KUCHING: Petugas keADILan kecewa dengan pelbagai laporan parti-parti BN
melanggar undang-undang pilihanraya sepanjang hari pengundian hari ini.
Di sesetengah kerusi, petugas BN dibenarkan masuk ke kawasan yang
sepatutnya
hanya terhad kepada petugas SPR. Walaupun ia dibantah petugas keADILan,
tidak ada sebarang tindakan selanjutnya diambil.
Pengundi-pengundi juga mengadu bahawa kertas undi telah ditekan dengan
lilin
terlebih dahulu di tempat memangkah keADILan, menyebabkan dakwat pen
tidak
melekat di atas kertas undi.
Oleh kerana ini, banyak undi dikira akan menjadi rosak kerana pengundi
keADILan tidak dapat mengundi parti pilihan mereka.
Penipuan sebegini dilaporkan setiap pilihanraya, tetapi sehingga kini
tidak
ada sebarang tindakan dikenakan kepada pesalah dari BN.
Sponsored By,
Cucu Mat Kilau
Pulau Tawar
PAHANG