemerlang. Bagaimana guru yang membangkang nak bergerak di sekolah apabila ada sahaja tali barut UMNO yang sentiasa ingin mengenakan rakan sekerja atas dasar berbeza fahaman politik??

Seingat saya semasa saya belajar di sebuah sekolah, dan mempunyai seorang rakan kerja sebagai pendidik, ada beliau menceritakan bagaimana bebasnya guru-guru, terutamanya penyokong kuat UMNO dengan jawatan sebagai budak suruhan (S/Usaha) cawangan atau bahagian dengan senang sekali ponteng sekolah, malah ada budak pejabat sekolah yang dipinjamkan ke pejabat bahagian atas alasan untuk melakukan kerja buat UMNO. Tanyalah Pak Menteri sendiri apabila dengan senang sekali mengambil budak pejabat bekerja semasa pilihanraya dahulu.

Malahan, ada Guru Besar yang menjadi dan menjawat jawatan di peringkat bahagian dengan mudah datang ke sekolah jam 10.00 pagi. Sebagai Guru besar, memanglah takada sesiapa yang akan mempersoalkan kedatangannya, namun masih ramai Guru Besar yang sepatutnya pulang jam 4.30 petang, akan tetapi pulang lebih awal, malahan ada yang tak mengajar langsungpun. Kenaikan pangkat bukan kerana kebolehan, malahan Guru Besar banyak yang buta kayu nak guna Komputer, tak percaya, bawa buat kajian, berapa ekoq Guru besar yang pandai menggunakan komputer dan ICT. Disebabkan ketaksuban kepada pengaruh bahayanya internet yang digembar-gemburkan kerajaan, dan ditambah pula dengan kebodohan Guru Besar untuk belajar menggunakan kemudahan ini, perkara inilah yang mewujudkan Guru besar enggan membenarkan guru-guru menggunakan Internet. Dah lah bodoh, berlagak sombong pulak.

Belum lagi masuk soal gaji, kerja dekat 20 tahun gaji RM1800. Sampai naik beku kepala otak gaji baru 1800. Bila cakap kaji semula, mulalah bandingkan dengan negara Vietnam dan Indonesia serta Thailand dan Filipina. Kenapa tak banding dengan negara maju, England ke, Jepun Ke, Eropah ke, Brunai ke malahan Singapura juga. Bila soal gaji kata gaji guru Malaysia yang terbaik. Bila suruh guru tingkatkan kemahiran, belajarlah sang guru ini ke Universiti dengan kos sendiri. Universiti swasta, sebab ramai yang beranggapan gaji sekolah menengah tinggi. Berpusu-pusu masuk Universiti yang difracaiskan. Lepas tamat belajar kena pulak tunggu setahun 2 sebelum diberi jawatan kenaikan gaji dan ditempatkan di Sabah dan Sarawak. Yang bernasib baik dan cerdik sikit dapatlah masuk PJJ USM, setahun RM 1000, memang patutpun. Tapi yang ada kelulusan yang kurang dan berpengalaman mengajar dengan kursus yang berbagai, perlu habis RM40 - RM60 ribu untuk dapat Ijazah. Cuba bayangkan begini. Sekiranya gaji seseorang guru itu RM1700 sebulan. Apabila belajar, gajinya dipotong 50% selama 3-4 tahun belajar. Di Universiti pula, oleh kerana nak sara anak bini dan kereta, ada yang sanggup jual kereta, dan anak bini merana selama 3-4 tahun, ada pinjaman PTPTN RM 7000 setahun dengan kadar 4%, cubalah tuan-tuan yang cerdik pandai baca, belajar, dan renung. Mahathir sah tak baca punya. Janji duit masuk. Nak harap apa lagi kaum guru-guru pada Aziz Shamsudin dan Mahathir ni.

Ini yang terbahru, nak guru tandatangani borang taat setia. Semua guru taat pada negara. Kaum gurulah yang mengajar pak menteri mengeja membaca sampai pandai buat surat fitnah. Itu pun dikatakan tak taat lagi. Biasalah bila berpolitik.... nak semua orang anggap kita semua betul pada hal memang kita sendiri yang tak betul, itu biasalah. Bila kesatuan tuntut itu dan ini untuk kebaikan sistem pendidikan, dah kata Kesatuan terutama KPPK mula membangkang. Jaga-jaga Datuk Siva... depa boleh buat macam-macam. Tapi guru sentiasa di belakang mu. Bawalah mesyuarat semua kesatuan. Kita paling ramai dalam semua badan kesatuan sekerja. Kita ada power dalam sistem pendidikan, membangkang bukan bermakna nak menjahanamkan sistem pendidikan. Kita membangkang kerana rakyat mula tidak berpuas hati kepada sistem pendidikan akibat kpincangan perancangan pemerintah.

Misalnya bila ada arahan dari kementerian agar Pengetua atau Guru Besar jangan mengadakan aktiviti pada hari cuti, masih ada yang wujud, malah tidak memperdulikan semua ini dan bebas dari tuduhan menyalahgunakan kuasa. Lepas itu Guru ini pulalah yang akan memberikan kenaikan gaji menegak melintang dan sebagainya lagi. Kuat melawan, sampai situ sajalah kamu. Jabatan pula tidak boleh berbuat apa-apa apabila Guru besar terbabit adalah AJK umno bahagian, lagilah payah. Semua ini gagal dalam sistem pendidikan masa kini. Segala kemudahan dan keselesaan harus diwujudkan di setiap sekolah.

Takkan bail-out Renong, MAS, dan lain-lain boleh...... ini nak sediakan kemudahan untuk pelajar tak mampu, untuk rakyat tak mampu, yang disalahkan kaum pendidik, Baik dari tadika dikatakan ajar benci pemimpin, guru sekolah pula dikatakan mengamcam keselamtan negara, pensyarah universiti dikatakan menghasut pelajar. Guru agama hanya tahu menghasut dan beri ceramah dan mengantuk di sekolah.

Begitu juga pelajar sekolah tadika dikatakan membenci pemimpin. Bila ditanya Mahathir ke Anwar, ramai yang cakap Anwar. Sekolah menengah pula tak boleh aktif politik kecuali UMNO, dan menyediakan soalan menghasut, Pelajar universiti pula militan. Maknanya semua sala






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 14 September 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com