Nampaknya peperangan di antara Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya
dengan kerajaan Taliban, Afghanistan sudah tidak dapat dielakkan
lagi. Ini berikutan kenyataan tegas Presiden Amerika Syarikat, George
W. Bush bahawa masa untuk mengadakan perundingan telah tamat. Malah
Amerika Syarikat telah memberikan kata dua kepada setiap negara, sama
ada menyebelahi Amerika Syarikat ataupun negara pengganas.
Insiden yang berlaku di WTC dan Pentagon telah dieksploitasikan
sepenuhnya oleh Amerika Syarikat untuk melaksanakan Order Baru Dunia
(New World Order).Matlamat sebenar Amerika Syarikat adalah untuk
menguasai dunia sedangkan Osama Bin Laden dan Kerajaan Taliban
hanyalah sekadar kambinghitam untuk dijadikan mangsa bagi menggelabui
mata dunia.
Selepas ini mana-mana negara yang menjadi musuh kepada Amerika
Syarikat akan dilabelkan sebagai negara pengganas dan akan menghadapi
tekanan hebat seperti sekatan ekonomi, sekatan ketenteraan hatta
terdedah kepada serangan udara, darat dan laut oleh Amerika Syarikat
dan konco-konconya. Maka dunia akan terbahagi kepada dua iaitu negara-
negara yang menyertai pakatan yang diketuai oleh Amerika Syarikat
ataupun negara-negara Blok Pengganas setelah terlaksananya Order Baru
Dunia,(NWO)
Pakatan yang dibentuk untuk menentang pengganas adalah muslihat
Amerika Syarikat semata-mata sedangkan maksud sebenarnya adalah untuk
menguasai dunia. Buktinya, mengapa Amerika Syarikat gagal untuk
memberikan bukti berhubung dakwaannya bahawa Osama Bin Laden terlibat
di dalam insiden yang berlaku di WTC dan Pentagon. Terdahulu, Tentera
Merah Jepun telah mengaku bahawa merekalah yang telah
bertanggungjawab merampas pesawat penerbangan awam Amerika Syarikat
yang merempuh WTC dan Pentagon. Mengapa Amerika Syarikat tidak berani
menyalahkan Tentera Merah Jepun?
Mungkin Amerika Syarikat telah menyedari akan teori kebangkitan Islam
di sebelah timur yang turut diakui oleh sarjana-sarjana Barat.
Kejatuhan empayar Soviet Union dan berakhirnya era Perang Dingin
telah menjadikan Islam sebagai seteru utama Amerika Syarikat dan
negara-negara Barat. Lebih-lebih lagi dengan kebimbangan Amerika
Syarikat bahawa akan muncul sebuah empayar Islam yang besar dan gagah
perkasa meliputi Kashmir, Pakistan, Afghanistan, wilayah Asia Tengah,
rantau Caucacus, Turki hinggalah ke wilayah Xinjiang di China. Maka
Islam dilihat sebagai batu penghalang kepada Amerika Syarikat untuk
menguasai dunia dan perlu dicantas segera.
Jika mengkaji sejarah bangsa Afghanistan maka kita akan dapat
menyedari betapa miripnya sejarah kebangkitan mereka dengan bangsa
Monggol dan Turki yang akhirnya menjadi sebuah empayar yang terkuat
di dunia. Bermula dengan kehidupan berpuak-puak dan berperang antara
satu sama lain, seterusnya berakhir dengan sebuah bangsa yang kuat
dan bersatu padu sehingga berjaya menguasai dunia.
Tidak mustahil suatu hari nanti bangsa Afghanistan akan berjaya
menguasai dunia sebagaimana yang dibuktikan oleh bangsa Arab ketika
menundukkan empayar Parsi dan Rom biarpun pada mulanya mereka
bermusuhan antara satu sama lain, mundur dan serba serbi ketinggalan.
