Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Peristiwa Pengeboman WTC - Mamak Dir Seperti Mati Hidup Kembali

Kejadian pengeboman WTC bagi durian runtuh buat Mamak Dir. Kerana ini merupakan peluang keemasan untuk dapatkan 'green light ' dari White House bagi membolehkannya pergi sujud kepada Bush. Saya pasti rakyat Malaysia yang cerdik dan sentiasa berfikir dapat melihat sikap yang berlebih-lebih yang ditunjukkan oleh RTM. Ulasan yang dibuat seolah-olah RTM lebih tahu dari CIA dan FBI. Rakaman runtuhan bangunan WTC diulang-ulang beberapa kali dalam sehari. Mengiakan tuduhan Amerika bahawa Osama yang melakukan pengeboman ini.

Untuk apa semua ini dilakukan oleh RTM ( kerajaan Malaysia )? Tujuannya ialah untuk mengambil hati uncle sam. Kalau kita perhatikan negara-negara lain hanya membuat komen dihari pertama peristiwa itu. Tiada komen yang keanak-anakan dari Perancis. Negara-negara Islam tiada yang pandai-pandai membuat spekulasi. Hanyalah negara Islam (?) yang diperintah oleh mamak Dir yang beria-ia menunjukkan simpati dan tanpa berlegah-legah mengatakan ini perbuatan puak militan Islam.

Memang kita rasa terkejut dengan peristiwa pengeboman itu. Tapi ikhlas saya katakan saya langsung tidak rasa sedih dengan peristiwa itu. saya tidak rasa terharu melihat warga Amerika menangis dengan kejadian itu. Tahukah kenapa ? Sebabnya peristiwa pengeboman dan pemandangan runtuhan bangunan yang dialami dan ditanggung oleh rakyat Palestin dan Iraq hampir setiap bulan berlaku. Kita tahu Amerika hingga kehari ini masih lagi mengebom bumi Iraq. Dan tentunya ada bangunan dan rumah yang runtuh. Tentunya ramai yang tidak berdosa yang terkorban. Isreal hampir setiap hari menembak , mengebom dan dan menyodok rumah rakyat Palestin. 2001 ini sahaja berapa ratus nyawa rakyat Palestin termasuk kanak-kanak yang menjadi kekejaman Isreal. Dan kita tahu Isreal bermaharajalela kerana Amerika berdiri teguh dibelakangnya. Jadi jika disusun bangunan-bangunan di Iraq yang telah runtuh akibat pengeboman pesawat Amerika jauh lebih tinggi daripada WTC yang tingginya hanya 110 tingkat. Kalau kita susun rumah-rumah rakyat Palestin ranap akibat kekejaman Isreal jauh lebih tinggi daripada WTC yang dirempuh oleh pesawat yang dirampas itu. Isteri saya memberitahu saya jahitan yang dilakukan sebaik sahaja beliau melahirkan anak tidak diberikan suntikan bius kerana sakit akibat melahirkan anak jauh lebih hebat daripada sakit kerana dijahit.

Begitulah juga dengan apa yang berlaku di New York. Saya percaya majoriti rakyat yang waras akan berkata ' Padan mukanya. Biar dia rasa pulak.' Selama ini tangisan rakyat Iraq hanya dilihat oleh rakyat Amerika tanpa ada apa-apa perasaan. Tangisan wanita-wanita Palestin yang menggigil -gigil tangan berdoa akibat rumah mereka ranap tidak menimbulkan rasa simpati rakyat Amerika. Kali ini biar mereka rasakan sendiri kesedihan kehilangan ahli keluarga dan sahabat handai. Biar mereka berfikir oh begini rupa jika kita dizalimi. Biar mereka rasa betapa sakitnya kerana kecederaan. Sesungguhnya rakyat Palestin sekian lama menanggung penderitaan ini. Sesungguhnya rakyar Iraq hanya mampu menadah tangan kelangit tiap kali mereka diserang. Adakah RTM membuat liputan berjam-jam untuk mengajak rakyat Malaysia merasai penderitaan dan kesengsaraan yang ditanggung oleh rakyat Iraq dan Palestin. Adakah krew RTM atau TV3 menemuramah rakyat Malaysia untuk mendapatkan respon mereka ? Tetapi pengeboman WTC kita tak ubah lebih sudu daripada kuah. Tanpa kita sedari kita telah hilang maruah dan harga diri sebagai sebuah negara dan satu bangsa yang merdeka.

Ekoran peristiwa pengeboman WTC ditambah dengan putar-belit berita saya rasa kedudukan

Barisan Alternatif terancam. Memandangkan sikap DAP yang terumbang-ambing dalam BA

saya menjangkakan DAP akan terpengaruh dengan dakyah yang dimainkan oleh akhbar dan media elektronik berhubung dengan peristiwa pengeboman ini.

Saya menyeru agar kita semua berdoa . Mohon pertolongan daripada Allah semoga dilindungi negara-negara Islam dan umatnya dari kezaliman orang-orang kafir. Pasti ada negara yang dijadikan kambing hitam untuk mereka lepaskan geram meskipun bukti kukuh tak mungkin mereka perolehi. Maka sebab itu mereka tangkap 50 orang bagi memudahkan mereka untuk mengaitkan pihak-pihak tertentu dalam kejadian pengeboman ini.

Akhirkata sebagai renungan- bezakan diantara pengganas dengan pejuang .

Keris Taming Sari






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 16 September 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com