Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Mesra Rakyat Khir Toyo....

Pemimpin-pemimpin UMNO di Selangor terutama MBnya, Khir Toyo terpaksa MENYUMBAT ke mulut rakyat berbagai program yang dilabelkan MESRA RAKYAT.Namun majoriti rakyat TETAP MENOLAK dan memuntahkannya kembali, kerana apa yang diberi hanya sebagai SANDIWARA dan kepura-puraan sahaja.

Rakyat sedar dan tahu apa yang dilakukan sebalik program MESRA RAKYAT itu matlamatnya semata-mata MEMBAZIR wang yang diperolehi dari rakyat dan DISERAHKAN kepada kalangan kroni-kroni.Entah berapa juta RM telah DIHANGUSKAN , bermula dari mendirikan papan-papan tanda yang terpampang wajah wakil-wakil rakyat BNB/UMNO, pertandingan-pertandingan memancing, ayam serama, bola sepak, sukaneka, kembara,larian bendang, jamuan dan....dan.....

Apa yang jelas sekarang, rakyat SUDAH TIDAK PERCAYA semua program itu sebagai mesra rakyat selagi Khir Toyo / UMNO masih melakukan perkara-perkara berikut:

1. Wakil rakyat BA dinafikan peruntukan pembangunan kawasannya.

2. Wakil rakyat BA tidak dibenarkan menjadi anggota majlis daerah/ perbandaran.

3. Wakil rakyat BA tidak dibenarkan melawat/ merasmikan majlis di sekolah kawasannya.

4. Wakil rakyat BA tidak dijemput hadir dalam majlis rasmi di kawasannya.

5. Wakil rakyat BA tidak dibenarkan membaca khutbah/ ceramah agama.

6. Permit untuk ceramah parti BA dibekukan ( baca: DIHAPUSKAN ).

7. Pemimpin/ penceramah parti BA diugut dengan ISA.

8. Ulamak-ulamak yang menyokong BA digugurkan dari jawatan masjid / JKKK.

9. Guru-guru sekolah ditukar tempat mengajar tanpa sebab atau kerana menyokong parti BA.

10. Ceramah/ perhimpunan BA dikepung dan dibelasah oleh polis/FRU.

11. Ulamak di luar Selangor DIHARAMKAN memberi ceramah agama ( Walaupun bertaraf MB macam Khir Toyo ).

12. Meluluskan permohonan tanah kepada kroni.

13. Membiarkan kroni membuat tuntutan kewangan berlebihan dan sebenarnya.

14. .....

15. ......

dan banyak lagi !.

Kepada penyokong UMNO, terutama kalangan agama yang masih lagi BERKARAT dan BERKIBLATKAN kepada UMNO dan MEMBUTAKAN MATA SERTA MEMEKAKKAN TELINGA diharap sedarlah dengan keadaan sebenar. Jangan BERBOHONG dengan perasaan hati kecil anda...Kalau ia hak, katakan hak . Laranglah pemimpin anda dari melakukan perbuatan yang ZALIM DAN TIDAK DIREDHAI ALLAH...

Saya juga adalah ahli UMNO dan bergiat dalam pergerakan pemuda...tapi saya LARI dari UMNO kerana tidak mahu bersyubhat dengan kezaliman dan pemimpin yang membuat kemungkaran . Ayuh ! Bertindak dari sekarang. Beri nasihat kepada Khir Toyo dan kuncunya...

Kalau mereka enggan, TINGGALKAN UMNO !.

NAKDESADIKOTA.

=====






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 13 September 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com