Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


DR M TUNGGU UNDANGAN CEK BUSH

PEDAS-PEDAS CILI API

Cili Api mendapat maklumat daripada sumber yang rapat dengan Dr M @ Cek Det bahawa PM kita sedang berdebar-debar menunggu panggilan daripada Cek Bush untuk menemuinya.

Sumber lain pula memaklumkan bahawa 24 jam selepas Pusat Dagangan Dunia dan Pentagon musnah, Cek Bush telah memasukkan Cek Det dalam senarai para pemimpin dan negara-negara yang boleh dianggapnya sebagai sahabat rapat.

Bagi Cek Bush, salah satu ukuran sahabat kini ialah sesiapa saja yang boleh membantu AS memerangi apa yang dianggap sebagai pengganas antarabangsa dan negara-negara yang melindunginya. Secara kebetulan, mengikut Cek Bush, kebanyakan pengganas ini dan negara yang disyaki melindungi mereka ada kaitan dengan Islam.

Dalam beberapa minggu yang lalu, sejak Cek Det mengkritik Islam dan menahan orang Islam yang dituduh sebagai militan, pandangan Cek Bush terhadap Cek Det mulai berubah sedikit.

Sekarang ini Cek Bush hendakkan seberapa banyak sahabat baru untuk menyertai “perang jihad” yang dipimpinnya sendiri untuk menghapuskan musuh-musuh tradisionalnya. Dia menganggap Cek Det mempunyai potensi yang besar sekali sebagai sahabat barunya.

Cek Bush sedar bahawa Cek Det selalu menyerang AS sebagai negara neo-imperialis dan neo-kolonialis dan macam-macam lagi. Tetapi Cek Bush juga tahu ini cuma omong-omong kosong Cek Det untuk menaikkan namanya di kalangan sesetengah pemimpin negara membangun yang cuba dibelinya.

Cek Bush tahu sangat-sangat isi perut sebenar Cek Det selama ini. Cek Det bergantung kepada pelaburan modal AS, Cek Det menggalakkan hubungan perdagangan yang rapat dengan AS, Cek Det bersedia mengadakan kerjasama ketenteraan sesuai dengan Perjanjian yang Cek Det sendiri tandatangani, dan Cek Det sanggup menyokong tindakan AS menyerang Iraq kira-kira 10 tahun dulu (selepas Papa Bush menelefon untuk memujuk Cek Det). Jadi tidak ada sebab Cek Det tidak boleh menyokong “perang jihad” Cek Bush.

Bila dan di mana pertemuan Cek Bush dengan Cek Det itu belum ditetapkan. Ini akan bergantung kepada bila Cek Bush akan merasa yakin dan berani untuk kembali menjalankan tugas di pejabatnya. Tetapi Cek Bush sedang menyiapkan surat undangan kepada Cek Det.

Cek Det berdebar-debar kerana dua sebab. Pertama, dia memang hendak sangat berjumpa Cek Bush untuk bercerita tentang gerakan militan Islam di Malaysia dan ancaman dari Anwar yang dituduhnya kuat meliwat itu. Dengan sokongan Cek Bush, Cek Det berharap boleh berkuasa sampai tahun 2020. Kedua, Cek Det bimbang pula jikalau beliau terlalu rapat dengan Cek Bush, orang tidak akan percaya lagi lakonan beliau sebagai “wira dunia UMNO” yang menentang AS.

Cili Api sangat takjub. Keadaan berubah begitu cepat. Sebelum ini Cek Det tuduh orang lain. Selepas 11 September 2001, sudah terbukti siapa sebenarnya yang akan bekerjasama rapat dengan AS untuk memusnahkan musuh bersama mereka. Itu sebab Cek Det takut hendak pergi ke Britain dan Rusia.

Cili Api






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 15 September 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com