KUALA LUMPUR, 28 Sept (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Haji Fadzil Mohd Noor menganggap pilihan raya Dun Serawak kali ini paling tidak demokratik dengan menggambarkan parti lawan BN sebagai 'musuh negara'.
Mengulas keputusan pilihan raya tersebut yang memberikan kemenangan 60 kerusi kepada BN daripada 62 kerusi Dun, beliau berkata,
"Pelbagai ugutan dan cemuhan dikenakan kepada pekerja parti lawan BN, seolah-olah mereka adalah pendatang asing," katanya.
Berikut ialah kenyataan penuh Dato' Haji Fadzil:
Parti Islam SeMalaysia (PAS) mengucapkan terima kasih kepada semua petugas dan pengundi pilihan raya Dewan Negeri Sarawak yang selsai semalam. Apapun keputusan yang diperolehi, kesungguhan dan keikhlasan ahliahli dan penyokong PAS melaksanakan amanah yang telah diletakkan di bahu mereka amatlah mengkagumkan.
sepanjang tempoh kempen, PAS bukan sahaja menghadapi jentera kempen Barisan Nasional tetapi seluruh kerajaan negeri dan kerajaan pusat yang digunakan secekup-cukupnya bagi memastikan kemenangan BN. PAS dana rakan-rakan parti BA dan Bebas diperlakukan seperti musuh negara, termasuklah melalui media kerajaan yang sepatutnya memberikan liputan yang adil kepada segenap lapisan rakyat. BN tanpa segan silu dan tanpa maruah menggunakan kemudahan awam seperti sekolah, masjid, balai raya,
Jabatan Penerangan, RTM dan hampir semua Jabatan Kerajaan yang lain bagi membantu kempen mereka. Sedangkan pasti lain dilarang mendekati kemudahan-kemudahan ini. Saya yakin rakyat yang bijak dan berfikir akan terasa muak dengan tingkah laku BN ini.
Berbagai ugutan dan cemuhan dikenakan kepada pekerja parti lawan seolah-olah mereka adalah pendatang asing. Kita dituduh membawa budaya baru dalam berkempen sedangkan apa yang sebenarnya berlaku selama ni ialah BN Sarawakmemeras rakyatnya sehingga tidak ada yang berani bangun menegakkan kebenaran dan menyuarakan bangkangan secara berkesan.
Sebab itulah apabila kita meninjau sendiri suasana pembangunan di negeri Sarawak, segala kemajuan yang dilaungkan rupanya adalah indah khabar dari rupa. Rakyat dibiarkan melarat dengan kemiskinan manakala pemimpinan hidup penuh kemewahan yang tidak tolok bandingnya. Walaupun Perdana Menteri sendiri dibawa meninjau kemiskinan yang amat sangat di Pulau Bruit setelah 38 tahun sarawak merdeka, mereka tetap bongkok mengatakan merekalah pemimpin yang hebat dalam program pembangunan negeri.
Hanya kini rakyat tersentak apabila ada suara berani termasuk daripada anak-anak muda Sarawak sendiri yang mendedahkan konspirasi BN menyiksa rakyatnya sendiri. Saya yakin apabila kita lebih lama bertapak menaikkan kesedaran dan keberanian politik di Sarawak, maka tembelang BN ini akan diketahui ramai.
Pemimpin BN termasuk Perdana menteri sanggup membelakangkan kepentingan integrasi nasional dengan menghasut perpecahan antara Sarawak dan Semenanjung yang sekaligus menghancurkan segala usaha perpaduan yang telah diusahakan selama ini. Cara berkempen BN yang mengajak kepada permusuhan dan perpecahan ini akan memberikan kesan yang buruk dalam hubungan antara negeri dalam Malaysia ini.
Ketua Menteri yang baru menang semula pula dengan bongkaknya menghalau PAS dan Keadilan dari bumi Sarawak. Inilah tindakan tidka demokratik, sombong dan zalim yang wujud dalam diri pemimpin BN Sarawak. Kita ingin mengingatkan bahawa Sarawak dan Semenanjung adalah dalam satu negara. Kalau ia pun BN Sarawak tidak mahu BN Sarawak hadir di Sarawak untuk menganggu pasti-parti komponen di Sarawa, janganlah pula perjuangan parti lain ingin di sabitkan sama.
Kita menerima keputusan yang dibuat oleh rakyat negeri Sarawak dengan hati yang terbuka. Namun saya ingin menegaskan bahawa penglibatan PAS dalam politik negeri Sarawak hanya baru bermula. Atas permintaan anak negeri sendiri, kita akan memesatkan aktiviti yang akan dilakukan sendiri oleh ahli-ahli dari Sarawak, dengan menubuhkan Kawasan dan Cawangan yang lebih banyak.
Kita telah dapat mengenalpasti kawasan-kawasan yang besedia untuk memakmurkan perjuangan Islam di Sarawak dan akan meruskan kerjasama dengan mana-mana pihak yang seiring dalam pendekatan politik demokrasi yang kita amalkan ini. BN Sarawak perlulah bersikap demokratik dan gentelman menghadapi saingan dari PAS ini.
Sekian,
Dato' Fadzil Mohd Noor
Presiden PAS