Kebelakangan ini saya berminat menonton berita di TV terutama RTM khususnya mengenai tragedi yang berlaku di New York dan Pentagon. Saya juga merasa bangga apabila para pemimpin PAS Terengganu telah ditemuramah oleh oleh pemberita RTM dalam siaran Berita Jam 8 pada 13/9 yang lalu. Kesemuanya mengutuk serangan tersebut. Namun malangnya, rupa-rupanya temubual itu ada udang disebalik batu, dalam berita jam 8, 14/9, sesi temubual tersebut rupa-rupanya dijadikan bahan ulasan bahawa para pemimpin PAS dan pembangkang lain suka berdolak-dalih.
Kononnya pemimpin PAS sebenarnya menyokong keganasan kerana turut bekerjasama serta menyokong "parti pelampau" iaitu Keadilan dan DAP. Inilah berita dari saluran hipokrit seperti RTM ini. Mereka tidak kenal dan menyelami keikhlasan orang yang memberi pandangan atau pendapat, bagi RTM yang sememangnya diketuai oleh pemimpin BN dan di dalamnya terdapat bekas-bekas pemimpin pembangkang sudah tentu sentiasa mencari ruang untuk mencari-cari fakta yang boleh digunakan untuk menghentam parti pembangkang, khususnya PAS.
Oleh itu, nasihat saya kepada para pemimpin pembangkang supaya berhati-hati apabila bertindak dan memberi pendapat dan kalau boleh ketika diminta ditemubual oleh media pro BN ini, pastikan keikhlasan dan matlamat mereka. Bagi para pemimpin BN, apa yang mereka kata dan buat semuanya betul apatah lagi kesemua media adalah "budak suruhan" mereka, periuk nasi mereka. Tiada erti keadilan di dalam media seperti RTM ini. Berhati-hatilah.
Kalam Tumpul