Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Suhakam: Antara Kebijaksanaan Rakyat dan Kecerdikan Ala UMNO

Oleh: Hj Mohnas

Keputusan siasatan Suhakam yang meletakkan kesalahan kepada pihak polis semasa menyuraikan perhimpunan rakyat di Lebuh Raya Kesas sebenarnya tidaklah mengejutkan mana-mana pihak. Ia sudah dijangka, malahan sejak tindakan keras dan ganas daripada pasukan keselamatan menyuraikan sebarang perhimpunan, pihak polis sudah dilihat sanggup mencabul hak asasi manusia demi melindungkan kepentingan politik UMNO.

Adalah mudah berlaku keganasan dalam sesuatu perhimpunan yang melibatkan penyertaan yang ramai. Sedikit provokasi tidak mustahil boleh menumpahkan darah dan meragut jiwa. Namun, sehingga hari ini, belum ada sebuah perhimpunan tanpa permit dan haram itu berakhir dengan keganasan kerana berpunca daripada tindakan subversif dan militan reformis.

Dalam masa yang sama, PAS yang sering dilabel sebagai fanatik dan ekstremis agama belum mencatat sejarah hitam dalam majlis ceramah dan perhimpunan dengan tercetus keganasan besar meskipun melibatkan ahli menjangkau ratusan ribu jiwa. Keganasan paling besar yang pernah berlaku dalam sejarah ceramah PAS ialah kakitangan TV3 yang dikatakan 'diserang' ahli PAS semasa membuat liputan pilihan raya 1995. Wartawan itu tidak mengalami kecederaan, malahan tidak mustahil tidak luka sedikit pun. Barangkali cedera yang paling parah pun adalah benjol di dahi. Tetapi mana ada orang yang benjol sekiranya ditujah dengan jari?

Walau bagaimanapun, beberapa siri demonstrasi pasca pemecatan Anwar Ibrahim, yang tidak jelas siapa penganjurnya, mengalami beberapa sejarah hitam. Ada laporan anggota SB diserang [yang kemudiannya diketahui anggota itu menghala senjata kepada orang awam], tayar dibakar di jalan raya, tetapi tiada laporan kehilangan jiwa atau kerosakan permis perniagaan. Walau bagaimanapun, perhimpunan yang dikaitkan dengan pemimpin Keadilan tidak berakhir dengan keganasan.

Dalam masa yang sama, wujud juga perhimpunan yang diadakan di kalangan mahasiswa, atau disertai penuntut institusi pendidikan tinggi. Ia juga tidak berakhir dengan sebarang keganasan, meskipun ketika saat berita wujudnya senjata berbahaya di kalangan masyarakat seperti pelancar bom, bahan letupan, bom api [molotov cocktail] atau bebola penggalas. Namun, dalam perhimpunan yang dianjurkan mahasiswa selepas solat Jumaat di perkarangan Masjid Negara diburukkan dengan tindakan ganas pihak polis.

Ini hanyalah contoh, perhimpunan yang melibatkan ramai rakyat, besar dan mempunyai risiko tercetusnya keganasan, tidak berakhir dengan keganasan tanpa sebarang campur tangan pihak polis. Ia menjadi sifir mudah untuk mereka yang setakat ini tidak berfikiran haprak dan bangsat untuk mengagak siapakah yang mahukan keganasan.

Sekiranya rakyat yang berhimpun mahukan perhimpunan yang aman, dan pihak polis yang bertanggungjawab mengawasi perhimpunan dengan profesional, maka siapakah pula yang mahukan keganasan? Hantu jerangkong yang masih belum mampus atau jin ifrit yang tidak mati-mati lagi?

Justeru, Suhakam menyediakan laporan siasatan yang menyalahkan pihak polis bukan menjadi kayu ukur penghukum kepada siapa yang silap. Rakyat terbanyak sudah menentukan siapakah yang bersalah, cuma siasatan Suhakam mengesahkan keputusan rakyat itu.

Andaikan begini, Suhakam menyebut kewujudan peserta yang ramai dan tidak terkawal mencetuskan keganasan, dan pihak polis tidak bersalah dalam hal tersebut, adakah rakyat secara senang dan tenang menerima siasatan tersebut? Setakat ini hanya golongan haprak sahaja yang menolak keputusan rakyat.

Dr. Mahathir memulakan serangan kepada Suhakam, menyalahkan badan itu kerana mengeluarkan keputusan siasatan begitu dan mendakwa Suhakam terpengaruh dengan Barat, tidak menjejaskan anggapan rakyat. Pemimpin UMNO tidak kira pelawak politik atau pun yang paling berkaliber seandainya berlumba-lumba menyokong kenyataan presiden mereka, tidak sekali-kali akan mengubah pandangan rakyat. Ia hanya akan membuktikan UMNO sudah tidak relevan dengan rakyat.

Rakyat sudah semakin bijak. Sumber maklumat tidak lagi hanya terhad kepada RTM, TV3, Utusan Malaysia dan Berita Harian, bahkan tidak juga dengan media asing seperti Asiaweek, Newsweek dan Times, atau media alternatif, bahkan melalui ruang siber. Malahan, berita yang paling absah setakat ini boleh sahaja disebarkan melalui wasilan paling konservertif - mulut!

Ambil sahaja mahasiswa yang dikatakan berpolitik di kampus dan bandingkan dengan pemimpin UMNO yang ada sekarang ini. Yang paling bijak dan cerdik, ialah, mahasiswa, sedangkan pemimpin UMNO berada dalam senarai paling seratus dalam status rakyat.

Rakyat yang semakin bijak dan media penyampai maklumat yang semakin luas, menjadikan siasatan Suhakam seandainya tidak kena dengan pandangan rakyat, akan ditolak.

Mujur, Suhakam tidak memilih bersama-sama dengan UMNO, meski ditubuhkan kerajaan yang dikuasai UMNO. Setakat ini siasatan Suhakam yang dianggap tidak bijak oleh UMNO, dianggap cerdik oleh rakyat.

Dalam keadaan UMNO sudah dianggap tidak cerdik, maka apakah relevannya UMNO untuk menentukan keabsahan siasatan Suhakam. Malanglah kalau kita masih menganggap orang kurang bijak berupaya menentukan kebijaksanaan orang lain. Setakat ini hanya mereka yang haprak dan bangsat sahaja berbuat demikian.

=====






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 1 September 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com