Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Mahasiswa sudah kena lepas ini siapa pula?

Oleh: Myient

Apakah kerana gara-gara Dr Mahathir gila kuasa sehingga begitu kecuh sekali keadaan dalam negara sehari dua ini?. Ada yang bertanya begitu dalam banyak-banyak idea ketika berbual-bual di warong kopi. Itu sahaja politik saya sebenarnya. Politik kedai kopi. Saya teringat yang dalam TV berkata "biar sumbang asalkan menyumbang". Jadi saya catatkan di sini "biar politik warong kopi, tetapi menyumbang untuk kejatuhan Dr Mahathir (DrM).

DrM buat itu dan ini sehari dua ini bukan kerana gila kuasa, tetapi ingin mempertahankan kuasanya. Kalau nak kata gila kuasa, tidak tepat benar. Sebabnya dialah PM paling berkuasa di Malaysia melebihi kuasa raja.

Saya mulakan setakat Kumpulan Militan Malaysia (KMM) dalam coretan kali ini. Hendak mula jauh sangat, segan pulak. KMM sebenarnya sudah lama wujud. Sekarang ini, dengan kebijaksanaan DrM memutar belitkan isu, sehinggalah menampakkan kepada rakyat Malaysia bahawa KMM ada kaitan dengan "Agama Islam" dan PAS. Langkah pertama DrM ingin menggugurkan perkataan Islam dalam Parti PAS menemui kegagalan apabila tidak dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja. Akan tetapi DrM tidak berhenti setakat itu sahaja. Tetap tidak puas hati selagi tidak dapat mengharamkan PAS sebagai parti politik yang sah. Maka berbagai helah dan tipu muslihat dibuat, yang saudara sendiri pun tahu.

Kesinambungan dari usaha mengharamkan PAS, maka isu Kumpulan Mujahidin Malaysia dibangkitkan. Oleh kerana dalam kumpulan yang dikatakan Kumpulan Mujahidin Malaysia banyak bangsa asing bahkan ada yang bukan Islam jadi tidak berapa kena disebut KMM itu sebagai Kumpulan Mujahidin Malaysia, lalu diubah sikit kepada Kumpulan Militan Malaysia. Bila menggunakan Kumpulan Militan Malaysia, maka skopnya lebih meluas dan boleh jadi macam-macam jalan ceritanya. Timbul berbagai-bagai pengakuan dan tangkapan dibuat untuk mengukuhkan dakwaan bahawa wujudnya KMM dan wujudnya usaha menjatuhkan DrM dari takhtanya. Maka wujudlah rasa kesihan dari kalangan rakyat terhadap PM yang baik itu.

Sekarang ini mahasiswa di IPT ramai yang sudah kena siasat dan dikenalpasti terlibat dengan KMM. Pensyarahnya juga ramai yang sudah kena tukar kerja dan ada yang diberhentikan. Mana-mana yang agak tajam sedikit sengat, terus dicabut sengatnya. Samalah dengan Firaun, ketika dia menerima maklumat dari pentadbir mimpi bahawa ada bayi lelaki yang suatu hari nanti akan menggugat kerajaannya, maka Firaun pun membunuh mana-mana bayi lelaki yang ditemui di dalam kerajaannya. Sekarang ini, DrM akan "membunuh" sesiapa sahaja yang dianggap menggugat kerajaannya. Hebat sungguh Malaysiaku. Malaysia Boleh!!.

Selepas mahasiswa dan pensyarah, giliran guru-guru di sekolah pulalah. Dan dalam banyak-banyak guru itu, guru agama sebagai kumpulan sasar yang utama. Sebabnya guru agama paling jahat dari sudut pandangan DrM. Ini kerana DrM itu ibaratkan manusia yang bukan Islam. Hanya namanya sahaja Mahathir b Mohamad. Itulah tanda dunia sudah akhir zaman, Islam hanya pada namanya sahaja, sedangkan hatinya memusuhi Islam. Dia sudah menghina nabi, menghina ulamak dan mencabar Allah SWT. Kalau ada kepentingan, menyembah berhala pun dia boleh lakukan. Sudah macam Shahrukh Khan juga.

Guru-guru yang siang malam menjalankan tugasnya menyampaikan ilmu dan mendidik anak-anak, tiba-tiba dipandang serong demikian rupa. Guru-guru diherdik sewenang-wenangnya. Padahal sebelum seseorang menjadi pandai, gurulah yang mengasuh dan mendidik kita. Sebab itu kita tidak boleh mengutuk guru sebab mereka adalah ilmuan pembangun "mobiliti" masyarakat.

Di Malaysia, kaum guru paling ramai. Bayangkan kalau guru-guru ini bersatu memboikot DrM, tidak tahulah apa akan jadi. Rezeki dan ajal maut di tangan Tuhan. Bukan DrM yang membayar gaji. Kerajaan yang menggaji guru-guru ini. Guru pun bukan insan istimewa ala malaikat yang taat dan patuh segala-galanya perintah Tuhan. Mereka adalah pegawai awam yang sentiasa patuh dengan arahan dan pekeliling kerajaan.

Sudah jadi macam orang kemaruk. Macam kucing hilang anak. Berpusing-pusing mencari dimana-mana sahaja dan sesiapa sahaja yang dilihatnya cuba bercakap tentang Islam, akan ditangkapnya. Hanya Islam ikut cara dia sahaja yang betul dan selamat. Lain dari itu, salah semuanya… walaupun nabi Muhamad sendiri. Itulah hakikat peribadi DrM yang kita sayangi.

.........................................
Petikan Tranung Kite e-Groups






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 24 September 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com