Kita berharap pilihanraya kali ini di Sarawak kita berjaya menumbangkan atau mengurangkan majoriti 2/3 BN Sarawak dari terus bermaharajalela. Oleh itu kita berharap semua pihak terutama sekali parti KeAdilan dan Pas mesti bersatu dan bekerjasama untuk menumbangkan kerajaan BN pada pilihanraya kali ini. Oleh itu sebarang pertelingahan seharusnya ditangani secara bijaksana serta bertolak ansur terutama sekali mengenai kerusi Semariang dimana kerusi tersebut seharusnya diberikan kepada Pas kerana seperti yang kita ketahuai banyak tempat Pas telah diberi kepada KeAdilan. Sedangkan kita tahu Pas cuma bertanding 3 kerusi saja. Pemimpin Keadilan mesti menyelesaikan masalah ini dengan segera. Kita tidak mahu semasa penamaam calon nanti Pas dan KeAdilan meletakan caon di tempat yang sama seperti mana yang berlaku pada masa pilihanraya parlimen yang lalu. Diharap pemimpin keAdilan mengambil perkara tersebut secara serius demi kebaikan bersama. KeAdilan mesti memberi laluan kepada Pas demi kebaikan bersama dan kita harap penyokong keadilan & Pas dapat bekerjasama demi kesejahteraan bersama. Marilah kita bersatu untuk menumbangkan BN pada pilihanraya ini nanti. Selamat maju jaya. Sekian harap maklum dan semoga mendapat perhatian yang sewajarnya dari semua pemimpin Barisan Alternatif sekian.
Penyokong Barisan Alternatif.