Kedatangan Rasulullah membawa ajaran Islam telah berjaya menaikkan
martabat bangsa Arab dan membawa mereka kepada satu tamadun yang
telah mengkagumkan dunia.Hakikatnya segala-galanya berlaku dengan
kehendak Allah jua
Misi terbaru Amerika Syarikat ini turut dirahsiakan tetapi tidak
sukar untuk kita semua menekanya. Sasaran terbaru Amerika Syarikat
bukan sekadar Afghanistan semata-mata dan tidak mustahil Iraq, Sudan
dan lain-lain lagi negara Islam yang menjadi musuhnya akan menerima
nasib yang sama kerana dilabel sebagai negara pengganas ataupun
negara yang menaja keganasan. Barangkali skuad komando elit Amerika
Syarikat akan ditugaskan untuk membunuh Saddam Hussein selain
daripada Osama Bin Laden, pemimpin-peminpin pertubuhan Al Qaeda dan
pemimpin-pemimpin Taliban.
Rata-rata negara Islam menentang keganasan tetapi tidak sampai hati
untuk memerangi saudara seagama mereka di Afghanistan. Sekiranya
peperangan ini merebak dan berterusan dikhuatiri akan menyaksikan
pertentangan di antara Bukan Islam dan Islam.(Perang Salib). Ini
kerana kecenderungan Amerika Syarikat untuk memusuhi negara-negara
Islam yang melaksanakan Hukum Islam dan melabelkannya sebagai
pengganas.
Peperangan di antara Kristian dan Islam hanya akan menguntungkan
Israel. Lebih menyedihkan lagi apabila umat Islam terpaksa memerangi
antara satu sama lain apabila terdapat negara Islam yang menyertai
pakatan yang dibentuk oleh Amerika Syarikat kelak. Persoalannya ialah
siapakah yang bertanggungjawab ke atas insiden yang berlaku di WTC
dan Pentagon?Ada teori yang mengatakan perbuatan ini didalangi oleh
Israel kerana sehari sebelum berlakunya insiden tersebut, beribu-ribu
pekerja Yahudi di WTC telah bercuti serentak. Laporan CNN pula
mengatakan hanya sekitar 60 hingga 70 bangsa Yahudi yang telah
terbunuh sedangkan di dalam WTC terdapat syarikat-syarikat gergasi
Yahudi termasuklah Morgan Stanley.
Ketika Amerika Syarikat diterajui oleh Bill Clinton dan Madeline
Albright yang berbangsa Yahudi sebagai Setiausaha Negara telah
berlaku kehilangan laptop yang mengandungi maklumat yang cukup sulit
di CIA. Apakah Israel yang merancangnya? Teori yang mengatakan
Israellah yang menjadi dalang perbuatan keji ini tidak boleh
diketepikan begitu sahaja kerana tujuannya adalah untuk melaga-
lagakan Kristian dan Islam bagi membolehkannya menguasai dunia.
Walaubagaimanapun,Amerika Syarikat tidak boleh memandang rendah
keupayaan kerajaan Taliban di Afghanistan. Sebelum ini rakyat
Afghanistan pernah berperang dengan Iskandar Zulkarnain, Parsi,
British dan Soviet Union. Ketabahan, keberanian dan kegagahan mereka
telah lama diketahui umum. Di sini saya ingin mengambil kesempatan
menyeru kepada kepada negara-negara Islam termasuklah Malaysia supaya
tidak menyokong tindakan Amerika Syarikat untuk memerangi
Afghanistan.
Berikanlah bantuan kepada rakyat Afghanistan yang tidak bersalah
samada mendoakan keselamatan mereka, solat Hajat, bantuan kewangan
dan sebagainya. InsyaAllah biarpun ditekan dengan begitu hebat
sekalipun, Islam pasti bangkit. Cuma masanya sahaja yang belum dapat
dipastikan lagi.
Ketika ini di Malaysia, MCA dan Gerakan sedang giat memainkan
sentimen agama dengan mengaitkan anasir-anasir militan ini dengan PAS
serta terang-terangan menentang pembentukan sebuah negara Islam di
Malaysia. Kecenderungan sebegini sekiranya dibiarkan dibimbangi akan
mencetuskan suasana yang tidak terkawal di negara ini dan akan
meletakkan negara di dalam kawah berdarah. Ianya seolah-olah cuba
mencabar kesabaran umat Islam di Malaysia. Oleh itu, berhati-hatilah
apabila berbicara dan jika berpolitik sekalipun biarlah ada batasnya.
Tentu Lee Kuan Yew dan DAP lebih memahami situasi ini.
Utusan Dari Pulau Tawar