Hairan bercampur pelik dengan apa yang berlaku di universiti sekarang
ni.
Hairan melihat bagaimana seorang pelajar dungu yang gagal dalam
pengajiannya
dapat liputan yang meluas dalam media masa. Yang menjadi peliknya pulak
bagaimana seorang Professor berugama Islam, dengan kelulusan Phd.
berjawatan
Naib Canselor boleh menerima kenyataan pelajar dungu tersebut
sewenang-wenangnya.
Sengaja mengaibkan status Professor yang dipegangnya, si Naib Canselor
tadi
dengan mudah (tanpa ada penyiasatan) telah menawar untuk menerima
kembali si
dungu tadi, mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada
pensyarah-pensyarahnya
dan memansuhkan persatuan Islam di Universitinya. (Ingat! persatuan
ugama
lain tidak dimansuhnya)
Kalau lah polis yang melakukan hal yang sebegini kita masih boleh faham
kenapa. Tapi bila seorang yang "pintar"; Naib Canselor yang berpangkat
Professor berpengajian sehingga Phd. melakukan hal yang hampir serupa
rasanya sukar untuk kita fahami.
Yang lebih mengejutkan lagi kenyataan si dungu tu bukan sahaja diterima
oleh
akal si "pintar" di universiti tempat dia belajar tapi telah mula
mempengaruhi minda beberapa lagi si "pintar" yang mentadbir di beberapa
lagi
universiti. Hebat!
Yang menjadi tanda tanya sekarang ni kenapa cerdik-cerdik pandai di
universiti semua diam aje. Mereka juga percaya ke dengan cerita si
dungu tu.
Tak de ke bantahan dari persatuan-persatuan kakitangan akademik. Kalau
yang
bijak pandai pun takut nak bersuara apa lagi rakyat yang tak belajar
tinggi.
Malu.....