Assalammualaikum warahmatullah...
Musim pilihanraya telah datang semula. Pada kebiasaannya, apabila
pilihanraya menjelang seolah-olah suatu sambutan luar biasa rakyat akan
dapat dilihat di negara ini.
Namun, oleh kerana pilihanraya kali ini hanya melibatkan negeri Sarawak
sahaja maka suasana yang disebutkan di atas tidak kelihatan terutamanya
di Semananjung. Apapun, pilihanraya kelapan bagi Dewan Undangan Negeri
(DUN) Sarawak ini tetap menarik perhatian ramai dari seluruh Malaysia.
Bagi mereka yang mamiliki komputer dan kemudahan internet sudah pasti
lebih mudah untuk mengikuti perkembangan semasa. Terdapat bermacam
bentuk maklumat akan dapat diakses melalui internet dengan cepat dan
pantas.
Namun begitu, dalam kecepatan dan kepantasan itu sering berlaku
kekeliruan dan kejutan. Inilah yang berlaku kepada saya petang tadi.
Saya amat terkejut apabila terlihat gambar KLCC menghadapi serangan
sebagaimana Pusat Dagangan Dunia di New York musnah Selasa minggu
lepas. Saya terpegun sebentar melihat apa yang saya lihat di layar
komputer. Rupanya, seorang kawan telah menghantar gambar tersebut
melalui email kepada saya. Saya tidak pasti siapakah pemilik asal
gambar ini.
Saya lega apabila menyedari gambar tersebut adalah gambaran yang
direkaolah semula dan bukannya realiti. Namun, kejutan itu rupanya
tidak berakhir begitu sahaja. Kali ini saya dikejutkan oleh satu mesej
yang berbunyi "ANGGAPLAH ANWAR SUDAH MATI" ditulis oleh 'Anak Maha' di
dalam papan notis Berita keADILan On-line .
Bagi saya isi kandungan mesej ini agak provokasi. Namun, terpulang
kepada pandangan masing-masing menilai semua kejutan seperti
gambar "KLCC Diserang Pengganas" atau cerita "ANGGAPLAH ANWAR SUDAH
MATI", lihat dan bacalah sendiri untuk merasai hasil kejutan itu(?).
Anggaplah Anwar Sudah Mati
Posted by: Anak Maha Posted: 20.24 - 18/9
Assalammualaikum,
Wahai penyokong pembangkang (BA), tak payah susah-susah
perjuangkan nasib Anwar tu. Kalau setakat saja-saja nak berpolitik
kosong
jangan mimpi dapat kalahkan Dr Mahathir yang gagah perkasa tu.
Buktinya, kenapa pembangkang (BA, konon!) bertelagah sesama sendiri
dalam pilihanraya Sarawak ni?
Keduanya, penyokong BA semuanya pengecut dan tidak lebih hanya sebagai
tukang sorak (yang tidak berguna) tidak seperti penyokong BN yang
bijak, berani, gigih dan gagah mengharungi cabaran politik semasa
(demi untuk kemenangannya). Buktinya, berapa ramaikah penyokong BA yang
akan ke Sarawak nanti? Semuanya hanya mampu duduk di depan komputer
buruk tanpa dapat lakukan apa-apa. Ini menunjukkan bahawa mereka tidak
ada semangat langsung sebagaimana penyokong BN. Saya akan ke Sarawak
pada 22/9/01 ni. Tapi tak seronok sebab pihak lawan dah kalah dan tak
mampu terbang ke sana.
Jadi kalau begitu adanya, jangan nak berangan untuk memerintah Malaysia
ini; jangan berkhayal di siang hari dapat menarik hati rakyat Sarawak &
jangan mimpi nak bebaskan Anwar.
Kalau untuk bertanding satu lawan satu dengan BN pun BA dah tak
berdaya, jangan harap Dato' Fadhzil akan berjaya memimpin negara; Dato'
Seri Hadi akan menjadi Perdana Menteri atau Anwar dengan masyarakat
Madani.
Bolehlah kamu menganggap Dato' Fadhzil, Hadi Awang, Nik Aziz atau Anwar
sendiri hanya mengimpikan bula jatuh ke riba. Tengoklah semangat juang
kamu yang lemah dan tak bermaya langsung itu. Kami rasa tak seronok dan
tak ada cabaran langsung berlawan dengan manusia-manusia longlai
seperti kamu.
Oleh itu, anggap sahaja Anwar sudah lama mati. Dia tidak mampu
menyatukan kamu kerana dia sudah mati. Dato' Fadhzil, Hadi Awang,
Nik Aziz adalah tidak lama lagi akan mampus sama!
Wassalam!