Oleh: fudzail@visto.com
Malam semakin gelap. Sunyi. Sesekali suara unggas dan nyamuk menjadi
muzik
ditelinga. Hutan ini terlalu tebal. Ini bukan estet. Bukan hutan
simpan.
Bukan taman bunga.
Tercungap-cungap juga Dato' Seri Ameno a/l Emaisee dalam berhenti
rehat. Dia
yang selama ini dkenali sebagai jagoan nasional dengan nama glamour Tol
Ameno itu sudah nampak pucat lesi. Lebih hitam dari biasa. Mungkin
terlalu
kepenatan. Rambut yang ditanam berserabut dan mahu tanggal.
Terketar-ketar bibirnya. Akhir sekali dia meneguk todi beberapa jam
lalu.
Terasa kepingin lagi. Tetapi malam terlalu gelap. Dia tidak tahu di
mana
sekarang. Tiba-tiba sahaja dia tersedar dan terasa dikejar.
Berlari-lari
tanpa haluan dan terasa lebih cepat dikejar.
Perutnya juga sudah lapar. Terlalu lapar. Penat berlari. Kehausan.
Ketodian.
Ketakutan. Keseraman. Kegelapan. Sebagai pelarian entah apa-apa.
Dia tidak tahu siapa mengejar dan untuk apa dikejar. Seingatnya, dia
sedang
menghadiri mesyuarat bahagian parti. Selepas baling-baling kerusi,
bergomol
dan memaki hamun sesama sendiri, dia terasa dikejarkan ke satu tempat.
Rupa-rupanya dia dikejar. Dan dia berlari sepantas mungkin.
Memang sejuk. Entah berapa kali dia terkencing. Sejuk dan takut.
Matanya
mahu tidur tetapi dia tidak sanggup untuk tidur. Takut kalau tersedar
nanti
dalam keadaan dia sedang dibakar pula.
Terdengar bunyi sesuatu bergerak. Makin kuat. Makin dekat. Datang dari
semua
arah. Tetapi tiada apa kelihatan di mana-mana. Gelap. Hanya bulan
purnama di
langit. Itupun nampak jauh di cakrawala.
Dia mahu meminta tolong. Tetapi dengan siapa? Suaranya juga tidak
keluar.
Yang keluar hanya peluh jantan betina dari semua tempat.
Bunyi itu semakin mendekat dan lebih mendesah. Matanya liar dalam
kegelapan.
Ada sesuatu yang tiba-tiba menyentuh tubuhnya. Dia bingkas bangun.
Berlari lagi sekuat hati ke semua arah. Sambil menangis-nangis dan
berteriak. Memanggil nama bos politiknya. Memanggil nama isterinya,
perempuan simpanan dan memanggil semua nama yang diingatnya, termasuk
yang
dipenjara di Sungai Buluh.
Terlupa semua projek bilion-bilion yang sedang disegerakan. Terlupa
segala
pelaburan di Swiss Bank. Terlupa pada komisen dan 2020 (20%20%).
Terlupa
juga pada harta-harta persendirian di merata benua.
Tiba-tiba dia terlanggar sesuatu.
Tap Tup Tap Tup Tap Tup
Bingit bunyi itu.
Terdengar suara-suara. Tetapi dia masih belum mampu untuk membuka mata.
Walau di cuba bersungguh-sungguh.
"Nampaknya segala eksperimen Wawasan 2000 kita telah berjaya. Cuma
objek
ujian ini telah menjadi lebih dari kita semua. Memalukan spesis kita
pula
walau dalam tubuh manusia. Jangan tukarkan dia, tetapi hantar ke Zoo
untuk
bahan tontonan!"
Dia terkejut. Matanya terbuka. Cuba menutup tubuhnya yang tidak ditutup
apa-apa. Mana baju-baju sut berjenama dari London dan mahalnya? Dia
mahu
menjerit sambil memukul-mukul dahinya. Apakah ini mimpi ngeri?
Tidak mungkin kerana terasa sakit memukul kepalanya sendiri.
Dia terpegun sambil mengumat-ngamit. Apatah lagi melihat panahan
mata-mata
dan tubuh-tubuh yang mengelilinginya. Ada yang panjang, bulat dengan
pelbagai warna dan corak jalur. Semuanya berbelit-belit dengan lidah
menjulur-julur!